Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 3 September 2011

Sedar diri itu lebih ELOK! Dari berlagak DIVA!


Assalamualaikum....

Wah... dam dam dum! Bunyi mercun! gitooo walaupun dah hari raya ke lima tetap bunyi letupan mercun masih kedengaran. Tapi taklah sekerap masa malam raya yang aku rasakan macam perang dunia kedua... wah.... semalam hevoc sangat sambut besday AdyVa kat Pizza Hut! Kurlas sangat... surprise party lagik... besdaynya jatuh pada hari raya... nantikan gambar2nya tak lama lagi hehehe... tetiba macam tak related pulak dengan tajuk post... cane ne?

Gempak tak tajok tu... bukan apa, sejak akhir-akhir ni semakin ramai pulak 'adik-adik' yang baru nak naik ni 'Berlagak Diva' budjet... diri popular mengalahkan Dato' Siti Nurhaliza. Masa baru nak naik, bukan main serabai dan tak tau apa-apa. Bila Diva-Diva sedia ada dah ajar apa yang patut. Mula dikenali dengan bantuan 'Diva-DIva' yang sedia Diva, mulalah jadi macam kaduk naik junjung. Terus lupa daratan. Terus jadi macam kacang lupakan kulit kecuali Kah Chang-lah. Dia memang tak boleh nak tinggalkan kulit dia.. gila? Mamposlah dia kalau tak ada kulit. hehehe....

Bila dah ada ilmu sikit di dada, mulalah nak berlagak tunjuk pandai. Sanggup ni menangih simpati kat wall FB nak merajuk-merajuk manja maraih simpati rakan2 FB dnia SUPAYA klik 'like' pada page dia yang kekonon manusia tersohorlah... perlu ke nak meraih simpati pada page pribadi sendiri? Banggalah kalau setiap post tu orang komen berjela-jela. kembanglah punggung tu dapat puji-pujian... Sesungguhnya pujian tu hanya untuk Allah dek... sedar diri sikit.

Biasanya 'adik-adik' macam ni tak akan kekal lama pun kat dalam industri kedivaan ni. Hots masa mula-mula kemunculan je, lepas tu tenggelam. Blog mulalah tak ada yang singgah sebab buat cerita yang sama je. Tapi bukan akulah. Blog aku ni memang tak ada yang singgah pun sejak dirasmkian pada tahun 2009... tapi tetap nak up date post. Tapi ada aku kisah? Walaupun aku ni boleh dikatakan ada jugaklah yg kenal kat satu Malaysia, tapi aku tak pernah anggap diri aku macam orang terkenal. Kalau ada yang tanya khabar tetap membalas. Kalau balas lambat tu tetap mohon maaf sebab balas lambat. Tak adalah nak buat alasan bukan-bukan. Aku hanya fikir satu aje, dari mereka semualah rezeki aku datang, kenapa aku perlu nak berlagak? Cuma kadang-kadang andai ada inbox yang telepas pandang, hanya kemaafan dipohon. So far, inbox2 dari pengemar karya2 aku, aku tak pernah abaikan. Kecuali si 'ulat-ulat bulu' dan 'ulat-ulat beluncas' memang aku tak layan yer...

So, kepada 'adik-adik' yang baru nak naik tu, tekad dalam diri, jangan nak berlagak baguslah pada manusia yang dah membantu anda nak naik dulu bila dah ada followers sendiri nanti. Kau tak akan ke mana. Percayalah cakap aku. Allah tu paling tak suka pada hambaNya yang menyombong dengan nikmatnya.

Aku sekadar nak berkongsi tips kekal 'Diva': janganlah rasa diri ni dah bagus kalau ada yang gelar anda DIVA. Terus anggap anda masih manusia biasa, insan biasa yang sama taraf dengan golongan biasa. Jika berjalan di khalayak ramai, aku tak akan rasa segan kalau lalu kat tempat2 biasa. Tak semestinya bila dah 'DIVA' ni nak kena jalan kat tempat-tempat high class walaupun diri ni memang dah taraf high class. High class ke aku? Hahaha... tak perlu nak rasa segan kalau pakai baju cap ayam, atau jam tangan dari GUCCI beli kat pasar malam. Yang penting chantek dan aku beli dengan duit aku... apa guna beli mahal-mahal kalau diri papa kedana. Ibarat macam kita guna handphone canggih tapi tak ada kredit... tak berguna apa-apa kan? baik campak je handphone tu ke laut... jadi batu karang... silap2 ikan paus pun tak lalu nak makan hp tu hahahaha... siap ludah lagik...

So, sedarlah diri tu sebelum jadi sombong. Jika dah berjaya, sentiasalah ingat siapa yang selalu ada dengan kita semasa kita di bawah dahulu. Tapi memang dah sifat semula jadi manusia kut, bila dah ada kat atas yang di bawah akan dilupakan terus. Bila dia dah kat bawah balik, baru sibuk nak mengegeh merangkak pada yang selalu membantu dia. Aku percaya, mana 'adik-adik' yang terasa dengan post ni akan keluarkan statement,

"Ada Aku Kisah????"

Memang aku tak kisah pun nun... tapi ingat, dunia ni bulat, bukan tiga segi. Bila-bila masa pun kau boleh jadi kat bawah. Nanti bila dah tersungkur baru menyesal bila orang yang dah kat atas tu guna balik ayat tu. So far syukur alhamdulillah... aku tidak didekati dengan sikap itu. Menyombong tak tentu pasal... aku percaya pada hukum karma. Hari ni kita buat orang, akan datang karma akan balas balik dengan perkara yang sama sebaliknya lagi dasyat dari apa yang kita buat pada orang sebelum ni....

Renung-renungkan dan selamat beramal....

Mantap