Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 19 Jun 2010

Cara RUDI HIRDY | HASRUDI JAWAWI buat novel

Di sini saya nak berkongsi bagaimana saya berkarya iaitu mencipta sesuatu jalan cerita untuk sesebuah manuskrip itu. Mungkin apa yang saya kongsikan ini tidak sama dengan cara penulis lain. Saya cuba berkongsi cara saya yang mana mungkin boleh dibuat ikutan atau rujukan (ceh macam dah terror je) pada bakal penulis atau penulis sedia ada sebagai ilmu menambah pengetahuan.


IDEA

Sebelum berkarya, kita sebenarnya memerlukan idea. Ha, buat novel ni bukan macam buat cerpen. Sekali type terus siap. Novel ni banyak plot dan jalan cerita yang tidak hanya melibatkan satu watak sahaja. Berkemungkinan wataknya lebih dari lima orang.

Jangan mengada-ada nak terus bukan Word type apa yang terlintas dikepala sedangkan kita belum merangka jenis cerita apa yang kita nak buat. Kalau saya, sebelum membuat sesuatu karya itu saya akan berfikir dan kalau takut lupa saya akan tulis sinopsis penuh dalam bentuk ayat yang seringkasnya. Certa tu nak mengisahkan apa dan ending dia macam mana. Dari ending dialah kita tahu bagaimana ingin mengembangkan ceritanya.

Ending dia tidaklah tetap. Akan berubah dari masa ke semasa. Yang penting tema tidak lari dan ending hampir sama dengan apa kita plan .

Contoh, ending dia kita nak heronya mati. Jadi jalan cerita yang bakal kita buat haruslah menuju ke titik cerita pengakhiran kita. Namun, lain orang lainlah caranya. Pada saya itulah cara yang saya gunakan agar cerita tidak terlepas batas tema yang kita cuba buat. Kalau buat cerita cinta kenalah masukan banyak elemen cinta dan sebagainya.

Tetapkan jenis bahasa yang ada ingin guna. Bergaya bahasa santai, Melayu standard, atau Melayu tinggi. Kalau pilih yang santai perlulah gunakan bahasa yang santai sehingga habis. Kalau guna bahasa Melayu tinggi perlulah benar-benar tinggi gaya bahasanya.

MENYENARAIKAN NAMA WATAK DAN PERWATAKKAN.

Cara ini penting. Anda kena tulis nama watak utama termasuk hero dan heroin. Watak utama ini adalah watak yang paling banyak memegang watak di dalam penceritaan kita. Termasuk kawan baik, keluarga dan sahabat handai hero dan heroin. Senaraikan juga umur, kerja, kenderaan yang dipakai dan serba sediki tentang diri watak agar tidak berlaku kekeliruan di masa akan datang.

Mungkin ada penulis yang tidak membuat cara ini. Mereka terus menulis dan ingat sahaja setiap nama watak dalam kepala. Pada mereka yang macam saya jenis cepat lupa saya akan type semua nama watak, perwatakan dan serba ringkas tentang watak utama agar tidak berlaku kekeliruan di masa akan datang kerana pernah terjadi sebelum ini bila watak tertukar nama kerana kekeliruan telah berlaku. Ini kerana novel saya terlalu banyak watak utama sehingga saya lupa tentang watak yang saya wujudkan.

Penting juga menyenaraikan nama lokasi, bangunan, rumah dan sebagainya untuk mengelak kekeliruan berlaku seperti nama syarikat, nama persatuan, dan sebagainya.

MULA MENAIP

Bila dah ada idea, jalan cerita dan nama watak, barulah mula menaip. Gaya bahasa dan cara penceritaan adalah berbeza-beza mengikut penulis. Gaya novel saya, saya lebih cenderung dengan plot drama TV. Yang mana setiap bab perlu ada sekurang-kurangnya 3 plot dan tidak lebih lima plot. Setiap plot untuk watak yang berbeza. Dan terkadang saya sengaja buat plot tergantung yang mana plot itu akan bersambung pada plot yang akan datang.

