Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 10 Januari 2010

BLACK + AIZAT + YUNA + FAIZAL TAHIR = Kuasai AJL24

DEBARAN Anugerah Juara Lagu (AJL) 24 telah pun tamat. Segala persoalan dan pertanyaan semuanya sudah terjawab. Ada yang mengena. Ada yang tak mengena agakkan mereka. Semua sudah terjawab malam tadi. Apa-apa keputusan yang diperoleh adalah muktamat. Dan apa yang pasti, sejarah dua tahun ini tidak berulang apabila muzik Indie hanya berjaya meraih tempat kedua sahaja. Boleh dikatakan banyak lagu Indie di calonkan untuk AJL 24 ni, namun rezeki tidak menyebelahi muzik gendre seperti ini lagi . Hakikat yang sebenar aku agak terkilan dengan TV3 kerana telah memansuhkan kategori yang gah sebelum ini iaitu, 'Balada', 'Pop Etnik/Irama Malaysia' dan 'Pop Rock'. Dengan memansuhkan tiga kategori utama ini menyebabkan bakat baru mula tidak beminat untuk mencipta lagu yang bergendrekan irama etnik mereka. Atau mungkin TV3 saja nak save budjet. Tak payah nak keluar duit banyak untuk hadiah. Berikut adakan keputusan AJL 24 dan komen aku tentang persembahan mereka.

VOKAL TERBAIK - BLACK - AKU RINDU SAYANG KAMU
Memang tidak di nafikan vocal pemuda yang berketul-ketul jerawat kat muka dia ni (hamboi tak baik mengata) memang power. Persembahannya juga agak unik pada permulaannya bila muka dia kena make-up di bilik make up. Kelas you alls. Dan apa yang penting malam ni, semua penyanyi lelakinya makeup tiga inci, siap ada yang pakai blusher! Yang nampak ketara mekap dia orang, HAFIZ (ketara blasher, eye shadow & lipstick pink yang dia pakai), AKIM (ni tak yah cakaplah, sangat metroseksual) dan TOMOK (Dah macam pelokon opera cina tebal foundation nyer) dah macam tengok persembahan gay boy metroseksual lak laki2nya makeup tebal seinci (ni apa kes tetiba masuk bab makeup ni?). Tapi aku respect SAM (BUNK FACE) natural cantik u olls, tak ada makeup. Just tipis2 lah sebab nak nampak clear muka tu kat depan cam. Apa-apa pun tahniah diucapkan untuk BLACK.

PERSEMBHAN TERBAIK - AIZAT - 'KAU AKU'
Persembahan ni tak ada pun menarik mana. Maybe nampak istimewa sebab dia berangkut dua bas budak sekolah rendah penuh satu stage. Pada aku persembahannya biasa je. Lebeih unik persembahan FAIZAL TAHIR dan TOMOK siap ada drama lagi. Walaupun belakon macam kayu. Pelakon perempuannya lak yang over pengsan. Sampai nak berlibas rambut. Ingatkan Stacy menang sebab persembahan dia boleh tahan gempak. Tapi tariannya nampak simple. Maybe dia nak jaga suara agaknya. Takut semput!

TEMPAT KETIGA - FAIZAL TAHIR - 'BECINTA'
Motif lagu ni aku tak faham Benci+Cinta= BECINTA. Macam mana tu. Muzik di diinspirasikan dari muzik MJ. So, persembahann dia dengan kostum ala-ala MJ pun dah nampak macam dia nak tiru performance MJ dengan cermin mata berkilat bak cermin dia tuh. menari macam robot kat pentas dengan bergentayangan pari2 jantan berawangan. Ending persembahan tetiba Shila muncul. Aku pun tak faham persembahannya macam mana. Maybe dia buat gimik silap mata kut. Tapi lebih better dari persembahan AIZAT yang so budak sekolah. Dah lah esok dak2 tu sekolah. Balik tak yah tukar baju. Bagun terus berangkut ke sekolah. Sah2 sampai rumah dah lewat kan?Ahahaha....

