Headlines
Published On:Sabtu, 3 September 2011
Posted by RUDI ZONE

TIPS nak buat hati kita 'HAPPY' dalam bercinta... khusus untuk cinta jarak jauh.




Assalamualaikum you all.... tetiba tergerak hati nak berkongsi serba sedikit pengalaman diri dan pengalaman kawan-kawan dalam bercinta. Wah!!! tetiba rasa macam pakar cinta pulak... apa-apa pun apa yang bakal aku kongsikan ini sekadar secebis tips atau cara yang beberapa temanku dan aku sendiri gunakan untuk behagia dalam bercinta. Kalau ada yang TAK KENA DENGAN JIWA you all... sorrylah eh? Ini sekadar tips rekaan aku sendiri....

Tak dinafikan, pasti ramai anda-anda dan termasuk saya sendiri memiliki sifat 'Suka Fikir Bukan-Bukan' atau istilah english nya, 'Negative Thinking'. Terutama bab-bab pasangan kita. Yalah, kalau dah sayang, kadang-kadang imaginasi kita ni boleh create imaginasi-imaganasi melampau. Sedangkan pasangan kita tu tak buat apa-apa pun, kita aje fikir yang bukan-bukan disebabkan rasa curiga... biasanya manusia yang negative thinking ni memiliki sifat cemburu yang maha dasyat dan di galakkan menggunakan tips-tips ini untuk mengelak anda terus berasa sakit dalam bercinta. Anda juga layak berasa bahagia dalam bercinta kan?

Syukurlah... dari kesilapan lalu kita belajar untuk memperbaiki diri sendiri. Mungkin akan ada yang kata tips aku ni macam TAK ADIL. Tapi bagi aku dan mungkin cara ni lebih baik dari terus-terusan nak makan hati dan... terus-terusan senak dada sebab memendam perasaan akibat fikir bukan-bukan. Biarlah kita lebih banyak rasa bahagia dari terus sakit dan sakit disebabkan negative thinking ini. Wokey... berikut adalah tips-tips yang aku gunakan. Tapi tips ni saya khaskan untuk pasangan yang bercinta jarak jauh.

1. KEPERCAYAAN adalah NADI dalam tips ni. Kalau tak ada kepercayaan, memang penyakit negative thinking ni tak akan boleh diubati. Setiap saat asyik nak fikir bukan-bukan pasal pasangan kita aje, sampaikan prokdaktiviti kerja dan life kita berkecamuk. Percaya sahaja setiap kata, alasan dan penjelasan pasangan kita walaupun hakikatnya sebenar sebaliknya. Sekurang-kurangknya kalau kita percaya apa yang dia katakan, kita akan bahagia, betul tak? Dari nak fikir bukan-bukan walaupun hakikat yang sebenar apa yang kita fikir itu adalah benar.

2. KEJUJURAN, kita perlu sentiasa berlaku jujur dengan pasangan kita. Kalau kita jujur dengan pasangan kita, insyaALLAH dia akan jujur dengan kita juga. Kalau dia tak jujur itu belakang kira. Itu hal dia, bukan hal kita, Yang penting kita dah jujur, pasti kita akan bahagia dan fikir dia pun jujur dengan dia. Lama-lama kalau dia sedar kita ni sentiasa jujur dengan dia, dia akan sedar jugak yang kita ni ikhlas dengan dia. Apa-apa hal pun akan kongsi dengan dia. Kalau dia masih tak sedar diri. Itu memang tak mampu nak tolong. Yang penting kita dah bahagia sebab jujur dengan dia cukuplah.

3. SMS kita tak berbalas dari si dia. Biasanya bila kita SMS dia, dia pulak tak balas, tak pun balas lambat. Mulalah kita fikir dia tengah SMS-SMS dengan orang lain. Yalah, bayangkan waktu cuti hujung minggu. Dia tak kerja. Tapi kita SMS dia, dia tak balas. Kan pelik tu? So, jangan terus nak melatah. Anggap aje dia masih tidur sebab nak bayar tidurnya yang tak cukup setiap hari kerana perlu bekerja. Atau sibuk tolong family atau buat kerja rumah yang tertunggak seminggu. Dan mungkin bayar 'bil air' yang tertunggak secara manuall. Mana tahu kan? Masa dia tengah bayar bil tu memang dia agak busy (ops!)

