Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 3 April 2011

Coretan Ulang Tahun Kelahiran ke-25



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur alhamdulillah. Masa yang bergerak terasa terlalu pantas. Pejam dan celik berulang-ulang kali angka hujung pada usia saya tanpa sedar semakin meningkat. Semakin meningkat usia, semakin tinggilah tanggungjawab dan dugaan yang akan dipikul. Syukur alhamdulullah ke hadrat Illahi kerana masih diberikan ruang kepada saya untuk menghirup udara bumi yang segar dan menikmati kenikmatan yang diberikanNya.

Dikala usia 24 tahun yang lalu banyak kenangan manis yang tidak mungkin saya lupakan. Paling indah adalah tahun lepaslah bila novel KAU KUSERU, CERMIN dan KUPERCAYA ADA CINTA serentak diterbitkan pada bulan april seolah rezeki itu tahu-tahu sahaja ingin menyebelahi saya untuk dijadikan sebagai hadiah paling indah di dalam hidup saya. Melihat ketiga-tiga novel ini membuatkan saya terimbau kenangan manis dikala usia 24 tahun. Syukur alhamdulillah, sepanjang tahun lepas juga, empat novel saya telah berjaya diterbitkan termasuk AKU BUKAN MALAIKAT.

Di kesempatan ini sempena ulang tahun kelahiaran saya yang ke 25, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada keluarga saya. Emak dan Abah yang selalu sahaja menahan kerenah anak dia ini. Sering menolong poskan manuskrip kepada penerbit. Mendoakan saya dan menyokong kerjaya yang tidak pernah saya terfikir akan cemburi. Tidak lupa kepada abang-abangku, Rosman, Rosni, Hairol & Harijan.. terima kasih atas sokongan abang-abang ku semua termasuk isteri-isteri mereka. Walaupun salah seorang dari mereka sedang dalam diugaan hidup yang sangat getir, diri ini akan terus mendoakan semua itu dapat diatasi dan diberikan perkenan dari Allah...

Kepada sahabat-sahabat baikku sama ada di alam nyata dan alam maya. Jutaan terima kasih kepada anda kerana telah menyokong kerjaya baru saya ini. Ambil kos lain, tapi berkecimpung dalam bidang lain. Macam mana tu? Jutaan terima kasih kepada semuanya.. kerana menyokonhg saya.

Tidak sesekali akan saya lupakan, kepada semua peminat, pengemar dan pembaca semua karya-karya saya yang sudah terjual di pasaran, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah memiliki karya-karya picisan saya yang tidak seberapa. Sesungguhnya, jasa anda amat-amatlah saya hargai sampai mati. Tanpa anda siapalah saya.

Saya berharap setiap jalan cerita yang saya perkisahkan dapat diterap di sanubari anda. Yang baik jadikan tauladan dan yang jahat jadikan sempadan. Jika ada karya saya yang tidak dapat memuaskan hati kalian dan merasakan novel itu di dalam kategori menyesal beli, saya memohon maaf kerana saya hanya manusia biasa yang hanya ingin berkongsi cerita untuk semua. Saya tidak dapat memuaskan hati semua orang. Walau bagaimanapun, saya akan cuba memperbaiki setiap kesilapan saya pada karya akan datang...

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat alam maya yang wish selamat hari lahir di facebook, tagged, twitter dan lain-lain. Sekali lagi, TERIMA KASIH SEMUA!!!



Mantap