Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 14 November 2009

Ada Dokumen dari SKY NET & Fasa Bajir Kini Bermula


PETANG tadi dalam pukul 5.45 petang aku yang sedang dok tengok VCD filen AKU NO.1 lakonan hebat (hebat ker?) akak-akak fonen kita ni siapa lagi Azuan Ali dan Aznil Nawawi lah! Aku terdengar suara lelaki memberi salam. Tapi aku tak surelah kat mana. Well, for you olls information, jiran rumah aku ni (walupun duduk kampung) dekat sangat. So kekadang jiran sebelah ada tetamu. Aku yang bukak pintu rumah. Macam mana tuh?

Bila aku dengar bunyi injin kereta beredar, aku mula beranikan diri untuk keluar rumah. Well zaman sekarang ni macam-macam manusia ada. Nak-nak sekarang di kat kawasan aku ni tengah musim (wah dah macam musim buah lak!) perompak dalam bahasa seberang perampok atau maling. So, tak beranilah nak bukak pintu tak tentu pasal. Bila aku usha kawasan anjung rumah aku yang semakin besar tuh, ada sekeping nota dari SKYNet... tiba-tiba jantung aku berdebar. Jarang aku atau famili aku dapat surat dari SKYNet... pernah sekali, tu pun masa aku form 4. RealRewards hantar barang yang aku tukar. Dalam resit tu dia tanda 'dokumen'. Sah-sah ianya surat berdaftar. Pas tu, di ruang nama tu tertulis nama aku. So, surat tu memang untuk aku. Surat apakah itu? Inilah yang mendebarkan aku. Takut surat yang bukan-bukan pulak aku dapat.

On the spot aku call SKYnet tentang note tu dan aku mintak de oll hantar balik surat tu ke rumah aku. Dan de oll bersetuju untuk menghantar surat tu semula ke rumah aku. Wah!!! baguslah SKYNet ni. Sampai ke depan pintu dia hantar surat. Ala-ala abang posmen gituh...
Hati aku masih tidak senang mengenai surat berdaftar tu. Dalam fikirkan aku hanya ada tiga benda ajer. Tiga benda itu adalah:


-1- MANUKSRIP
Agakkan pertama aku adalah manuskrip aku. Yang bertajuk BILA HARUS MEMILIH yang telah aku hantar ke BUKU PRIMA. So, bila manuskrip sudah kembali kepada penulis balik faham-faham ajerlah. Itu bermakna manuskrip tu kena reject. Hampir 8 bulan tuh penantian. Tiba-tiba kena reject, siapa tak kecewakan? Takut juga tiba-tiba penantian yang penuh pengharapan itu akan berakhir dengan kekecewaan. Kalaulah betul surat berdaftar tu adalah salah satu manuskrip aku yang aku hantar ke syarikat penerbitan sebelum ini. Itulah manuskrip ke dua aku yang kene reject selepas KASIH SUCI. Sebelum ni, manuskirp KASIH SUCI bertajuk KETULUSAN HATI, kena reject dengan JEMARI SENI sebab gendre cerita tu tak sesuai dengan jenis novel yang mereka terbitkan. Selepas diolah semula dan di hantar ke ALAF 21 baru manuskrip itu lepas untuk diterbitkan. Tapi tak tahu pulak bila tarikh sebenar KASIH SUCI akan diterbitan tahun depan. Harap-harap ianya bukan manuskrip aku. Sedih giler wo... bila manuksirp kene reject!



-2- BUKU PERJANJIAN
Mungkin juga surat berdaftar itu mengandungi surat perjanjian aku yang telah aku hantar ke sebuah syarikat kontraktor kelas F di Skudai Johor untuk menuntut hak royalti penciptaan logo yang hasilnya dari idea aku sendiri. Walau bagaimana pun perjanjian itu tidak dapat dimetri bila pihak sebelah sana tidak mahu berkejasama kerana menurut mereka, logo ciptaan sepenuhnya oleh aku itu telah menjadi hak milik mereka serta merta kerana semasa aku mencipta logo itu aku menjadi kuli batak kat kompeni dia. Ada ke tiga bulan aku LI kat tempat dia, dia bayar aku tiga ratus ajer? Tak berbaloi dengan tambang teksi dan duit yang berhabis masa wat projek landskap kat rumah dia yang sekakang kera tu. Aku agak mungkin surat berdaftar itu adalah buku perjanjian itu.



-PARFUMESBAR
Mungkin juga ianya adalah produk yang aku beli secara online iaitu Parfumesbar. Iaitu minyak wangi klon yangtelah dijual oleh seorang lelaki Melayu melalui websitenya. Aku beli wangian Clinique- Happy for men. Ini percubaan pertama aku membeli barang secara online. Mahal tuh. sebotol kecil 10ML RM25 hengget. Tak mahal ke tuh? Dah macam perfume reject yang di repacking ke saiz yang lebih kecil. Jika SKYNet menghantar pesanan itu, gembiralah aku. Boleh aku memakainya masa nak g hangout dengan Meedah next week. Apa-apa pun kita tengok ajelah seosk, apa sebenarnya dokumen yang SKYNet hantar tuh. Wah!!!!!!!!!! Bedebarnya


JOHOR MULA DILANDA FASA HUJAN BERPANJANGAN DAN BAJIR

Tadi aku terpandang sekilas berita terkini TV3 dan memaklumkan yang cuaca hujan yang sudah di zon kuning (Zon Kuning ni kira bahaya jugaklah) iaitu hujan berpanjangan selama 24 jam akan berlaku di sebahagian kecil di negeri Johor mulai esok. Dan berkemungkinan bajir di Kawasan Timur Johor bermula dari Mersing hingga ke Keluang. Bila aku dengar Keluang disebut aku dah mula gelisah. Keluang dengan Batu Pahat ni bukan jauh pun. Aku takut kalau bencana atau tragedi banjir besar melanda Johor lagi seperti akhir 2006 yang lalu. Sungguh menderita sekali bila terpaksa duduk beramai-ramai di sekolah.

Zaman semakin tua. Bencana alam semakin kerap berlaku di sana sini. Dimulai dengan kejadian gempa bumi di, Indonesia. Kemudian ribut yang melanda Philipina dan di Malaysia pula sudah mula dilanda bajir terutama di kawasan utara dan pantai timur Semenanjung. Bencana alam banjir ini seolah sudah menjadi rutin tahunan melanda Malaysia. Setiap hujung tahun pasti ada sahaja bencana alam melanda. Terutama yang berkaitan dengan air. Bila kemarau, samapi merekah tanah ketandusan air. Bila basah, sampai bajir dibuatnya. Inilah kehidupan. Yang senantiasa dicaturkan dengan pelbagai dugaan dari Tuhan. hanya keimanan yang bisa menandingi segalanya. Namun, kekadang ujian ini terlalu getir untuk dilalui walaupun Tuhan hanya menurunkan ujian yang mampu hambaNya tempuhi. Harap-harap tragedi banjir besar yang melanda Johor akhir 2006 lalu tidak akan berulang kembali. Dahlah kampung aku punya sistem saliran tak berkorek lagi. Ketua kampungpula ntah ke mana. Tidak bertanggung jawab langsung! Jauhilah kawasan aku ini dari bencana banjir......

Mantap