Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 14 Ogos 2011

Myung Wol The Spy - Best!



Entahlah aku pun tak tahu kenapa dengan aku sejak masuk minggu puasa ni tetiba minat pulak tengok drama Korea yang bergenre komedi romantik. Drama korea yang aku sedang gegeh download dan ikuti sekarang ini adalah cerita yang kat atas ni. First episode tengok macam membosankan. Menceritakan tentang seorang angkota polis wanita yang gegeh nak jadi perisik rasia. Dah dekat tiga kali mencuba masih gagal ujian saringan yang hero kedua dia buat. Watak utama dalam cerita ni for surelah Myung Wol... disebabkan terlalu obses nak jadi perisik rahsia mengikut jejak langkah ayahnya yang dah meninggal dunia, dia sanggup menerima ujian atau satu misi menjejaki penyanyi popular untuk merisik penyanyi lelaki itu yang turut bergelar pelakon. Dalam masa yang sama, ketua si Myung Wol ni pun ada hati dengan dia. Dalam sibuk merisik penyanyi popular ni yang bernama Geng U, si Myung Wol ni pulak tetiba falling in love dengan Geng U. Adeh... so aku amek mood jap dengar lagu Dato Siti Nurhaliza - I falling In Love.

Myung Wol tersekat di antara tugas dan perasaan. Dia sendiri bingung sama ada dia suka Geng U atau tak. Tapi setiap kali Geng U mendekati Jun In A, anak pengerusi hotel Galaxy yang terkenal di Korea dia akan cemburu. Si Geng U pulak turut ada perasaan pada Myung Wol, cuma dia ego dan tak nak berterus terang.

Sehingga episode sepuluh (sehingga tarih pos ini), Myung Wol sanggup jadi pelakon semata-mata nak berkahwin dengan Geng Yu. Selain sebab dia memang nak berkahwin dengan Geng U sebab dia memang dah cintakan Geng U. Berkahwin dengan aktor popular tu juga termasuk dalam misinya untuk menyiasat siapa sebenarnya Geng U. Namun, bila dia dapat watak utama dalam sebuah filem yang betul-betul mengena dengan dirinya. Tentang perisik yang jatuh cinta dengan target siasatannya, dia terkejut dan takut andai pengakhiran cintanya dengan Geng U sama seperti filem yang dia lakonkan...

Sampai situ ajelah kisah yang aku tengok. Sampai episod 10. Tengah menunggu Episod 11 kuar. Drama ni ada 16 bepisod semuanya. Dan masih di tanyangkan di kaca televisyen. Jadi, kenalah bersabar menunggu insan yang budiman upload di laman webnya. Gegeh yer aku seminggu semata-mata nak download drama ni. Drama terbaru yang sedang aku follow adalah Protect The Boss. Pun best jugak cerita ni. Cerita Korea ni kalau yang lucu sangat lucu. Kalau sedih, akan sedih. Nampak keKoreannya. Hehehe... Malaysia cuba ikut gaya drama mereka memang tak jadi seperti Ana Lulu tu. Tetap keMelayuannya terserlah.. waaa... tetap tu nak komen. Matilerr ada yang kutuk kang... apa-apa pun drama Myung Wol The Spy ni memang bestlah. Tunggu jelah kuar kat 8TV ok?

Ok, kat sini aku nak berkongsi gambar-gambar pelakon drama Myung Wol The Spy ni. Hehehe...


Kat bawah ni pulak aku kongsi babak terakhir untuk episod 10 yang telah berjaya buat aku menangis. Sedih sgt....


Synopsis : An elite North Korean spy, Han Myung Wol, and her partner, Choi Ryu, infiltrates South Korea on a mission to disrupt the Hallyu Wave by kidnapping one of their top stars, Kang Woo. Despite her proficiency at her job, Myung Wol’s one weakness is her uncontrollable curiosity. Hijinks ensue when she falls in love with Kang Woo instead.

Title: Spy Myung Wol / Myung Wol the Spy | Also Known as: Beautiful Spy | Genre: Romance, comedy | Episodes: 16 (To Be Confirmed)
Broadcast network: KBS2 | Broadcast period: 2011-July-11 to 2011-Aug-30 | Air time: Monday & Tuesday 21:55 | Quality: HDTVRip 450P – HANrel Format: matroska (MKV) | Subtitle: English SoftSubbed (separate file SRT) | Size : 350MB | Cast : Han Ye Seul as Han Myung Wol | Eric as Kang Woo | Lee Jin Wook as Choi Ryu | Jang Hee Jin as Joo In Ah

Kalau nak download drama ni siap dengan subtitle dia boleh download kat sini.

Mantap