NAIB JUARA - YUNA - 'DAN SEBENARNYA'
Hahahaha.... muzik indie hanya berjaya menduduki tangga kedua. Sejarah dua tahun sebelum ini berkubur dah. HUJAN (menangis air mata darahlah kau nak bayar dak2 yang terkinje2 macam tak cukup zat tu.) BUNKFACE, mengemislah korang nak bayar budak2 BINTANG KECIL tu. ESTRANGE, nasib baik korang tak over props masa performance. Kalau tak melacurlah korang nak membayar props korang. Yuna, berbaloi. Setakat nak bayar budak main piano kanak-kanak Rabina tu berapa senlah sangat kan? Tahniah Yuna anda menang. I like you style. Cuma suar tu jangan ketat sangat. Ko berlilit selendang 10 meter kat kepala pun kalau suar ko ketat bak berbogel. Baik tak yah kan? Jaga imej anda. Cover album ko buruk seh. Tingkatkan usaha. (Sejak bila aku jadi pengkritik ni?)

JUARA LAGU - AIZAT - 'PERGI'
Memang tidak di nafikan lagu ni best dan menyentuh kalbu. Tapi sangat slow. Tak ada variasi yang menarik. Balik2 alunan melodinya sama sahaja. naik mengantuk aku dengar. Persembahannya juga menarik sebab tetiba ada suara ala-ala hindustan memekik mengalunkan lagu ala-ala Kuch Kuch Hota Hei masa pemulaannya tu. Sangat satu Malaysia lagu tu. Apa-apa pun tahniahlah atas kejayaan anda Aizat. (Ceh macam Aizat ni sedara aku pulak nak promote lebih2 Ahahaahah...)


CAKAP-CAKAP tentang AJL 24
  • Makeup artis lelakinya semua nak over siap pakai blusher lagik.
  • Persembahan Dato' Siti Nurhaliza dan Lan & Typewriter agak gempak. Tapi kenapa tak bawa pelbagai lagu? 'Lagu Untukmu' memang best. Kenapa tak medleykan lagu2 yang berjaya ke final?
  • Props paling bangang Hafiz. Aku tak faham motif bunga lily bercahaya tu dengan lagu 'Masih Jelas'. Macam tak related langsung.
  • Baju yang di pakai oleh Misha Omar dah tahap buruk. Siapa perekanya? Betul-Betul macam badut. Kalau aku dapat dress macam tu, aku masukkan dalam tong sampah. Lagu tu best. Bila tengok baju dia Adoi! Saloma pun geli nak pakai baju tu kalau baju tu wujud kat zaman dia.
  • Dato' Siti Nurhaliza terlalu over menyanyikan lagu rock. Terlalu over confident.
  • Persembahan Stacy best! Tapi agak serabut gaya rambut dia. Sangat menyemak. Kalau dia kekalkan gaya rambut aslinya pasti lebih menarik.
  • Tomok buat persembahan dah macam dia boleh menang macam Faizal Tahir tahun lepas. Walhal persembahan dia simple aje. Suara macam orang mengeran nak berak. Makeup punyalah tebal. Pakai kut tapi bercelak, sesuai ke?
  • Pengacara agak teragak-agak masa nak buat lawak. Sebab semuaya sudah dalam skrip bukan spontan. Mungkin kalau spontan lebih menarik. Semuanya nampak macam dah dirancang.
  • Ketiadaan Farah Fauzana mengacarakan AJL kali ni macam bosan. Pengacara asyik nak mengutuk kelemahan masing-masing.
  • Persembahan paling menarik adalah persembahan BUNKFACE.
  • Tahukah anda, sebenarnya keputusan AJL24 sudah diketahui sebelum majlis ini lagi dan mungkin penilaian dibuat semalam semasa raptai penuh. Sebab itu para juri tidak dikenalkan satu persatu. Juri diperkenalkan hanya dengan menunjuk gambar mereka sahaja.
  • Pentas AJL 24 agak menarik. Tapi sebelum ni kata akan dipenuhi dengan LED lamp. tak nampak pun? Stakat kat tangga sikit tu je baik tak payah. LED lamp masa kat AJL 2004 lebih gempak.
  • Dan akhir sekali. Masa pengumuman pemenang, agak tak meriah.
[110110:0052]

Mantap