4. Call tak berjawab walaupun dah call 99 kali. Siap tertera kat skrin HP dia 99 miss called dari anda. Sebagai insan yang terlalu mencintai dia, pasti akan fikir yang bukan-bukan. Siap feeling nak nangis bagai ni. Risau ya amat. Siap berimaginasi bukan-bukan. Si dia kemalangan ke... kena rompak ke... kena culik ke. Siapa tahu, kan? Cara ini nak selesaikan mudah sahaja. Tarik nafas dalam-dalam lalu dihembus keluar. Meredakan kerisauan dan senak dada sampai nak nanagis tu dengan cara ini. Bila dah tenang, pergi ambil wuduk buat solat hajat atau mendoakan si dia selamat dari segala malapetaka. InsyaAllah, selepas buat solat hajat atau selepas kita mendoakan si dia baik-baik sahaja, kita akan kembali tenang. Kalau dia betul-betul sayang kita, dia akan call kita balik dan akan memohon maaf dan menjelaskan kenapa dia tak jawab call. Masa tu kalau you all nak nangis baru boleh. Nangis terharu kerana si dia masih selamat dan menyayangi anda.

5. Bila call si dia, tiba-tiba call kita tu 'waiting' atau 'Menunggu'. Seperti biasa, sebagai insan negative thinking ni kita akan terus fikir, mesti dia call insan lain. Kita pun terus call dan call sampai 'Waiting' tu hilang. Sebenarnya tindakkan kita tu salah. Kita harus membiarkan dia berbual dahulu selama 15 minit. Selepas 15 minit kita call dia lagi. Kalai 'Waiting' tu dah tak ada itu bermakna dia baru sahaja selesai call family dia, sedara mara atau kawan dia. Kalau 30 minit baru habis, haaa... itu bermakna dia sedang menelefon kawan lama atau kawan baik. Tapi kalau lebih 40 minit 'Waiting' tu masih ada. Sah! Mesti dia sedang call kekasih lama atau insan yang dia pernah menaruh harapan. Sebab banyak cerita nak dicerita. Anda jangan terus cemburu. Bila terfikir mesti kekasih lama dia nak kembali balik kat dia, terus buang jauh-jauh fikirkan jahat tu. Kerana fikirkan itu hanya akan mendatangkan sakit dada yang semakin berpanjangan. Dengar penjelasan dia dan PERCAYALAH dia 100% walaupun dia bercakap bohong pun, percayakanlah dia. Kalau anda tak percaya, anda akan terus rasa curiga. Curiga ni sama je macam cemburu. Akan buat kita rasa sakit je dari happy. Betul tak?

6. Terima SMS salah dari dia. Apa perasaan anda bila anda dapat sms dari si dia berbunyi seperti ini? : "Hye Dayang, Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin. Raya jemputlah datang rumah. Lama tak jumpa awak" - sedangkan nama kita Nurfaizah dan bukan Dayang. Atau si dia gelar kita 'sayang' atau 'honey' tak pernah sebut nama pun. Mesti kita rasa sangat curiga tahap dada macam nak meletop marah, kan? Chillex... jangan terus nak melenting. Apa yang perlu kita buat, kita call dia baik-baik dan sopan-sopan. Tanya dengan baik, siapakah Dayang tu. Si dia pun kadang-kadang ada teman baik dan rapat sejak kecil yang cara berborak mereka agak nampak romantik. Jadi, kalau dia kata kawan sekampung dan baik sejak kecil, tak perlulah kita nak terus curiga dan ceburu. Kita juga ada kawan yang 'gila-gila' jugak kan? So, tak perlu nak fikir bukan-bukan. Kita pun ada juga kawan yang macam tu juga kan?

7. Kalau dia kata dia masih berkawan baik dengan bekas kekasih dia yang lama. Kita pun janganlah rasa cemburu. Ya, kita tahu, kita manusia kedua selepas kekasih lama dia yang dia sayang. Pasti sisa-sisa sayang tu masih ada untuk kekasih lama dia tu. Masa berlaku situasi ni, nadi utama tips ini perlu digunakan iaitu kepercayakan. InsyaAllah, si dia hanya cintakan kita walaupun kekasih lama dia rapat dengan dia.

8. MERAJUK... ha.. ni satu penyakit yang agak kuat untuk kaum hawa dan kaum-kaum yang sewaktu dengannya. Dah lumrah kut, kaum hawa dan kaum0-kaum sewaktu dengannya suka merajuk. Lelaki jarang merajuk sebab egois lelaki ni memang tinggi. Kita sebagai kaum yang lemah, memang tak akan mampu nak merobohkan egois seorang lelaki. Sebab mereka ni mampu hidup dalam lingkungan egois mereka dari hidup dalam bangunan. Cane tu? Merajuk hanya akan membuat diri anda sedih dan sakit. Mengharap pada dia nak pujuk pastu dia tak pujuk. Last-last kita pujuk diri kita sendiri lalu memohon maaf pada dia sebab merajuk dengan dia. Sepanjang masa nak tunggu dia pujuk kita tu, mesti kita sakitkan. Menahan rindu segala... tak nak sms dia.. tak nak call dia. Wal hal dia sedap aje melantak rendang dan kuah lodeh di majlis rumah terbuka kawan-kawan dia. Berselera pulak makan tu, habis dua tiga pinggan. Yang kita pulak tak makan berhari-hari rindukan dia. Kan ke menyiksa diri tu. Merajuk kejap-kejap dalah. Macam aku sendiri, aku ni kalau merajuk tak pernah lama. Buat sakit jiwa aje. Merajuk paling lama pun 30 minit. Lepas tu dah baik dah. Merajuk pun jangan selalu sangat. Kang si dia muak lalu cari orang lain, you all jugak yang geget jari. Betul tak?

