Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 11 Mac 2011

Guy Makeup Tutorial | Cara Mekap Lelaki

Wah!!! Ada ke lelaki yang gemar mekap? Ada you alls.. Itulah dia Cek Gayah dan 'Adik2' yang 'very the cover the line' memang naluri jiwa mereka ingin kelihatan chentek di setiap mata yang memandang mereka. Tak kiralah yang berjanggut dan tidak. Pasti di hati masing2 tetap mempunyai naluri ingin kelihatan menarik dan berbau segar. Istilah Cek Gayah yang sudah mula diterima satu dunia dan para fatwa, METROSEKSUAL. Kekonon berselindung disebalik dari istilah itu, mereka dapat menutupi sikap 'Cik Gayah'nya dari dihidu oleh masyarakat sekeliling.

Mungkin untuk para lelaki yang baru mengenali erti kechantekan seorang 'adik2' agak janggal dengan aktiviti menempek wajah begini. Walaupun hanya mencuri masa 15 minit pun mereka tetap rasa leceh. Yalah, dah terbiasa mandi 3 minit siap berbaju. Tetiba nak bermekap segala, anjakkan paradigmalah untuk dia orang kan? So, kepada yang nak baru belajar tu. Buat perlahan-lahan. Jangan sekali gus. Kang ada yang terkejut ibu bapa bila melihat anak mereka nak jadi metroseksual. Tetiba jadi 'very the akak2'. Cane? Siapa nak jawab?

Kalau anda rasa anda ingin jadi metroseksual. Aku nasihatkan cara mekap cukuplan mengikut cara video ni. Pakai pelembab je... kat muka tu. Tak payah nak bercompact pawder dan berfoundation segala. Tu namanya anda sudah ke kancah dunia 'akak2' dek... terus pergi La Queen masuk Miss 2 Face... fengsan aku... aku jugak dipersalahkan sebab letak video ni kat blog. Adeh....

So, kepada lelaki-lelaki diluar sana. Especially untuk mereka2 yang ingin menuju ke arah dunia metroseksual (kononnya lelaki tulen yang suka bergayala. Hakikat sebenarnya lelaki yang berjiwa 'akak2'. disebabkan tak ada potongan badan women, redha jadi metroseksual. Cane? Gurau sahaja di situ jangan amek hati). Ha... perchantekkanlah tubuh anda kerana personaliti anda adalah keperibadian anda.

Ok kepada yang dah biasa dengan perkara2 gini mekap bagai ni dan dah pun ke dunia metroseksual Korang jangan sibuk nak mengajak rakan anda yang dalam ketegori 'mat rock', 'mat rempit a.k.a. samseng jalanan' , atau 'Mat gian' agar menuju ke arah metroseksual pulak? Ada jugak yang kena hempuk dengan gitar tong. Ada jugak yang kena langgar laju2 dengan motosikal dan ada jugak yang kena suntik dengan jarum suntik. Mana yang boleh didorong aje di ajak. Mana yang anti mekap dan anti air tu, janganlah nak diajaknya. Sia2 aje. Hahahaha...

Oklah you all selamat menonton video di bawah ini dan selamat mempraktikannya.








Mantap