Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 30 Ogos 2008

BIOGRAFIKU



Nama seperti di dalam kad pengenalan HASRUDI BIN JAWAWI, telah dilahirkan pada 3 April 1986 di kediaman ayahanda dan bonda, beralamat KAMPUNG PARIT YUSOF, PARIT SULONG, BATU PAHAT, JOHOR. Sejak kecil memang dijaga sepenuhnya oleh ibu dan ayah kandung. Anak ke lima dari lima orang adik beradik. Atau istilah yang lebih tepat adalah anak bungsu. Kesemuanya adalah lelaki dan tiga diantaranya sudah pun berumah tangga.



Pendidikan:
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Parit Sulong, Parit Sulong Batu Pahat, Johor. Menuntut dari darjah satu sehinggalah darjah enam. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga diambil di sebkolah ini. Selepas tamat darjah enam, saya terus menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Dari tingkatan satu sehinggalah tingkatan lima. Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah di ambil di sekolah ini pada tahun 2001 dan 2003. Tamat tingkatan lima saya menyambung pengajian ke peringkat diploma di Institut Teknologi Pertama (Kolej Legenda), Mantin, Negeri Sembilan dalam kursus HND Civil Engineering. Selama tiga tahun menuntut di sana bermula pada tahun 2004 dan tamat pada 2007. Kemudian, menyambung lagi pelajaran ke peringkat diploma lanjutan dalam jurusan Pengurusan Projek Landskap di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Parit Raja, Batu Pahat, Johor - tamat pada 2009.



PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA


Pada 16 Februari 2004 saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang diketika itu berusia 18 tahun yang telah terpilih untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara. Buat julung-julung kalinya di adakan, nama saya tersenarai pada senarai panggilan pertama untuk menjalani latihan ini di Kem Sekakap Mersing selama lebih kurang empat minggu menjalani latihan mempertahankan diri, kekuatan fizikal dan latihan ketenteraan di sana. Dari kem berpindah ke fakuliti terpilih. Fakuliti yang terpilih ada Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor untuk menjalani modul kenegaraan di sana selama lebih lima minggu. Banyak ilmu ketenteraan dan kenegaran yang boleh pelajari pelajari di program ini. Program ini memang best!



ARTIS KEGEMARAN/IDOLA

Meminati Dato' Siti Nurhaliza sejak beliau berusia 11 tahun lagi. Diketika itu beliau di darjah 5 sudah mula mengumpul gambar-gambar idolanya ini dari majalah-majalah hiburan dan akhbar tempatan.

Mula menjadikan Dato' Siti Nurhaliza idolanya selepas kejayaan beliau dalam Anugerah Juara Lagu 1996. Di ketika itu beliau mula menyanyikan lagi Dato' Siti Nurhaliza. Lagu pertama yang menjadi siulan beliau adalah lagu Jerat Percintaan dari album pertama Dato' Siti Nurhaliza.

Lagu Mawarku duet bersama kumpulan 2 by 2 adalah lagu kedua yang beliau gemarkan. Bermula tahun 1999, beliau semakin giat mengumpul gambar-gambar Dato' Siti Nurhaliza lalu disimpan di dalam album peribadinya khas untuk idolanya itu.

Album pertama yang telah beliau beli adalah album SAHMURA, album pertama Dato' Siti Nurhaliza yang memuatkan lagu-lagu berentak tradisional baru ciptaan komposer terkenal tanahair.

Dari album itu, beliau mula memiliki album seterusnya dalam bentuk kaset, CD, dan VCD. VCD pertama yang beliau miliki dari idola beliau adalah VCD Konsert Live Siti Nurhaliza 1999 yang berharga RM42.90 diketika itu. Kerana minat beliau sanggup mengikat perut di sekolah untuk memiliki VCD itu.

Sehingga sekarang, Dato' Siti Nurhaliza adalah idolanya. Konsert pertama Dato' Siti Nurhaliza yang telah beliau hadiri adalah Konsert Satu Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada Oktober 2009.




SEKILAS PANDANG

Nama sebenar:
HASRUDI BIN JAWAWI

Nama pena:
HASRUDI JAWAWI
RUDY HIRDY
RUDI HIRDY

Tarikh lahir:
03 April 1986

Tempat lahir:
BATU PAHAT, JOHOR

Pendidikan:
HND CIVIL ENGINEERING
EKS. DIP. PENGURUSAN LANDKAP

Mantap