Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 25 Oktober 2010

Menulis dan Penulis....

Assalamualaikum...

Lama rasanya Rudy tidak mencoret apa-apa di dalam 'rumahku' yang ini. Sejak Syawal lalu terlalu banyak dugaan hidup yang melanda hidupkan yang membawa kepada keperitan dan kegoyahan iman di dada. Namun, apa yang berlaku sudah pasti bukan sekadar suka-suka diaturkan oleh Tuhan. Hidup ini penuh bicara... ada suka dan ada duga.... dari kesedihan demi kesediah datang melanda jiwa... namun aku terus pasrah dengan segala ujianNya.

Semalam masa saya duk bukan FB rasmi saya, saya ada terbaca satu status yang diambil dari artikal di akhbar. Isu panas gila mengenai penulis baru yang macam cendawan tumbuh dan mengejar glamour. Ha.. isu yang sangat sensitif jika tidak menilai butir bicara yang kita inginkan. Hehehe... setiap penulis sudah pasti mengalami zaman permulaan di mana diketika diri bergelar penulis baru. Tidak dinafikan setiap yang ingin menjadi penulis pernah terlintas ingin berjaya dan dikenali ramai sebagai penulis hebat. Tetapi hebatnya karya seseorang itu disebabkan tersenarai di dalam carta terlaris kedai buku atau ilmiah dan bahasa yang didukung itu tinggi nilainya atau tidak??

Persoalan itu sungguh subjektif. Jawapannya boleh tercipta dalam pelbagai versi. Sama ada positif atau negetif. Kita sebagai manusia memang tidak pernah puas dan mustahil bisa memuaskan hati semua pembaca yang pelbagai citarasa mengikut peringkat umur mereka. Saya sendiri masih belajar dalam menulis novel dengan membaca novel-novel yang ada di pasaran kini. Walaupun sudah ada lima novel di pasaran, saya masih belum berpuas hati dengan setiap hasil novel saya dan saya akan terus mempertingkat setiap karya yang bakalan tercipta di masa akan datang.

Dunia penulisan mungkin sama seperti dunia hiburan. Cuma penulis novel tidak sepopular penyanyi dan pelakon. Sebab belum ada majalah hiburan yang ingin mengambil penulis sebagai cover mejalah hiburan mereka. Huhuhu...

Seujujurnya, semasa saya menulis dulu, niat saya cuma satu. Ingin berkongsi cerita yang saya karang pada semua orang. Itu sahaja, tidak terlintas ingin menulis kerana popular atau sebagainya. Cuma itulah... gaya penulisan dan gaya bahasa itu sudah pasti mengikut taraf usia kita. Mustahil gaya bahasa kita akan sama dengan penulis yang sudah berusia dan berpengalaman. Sudah pasti gaya bahasanya jauh berbeza.

Menjadi penulis ni bukan semuanya indah. Janganlah terkejut ada yang kritik dan puji dalam satu masa yang sama. Kadang kala ada kritikan yang amat mematahkan semangat. Kadang kala ada yang dengki dan membawa mulut ke sana sini untuk menjatuhkan kita. Saya dah alaminya. Dan selepas ini saya lebih berhati-hati untuk memilih sesebuah penerbitan yang 'memilih bulu'. Kalau tidak punya semangat yang kuat, memang kita akan goyah dengan segala kritikan. Tetapi, jika niat kita menulis ingin memperbaiki diri dari semasa ke semasa, kita akan menerima kritikan itu sebagai satu komen membina untuk menghasilkan karya yang lebih baik.

Saya setuju dengan kata Kak Rose dan Kak Lily, jangan terlalu expose sangat untuk menulis. Tulis senyap2.. tup2 dah kuar cover dan tunggu terbit. Ha... kan seronok macam tu. Surprise... Kak Rose banyak memberi semangat pada saya dalam bidang penulisan ni.

Saya menulis kerana minat. Ingin berkongsi cerita dan pengalaman. Jika diperhatikan saya tidak tertumpu pasa sesuatu gendre... Saya cuba menjadi penulis versatile. Bisa menulis apa juga cerita. Seram triller sudah... komedi romantik sudah... Islami sudah... kekeluargaan sudah... novel remaja sudah (akan datang insyaAllah) dan akan cuba menghasilkan sebuah karya triller fantasi pula. Bukan mudah untuk menjadi penulis. Hati kena cekal dengan setiap pandangan pembaca yang ada suka dan tidak suka. Segalanya perlu difikirkan pada bahagian positif.

Kepada mereka yang telah memiliki novel-novel saya, jutaan terima kasih saya ucapkan. Tiada kata indah yang bisa diungkap selain jutaan terima kasih dan mengenang budi kalian sampai mati. Kepada yang menyokong karya saya, saya terlalu menghargai sokongan anda...

Mantap