Headlines
Published On:Rabu, 16 Mac 2011
Posted by RUDI ZONE

Bila Kelopak Mata Anda Bergerak-Gerak. Apa tandanya?


Jumlah Pelawat Posting Ini:


Okey guys. Pagi-pagi tadi mak aku ada mengadu kelopak matanya bergerak-gerak. So, aku dengan gaygehnya mencarilah kat internet apa maksud di sebalik kelopak mata yang bergerak-gerak. Yalah. Kata orang doulu2. Bila kelopak mata bergerak ada membawa petanda sesuatu. By the way, kat sini aku hanya sekadar nak berkongsilah maksud di sebalik kelopak mata yang bergerak-gerak. Sebab sebelum ni, aku sendiri dah mengalami situasi ini. Bila mana kelopak mata sebelah kiri atas mata aku bergerak-gerak, orang kata ada berita sedih. Dan terjadilah perkara sedih itu bila desktop aku kena curi uol... yang sebesar-besar gedabak tu. Hal ni berlaku masa kat kolej dulu. Kawan aku si Faizal tu menjadi bukti kukuhnya. Hehehehe...

Hakikatnya aku tidak pun percaya hal gini. Mungkin kebetulan. Biasalah Allah itu selalu menguji hambaNya dengan kejadian kebetulan untuk menguji hambaNya sama ada ikut teluntuk syaitan atau Dia. Jadi, aku mengabaikannya. Apa yang aku ingin kosngsikan di sini, sekadar ingin dikongsikan. Terserah kepada anda semua ingin percaya atau tidak. Okey? Nasihat aku tak payahlah percaya. Hehehehe...



Jika alis kanan bergerak - akan bertemu orang yang disayangi

Alis kiri - akan mendapat wang

Kelopak mata kanan atas bergerak - akan mendapat keuntungan dan memperolehi keamanan

Kelopak mata kanan dibwah bergerak - akan mendapat kesusahan

Kelopak mata kiri atas bergerak - akan mendapat kebaikan

Kelopak mata kiri dibawah bergerak - hendak menangis

Ekor mata kanan bergerak - menerima kedatangan orang jauh

Ekor mata kiri bergerak - mendapat sedikit kesusahan

Biji mata kanan bergerak - akan menangis dalam bercinta

Biji mata kiri bergerak - berasa gembira dihati


Jika MATA KANAN sahaja yang bergerak

6 - 8 am : akan ada yang menggoda atau menganggu
8 - 10 am : akan ada yang berkhianat
10 - 12 pm : akan ada urusan yang tidak baik
12 - 2 pm : akan menghadapi perkara yang menggembirakan
2 - 4 pm : akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu
4 - 6 pm : akan didatangi orang tua atau saudara
6 - 8 pm : akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik
8 - 10 pm : akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara
10 - 12 am : akan diundang orang yang mempunyai hajat
12 - 2 am : akan ada yang jahil
2 - 4 am : akan menghadapi perkara yang menggembirakan
4 - 6 am : akan mendapat rezeki atau keuntungan

Jika MATA KIRI sahaja yang bergerak

6 - 8 am : akan didatangi tetamu yang jauh
8 - 10 am : akan menghadapi perkara yang menggembirakan
10 - 12 pm : akan menghadapi perkara yang menggembirakan
12 - 2 pm : akan mendapat keuntungan
2 - 4 pm : akan mendapat keuntungan yang berupa barangan
4 - 6 pm : akan mendapat rezeki
6 - 8 pm : akan menerima tetamu yang menyebabkan kegembiraan
8 - 10 pm : akan dikunjungi oleh saudara mara
10 - 12 am : akan mendapat pertolongan dari orang lain
12 - 2 am : akan mendapat kesusahan dan diserang penyakit
2 - 4 am : akan didatangi tetamu jauh
4 - 6 am : akan dikunjungi oleh saudara mara


Perhatian

Posted by RUDI ZONE on 8:44 PG. Filed under . RUDI ZONE tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial atau blog ini di bawah Akta 114A Keterangan 2012. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

By RUDI ZONE on 8:44 PG. Filed under




Topics :

Change Background

Laman blog ini sesuai dilayari dengan paparan terbaik Mozila Firefox versi terkini dengan resolusi skrin 1280 X 1024.

Lain-Lain


DIARI

ARTIKAL

E-NOVEL

RESIPI

NOVEL PILIHAN

SHARING

HIBURAN

INFO

Popular Posts

Statistic:
Segala kandungan di dalam blog ini dilindungi oleh:
DMCA.com DMCA.com