Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 9 November 2009

HANCUR HATIKU + GEMBIRA GILA

SABTU lepas adalah hari yang paling sukar untuk aku lalui. Bila mana aku membuat keputusan untuk break off dengan si dia yang memang tak pernah aku jumpa sebelum ini. Mujurlah perhubungan kami masih belum sapai ke tahap yang benar-benar serius sehinggakan mengakibatkan kekecewaan yang sangat mendalam. Mungkin Tuhan tu tahu apa yang ditetapkan. Memang si dia tidal layak langsung untuk aku. Dan aku redha akan segalanya. Aku sudah tidak kisah lagi pasal hlnya. Lagi pun selama aku mengasihinya dia tidak pernah serius dengan aku. Pada awal perkenalan sahaja dia melayani segala SMS aku. Bila masa terus berlalu, dia banyak berubah. Ternyata aku tak pernah penting di dalam hatinya selama ini dan aku tak kisah akan hal itu. Aku percaya dengan hukum karma. Apa yang dia buat pada aku ketika ini pasti Tuhan akan membalasnya di kemudian hari. Bila sudah dua hari bereka off baru aku terfikir, ada bagusnya aku break off dengan dia. Tak menyusahkan fikiran aku. Tak payah nak habiskan kredit sms dan call dia sedangkan dia sekali pun tak pernah call aku. Lepas tuh kat status Facebook dia dia, dia seolah menyalahkan aku. Pelase... dia ingat muka dia macam Won Bin agaknya. Sorry sikit, aku lebih layak dapat yang lebih bagus. Cakap tak serupa bikin. Nak duduk bersamalah, apalah. Last2 semalam aku terbaca statusnya 'is in a relationship' apa kejadahnya. Lantak dialah nak buat aku macam ni. Yang penting Tuhan akan balas apa yang dia buat kat aku suatu hari nanti.

SABTU lepas gak aku ada beli Skrip 7707. Walaupun aku dah tengok kat panggung dan pernah memaki hamun cerita yang meleret-leret ni tapi aku tetap beli DVD nya. Kenapa pulak erk? Saja nak buat koleksi. Kalau bosan2 boleh tengok. DVD yang sehingga kini aku masih tengok adalah GENG- best giler citer tuh. Macam nak tengok hari-hari. Sampai aku dah hafal dengan cerita tu. Dalam Skrip 7707 ni part yang paling aku tak suka part Fasha Sanda nak gugurkan anak tuh. Jijik aje berlakon macam tuh. Seksi. Tidur mengangkang. Ntah apa-apa ajer... Kisah yang lain boleh layan. Boleh tahan best.

PAGI ni aku dapat panggilan dari ALAF 21 yang memaklumkan manuskrip ke tiga aku yang bertajuk KASIH SUCI akan dipublish tahun depan. Tak tahu bila. Tapi menurut Alaf21, manuksrip aku tuh melepasi proses penilaian. Lepas ni aku akan berkerjasama dengan editor yang telah ditetapkan oleh Alaf21 untuk aku bertujuan untuk mengolah semula jalan certa untuk memantapkan lagi cerita yang sedia ada. Dan aku jugak akan menggunakan nama pena lain untuk Alaf21 yang bersesuaian dengan tajuk novel aku. Nama pena masih belum difikirkan. Bila dah dekat nak publish nanti baru ditetapkan. Syukur alhamdulillah kehadrat Illahi dengan limpah kurnianya novel itu berjaya melepasi proses penilaian Alaf 21. Aku hanya berusaha hanya Allah yang menetukannya. Amin....

Mantap