Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 30 September 2011

Dato' Siti Nurhaliza | All Your Love

All Your Love is perhaps the most anticipated album of the year kerana ia merupakan album sulung Inggeris pertama Dato’ Siti Nurhaliza. Mendapat sentuhan sepenuhnya oleh Christian Alexander dan Bryan Buoro, album ini menjadi pembuka jalan bagi penyanyi terkemuka ini untuk melebarkan sayap kariernya ke peringkat global secara total. Mengandungi 10 buah lagu baru, album ini dijadikan dengan genre Pop R&B sebagai tunjang muziknya walaupun turut mempunyai elemen muzik latin. Tidak dinafikan ia dilengkapi dengan deretan lagu yang catchy dan senang untuk dihadam. The track title of this album, All Your Love dipilih sebagai pembuka rekod. Intro lagu ini (yang turut digunakan dalam iklan SimplySiti bagi produk Vogue dan Lovely) menciptakan mood yang baik. Namun tenaga lagu ini seakan terhad dan terlalu repetitive pada beberapa bahagian. Biarpun dibantu oleh nyanyian rap di pertengahan, namun kuasa dan impak lagu ini tidak terasa. 





Track kedua, Nobody Else pula adalah sebuah mid-tempo ballad yang seakan menjadikan trek-trek seperti We Belong Together (Mariah Carey) sebagai reference dengan penggunaan back beats dan melodi piano yang diulang-ulang sepanjang lagu. It is a nice track but I just wish Siti dapat menonjolkan lebih emosi, attitude, dan kuasa dalam her rap-flavoured singing.

Penggunaan muzik pop latin amat terserlah dalam trek ketiga, Tonight. Dengan vibe ala Bailamos (Enrique Iglesias), lagu ini mempunyai tarikan tersendiri. Tetapi di bahagian “Coz I get so lonely when you’re not here/So stay with me/Stay with me tonight”, melodinya mempunyai iras lagu That's The Way It Is nyanyian Celine Dion. All Over Again pula reminds me of lagu-lagu seperti Irreplaceable (Beyonce) dan With You (Chris Brown) terutama pada petikan gitar dijadikan melodi utama lagu ini.

I’ll Wait Forever menampilkan Christian Alexander sebagai pasangan duet untuk Siti. Apabila lagu ini pertama kali dimainkan, ia terus mengingatkan saya kepada lagu Eyes On Me (Celine Dion). Mungkin kerana elemen world music yang digabungkan dalam lagu R&B ini menjadikan iras itu kelihatan. It’s definitely a catchy number to be honest.

Single pertama album ini, Falling In Love diletakkan pada trek keenam. Eurodance dengan gabungan flamenco Sepanyol menjadikan lagu ini bertenaga dan begitu mengujakan. Setelah disajikan dengan lagu-lagu berentak rancak, akhirnya I Cry Out menamatkan kemarau lagu balada. Genre ini adalah sebenarnya makanan terbaik Siti Nurhaliza. Lagu ini unik dari segi susunannya dan Siti berjaya memberikan emosi yang seharusnya ada.

Begitu juga dengan trek Stand Up. The song is perhaps the best in this album. Lirik dan melodinya begitu uplifting. The melody arrangement fits her well dan Siti turut berjaya melagukanya dengan cemerlang. Walaupun both songs kedengaran agak 90’s, but I believe muzik sebegini yang patut ‘digoreng’ oleh beliau.

Fight For Love adalah sebuah lagi lagu rancak yang mengisi album ini. The song feels like an anthem that everyone can relate too. Remember You menjadi penutup album. Lebih menarik, lagu ini menampilkan Sean Kingston sebagai penyanyi undangan. But the song is just like another summer anthem yang konsepnya dah banyak diperdengarkan di merata dunia.

Secara jujur, sukar untuk melabelkan album ini sebagai sebuah masterpiece kerana kandungannya tidak terlalu membuka mata. Ia adalah sebuah produk Inggeris yang baik untuk artis tempatan, dan usaha untuk menghasilkannya wajar diberikan pujian namun jika ingin dibandingkan dengan produk antarabangsa yang sedia ada sekarang, mungkin album ini agak terkebelakang dari segi material. Ia kedengaran seperti album-album yang mungkin dihasilkan oleh artis-artis R&B yang baru hendak menapak dalam arus perdana muzik Amerika. Kurang originaliti mahupun inovasi. Itu kelemahan ketara album ini. Langkah memilih hanya 2 orang sebagai pencipta dan penulis untuk 10 buah lagu ddirasakan agak kurang wajar kerana ia menghadkan variasi dan kreativiti produknya.

Persembahan vokal Siti pula baik, tetapi masih banyak ruang yang perlu diperbaiki. Bukan untuk menidakkan kehebatan pemenang 11 kali vokal terbaik ini, namun perbezaan perlu ada dalam nyanyian lagu Melayu dan Inggeris dari segi lontaran, phrasing dan attitude nyanyian. She did good but it could’ve been better.

Siti Nurhaliza ingin dikenali di pentas antarabangsa, tetapi beliau harus memikirkan fokus muzik beliau yang sebenar selepas ini. Tidak salah untuk mencuba pelbagai genre tetapi penggemar muzik antarabangsa berbeza kelompoknya dan masing-masing mempunyai citarasa yang lebih tinggi dan sukar diramal. It is better to be bold than bland.











Mantap