Kenapa bebuat begitu? Ramai juga komen plot melompat-lompat. Tapi hakikatnya itulah gaya penulisan saya. Setiap bab perlu ada suspennya agar pembaca ingin membaca dari bab dan bab seterusnya. Setiap bab yang tergantung akan bersambung dibab seterusnya dan seterusnya sehinggalah habis. Syukur, alhamdulillah cara penulisan begitu sudah mula diterima oleh pembaca.

Semasa proses mencurah idea, anda jangan terlalu fikirkan salah ejaan, gaya bahasa atau sebagainya. Curah aje segala apa yang terlintas dikepala kerana pembetulan boleh dibuat kemudian. Pastikan jangan terlalu banyak dialog sehingga menampakan manuskrip ada seperti skrip drama pula.

PLOT


Plot ni macam babak dalam drama. Babak baru. Plot menunjukan suasana dan jalan cerita yang berbeza dari plot yang sebelumnya. Bagaimana yang ingin dijelaskan. Saya pun tidak tahu bagai mana ingin menjelaskan.

Apa yang boleh dijelaskan, plot ini sama seperi babak di dalam drama atau filem. Pastikan setiap bab tidak terlalu panjang. Jika terlalu panjang bahagikan dengan plot-plot yang berbeza untuk menarikan lagi jalan cerita. Jika setiap bab terlalu panjang mungkin boleh dipendekkan dengan memecahkan setiap plot menjadi bab.

ULANG BACA

Selepas siap menuskrip anda, ha masa untuk mengulang baca dari mula sampai habis. Proses ini perlu untuk membaikpulih jalan cerita dan membuat pembetulan ejaan dan tatabahasa. Mungkin ketika ini idea lain akan muncul untuk menyedapkan lagi perisa cerita anda.

Kata orang sebelum nak hantar menuskrip ke penerbit kena baca manuskrip kita tu sebanyak 3 kali atau lebih. Tapi saya ni memang tak boleh nak baca buat kali yang ketiga. Mesti macam nak termuntah. Jadi, diketika ini kawan anda yang minat membaca adalah sangat diperlukan. Bagi pada dia suruh dia baca balik dan betulkan kesilapan ejaan. Terkadang kita dah baca manuskrp kita 10 kali pun masih ada kesalahan ejaan yang terlepas pandang. Selain itu minta komen kawan anda juga membaikpulih cerita anda.

HANTAR KE PENERBIT


Siap baca dan olah, mestilah kita nak hantar ke syarikat penerbitan untuk diterbitkan tul tak? Tak kan nak peram aje?? Anda perlu pilih syarikat penerbitan mana yang anda ingin pilih. Ini kerana setiap syrikat penerbitan lain bentuk atau tatacara manukripnya. Ada yang nak tulisan Times New Riman. Ada yang nak Gill San, Ada yang nak Arial. Saiz tulisan pulak ada yang nak 11, 12 dan 13. Spacing juga berbeza ikut sesebuah syarikat penerbitan. Ada yang nak 1.5 dan 2.0. Jadi selepas buat keputusan memilih syarikat penerbitan yang mana baru ubah bentuk manuksrip anda pada format syarikat penerbitan yang ada pilih dan telah tetapkan sebelum dicetak. Ada syarikat penerbitan inginkan hardcopy untuk proses penilaian, ada juga yang nak softcopy melalui email untuk memudahkan proses penebitanya. Semuanya terpulang pada anda untuk memilih syarikat penerbitan yang ada rasa layak untuk menerbitkan menuskrip anda.

Begitulah serba sediki tips yang boleh saya kongsi. Bab proses penilaian tu tak termasuk cara Rudilah. Ia bergantung pada sesebuah syarikat penerbitan tu. Ada yang 6 bulan. Ada yang 8 bulan. Tapi kalau dah dekat setahun tak dapat feedback tu, faham2lah kena reject lah tu dan please mintak balik manuskrip anda kalau anda ada pos hardcopy untuk mengelak penyelewengan berlaku dan hantarlah ke syarikat penerbitan lain. Dan yang paling penting rahsiakan pada semua yang manuskrip tu kena reject kalau syarikat penerbitan lain tahu anda hantar menuskrip reject. Garenti, akan terus direject selamanya.. InsyaAllah ada masa saya kongsi lagi tip menulis cara saya.

Mantap