Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 15 Januari 2011

Di Sebalik Tabir CUCUR BAWANG & KOPI 'O'

Syukuralhamdulillah, akhirnya penantian selama hampir 6 bulan membuahkan hasil. Dari tajuk asal Isteriku Kekasihmu, kini bertukar kepada CUCUR BAWANG & KOPI 'O' yang mula beredar di pasaran seluruh Malaysia bermula 15 Januari 2011. Berkat usaha, kegigihan dan tekad yang tinggi akhirnya novel ini direalisasikan dalam betuk cetakan. Post kali ini saya nak berkongsi tetang pahit manis dan disebalik watak-watak di dalam novel ini.

Menuskrip novel ini memakan masa hanya dua bulan sahaja untuk disiapkan. Kerana semasa membikin novel ini idea yang datang begitu mencurah-curah. Idea diinspirasikanl dari sebuah drama dari Taiwan. Saya dah lupa tajuk dia. Diinspirasikan ya? Bukan tiru bulat-bulat cerita itu. Saya olah dalam fiksyen saya sendiri dan diluahkan dengan kata hati sendiri maka lahirlah novel ini.

Semasa pembikininan novel ini, saya sudah setkan waktu penulisan saya. Sehari kena siap satu bab untuk 10 muka surat. Dan setiap bab perlu ada 3 - 4 plot sahaja. Tidak boleh lebih agar saya boleh menganggar jumlah muka surat. Kerana saya kuatir buat novel terlalu tebal akan menjejaskan prestasi jualan. Yalah, walaupun tak banyak ada sesetegah atau segelintir pembaca termasuk saya, agak berat nak beli novel yang tebal-tebal takut cerita tak best, dah pembaziran. Lagi-lagi kalau nama penulis baru. Tapi saya ni bukan nama baru, kebiasaannya penulis lelaki ni agak kurang diyakini gaya penulisan cerita cintanya. Ini dari sesetegah pendapatlah. Yang mengatakan penulis lelaki tidak dapat menjiwai watak perempuan dalam novelnya. Ya, mugkin benar tetapi, kalau nak mendalami jiwa watak seorang lelaki, boleh miliki karya cinta penulis lelaki. Hehehe... Saya juga telah melakukan perubahan drastik. Dari novel triller seram, kini muncul dengan novel komedi romantik dengan nama Hasrudi Jawawi. Di harap pembaca tidak terkeliru kerana novel ini langsung tiada elemen mistiknya.

Nama-nama watak yang ada di dalam setiap novel-novel saya adalah nama-nama watak yang wujud di dalam kehidupan saya. Hampir keseluruahannya. Dari novel TANGISAN BERDARAH sehinggalah novel ini, setiap nama wataknya memang wujud. Tak percaya? Mari kita berkenalan dengan watak-watak dalam novel CUCUR BAWANG & KOPI 'O':

Khairulnizam
Iskandar
Rudiana ~ watak ni tak ada sebab membayangkan diri sendiri Ops!
Maisarah
Harez
Liena
Amanina
AdyVa
Fauzan
Rosalinda

Untuk watak-watak ibu dan ayah kandung Rudiana juga sebenarnya wujud iaitu nama-nama pensyarah saya semasa saya menuntut di UTHM dulu. Hehehe... sejujurnya saya lebih senang mencipta watak yang wujud kerana senang nak menghayati karaktor wataknya.

Untuk menghasilkan sebuah novel komedi romantik bukan sesuatu yang senang ya. Mungkin buat novel romantis itu mudah sedikit. Tetapi untuk mencipta komedinya itu agak payah sebenarnya. Jika kita buat tapi pembaca fikir, "Lawak ke? Macam lawak bodoh sahaja" ~ janganlah berkecil hati. Kerana untuk menghasil cerita komedi ini bukan sesuatu yang simple. Petua saya kalau nak pastikan komedi yang cuba kita buat tu menjadi senang je, dah siap, bagi 5 orang kawan kita baca manuskripnya. Jangan bagi kat perempuan aje, bagi kat pembaca lelaki yang suka baca novel. Kalau 3 di antaranya tergelak, insyaAllah... komedi yang cuba anda sampaikan dalam bentuk tulisan itu berjaya mengeletek hati pembaca kelak... InsyaAllah.

Selama dua bulan saya gigih membuat novel ini. Memakan masa 54 hari, tapi sebenarnya genap dua bulan sebab ada hari yang saya tidak menulis disebabkan majlis rasmi dan masalah kesihatan. Hehaha... Siap sahaja saya memerlukan masa seminggu untuk edit balik itu pun masih banyak typing error dan dengan bangga saya print out dan terus hantar kepada pihak BUKU PRIMA. Macam tak sabar menyabar pulak. Dan syukuralhamdulillah berkat kesabaran dan tekad, manuskrip tersebut disukai oleh pihak editor.

Hujung November 2010 pihak editor iaitu Norhawanis Binti. Othman SMS mintak send soft copy masa tu hati dah berbunga, bersyukur pada Allah kerana manuskrip tu dah diterima. Awal Disember mereka hantar versi layout novel dalam format PDF untuk saya edit dan olah. Masa tu tajuknya belum di tukar lagi. Masih Isteriku Kekasihmu. Sehinggalah seminggu kemudian selepas saya siap edit, editor kedua call saya iaitu Syreena Binti Jamil merangkap pereka grafik jugak memaklum ada pertukaran tajuk. Dan tajuk baru yang dipilih ada CUCUR BAWANG & KOPI 'O'. Mendengarkan tajuk tu saya dah tergelak menandakan bersesuaian dengan ceritanya yang terselit kisah komedinya. Mula-mula takut jugak orang keliru antara novel dan buku resepi, tapi syukuralhamdulillah, ianya dapat diterima oleh followers saya. Terima kasih semua....

Konsep covernya pun saya suka. Dari jauh pun dah nampak konsep komedinya hehehe... Di dalam novel ini bukan kisah cinta semata-mata ok? Saya juga telah menyerapkan isu kekeluargaan, setiakawan dan bahayanya sifat iri hati dan hasrat dengki yang akhirnya akan memakan diri sendiri melalui watak Amanina dan Dr. Noraini. Jangan terlalu membenci orang, kerana takut hujungnya insan yang kita benci itu akan menjadi insan terpenting di dalam hidup kita. Menulis bukan untuk syok sendiri sahaja. Kalau boleh selitkan unsur suspen agar pembaca tidak mahu lepas novel di tangan selagi cerita belum habis dibaca. Yang penting selitkan juga sedikit pengajaran dan pedoman kepada pembaca agar mereka tidak hanya membacakosong tanpa input-input yang berguna. InsyaAllah....

Akhir kata selamat membaca CUCUR BAWANG & KOPI 'O' untuk mereka yang sudah memilikinya. Kalau belum milikinya dan agak was-was dengan jalan cerita novel ini bolehlah baca 15 bab pertama di sini!!! Kalau rasa seronok dan nak baca sampai habis boleh milikinya di pasaran selepas 15 Januari 2011. Kepada yang telah menyokong hasil penulisan saya selama ini, jutaan terima kasih saya ucapakan kepada kalian semua. Budi kalian akan saya kenang sampai bila-bila....

Wassalam...



Mantap