9. Perlu ada hak PRIVACI. Apakah hak privacy? Hak privacy ni macam handphone dia, facebook dia dan lain-lain. Ada sesetengah pasangan ni kalau dah bercinta, sanggup kongsi password facebook. Suka geledah inbox SMS si dia pastu baca segala isi inbox SMS dia. Stalker segala inbox facebook dia dan kenali semua kawan-kawan facebook dia. Pada aku semua tu tak perlu. Macam aku ni. Aku tak pernah nak tau pasal password Facebook si dia aku. Jumpa pun, aku tak pernah nak sentih handphone dia walaupun handphone dia depan mata. Kalau dia on lappy pun aku tak akan geledah segala fail dalam lappy dia selain dia yang nak tunjuk apa yang ada. Bagi aku semua itu hak privacy dia. Perkara-perkara ni akan menyebabkan kita tercampak ke lembah derita jugak bila terbaca SMS yang tak sepatutnya dan apa-apa sahaja yang tak sepatutnya. Kita fikirkan yang baik-baik aje dari dia. Sungguh pun dia curang, kita tak perlu ambil tahu. Kita fikirkan aje yang dia masih sayang kita dan setia dgn kita. Kan lebih membahagiakan dari memikirkan kecurangan dia. Pasal hal kecurangan dia you all tak perlu nak ambil tahu. Pandailah dia fikir sendiri. Sebab dia dah besar. So, nikmatilah yang menjadi kebahagiaan dan hindari yang menyakitkan.

10. Merhargai si dia sebaiknya. Tak kiralah apa pun jua perkara. Buat sesuatu pada dia yang menunjukkan kita menghargai dia. Pastikan apa yang kita buat tu tak memudararkan hidup kita dan hanya mendatangkan bahagia. Contoh: call dia hari2... sms dia kata-kata cinta... bagi hadiah setiap bulan... menyanyikan lagu sebelum tidur dan sebagainya. Pasti kita akan rasa bahagia kalau dia happy dengan pemberian kita. Dan pastikan, jangan sesekali menyimpan niat dan meminta pembeirian itu berbalas. Kalau kita mengharap, tiba-tiba dia tak membalas. You all jugak yang menderita kecewa. Boleh hancur keikhlasan kita. Beri dan buat sesuatu untuk dia dengan ikhlas dengan hati gembira. InsyaAllah kita akan bahagia walaupun kita dapat rasa dia macam hendak tak hendak aje dengan pemberian kita tu. Yang penting kita ikhlas memberinya.

11. Percaya hukum karma. Fikir je yang baik-baik pasal pasangan kita yang buat kita bahagia dengan dia walaupun kita mula rasa si dia curang. Cuma tak ada bukti. Kalau ada bukti pun buat-buatlah tak tahu selagi dia masih layan kita seperti kekasih dia yang paling dia sayang. Pasal kecurangan dia tu biarlah TUHAN yang membalasnya. Hukum karma ni biasanya lebih dasyat dari apa yang dia buat kat kita. Memanglah cakap tu senang. Bila dah kantoi kita tetap sakit. Bila dia tiba-tiba mintak putus sbb ada insan lain, kita tetap akan kecewa. Kira oklah tu. Kita terus kecewa dan sakit dari terus sakit masa bercinta, bila dah putus pun sakit jugak. Sekurang-kurangnya sebelum ni kita dah pernah rasa bahagia dari tak rasa langsung. Betul tak? Biasanya orang curang ni tak pernah bahagia. Suatu masa bila balasan tu sampai pada dia, dia akan sedar yang kita ni adalah insan terbaik yang dia pernah kenal berbanding manusia yang dia tergila-gilakan tu. Ini balasan untuk kes curang ya. Tapi kalau putus di sebabkan tiada jodoh, keluarga menentang dan disebabkan hukum. Ianya berbeza. Insan yang termasuk dalam lingkaran cinta terhalang dan terlarang ni, perlu fikir masak-masak dan bersedia dari awal andai tidak bersatu di hujungnya.


Itulah serba sedikit tips yang boleh aku kongsikan pada you all. Mana yang you all rasa tak serasi dan tak masuk akal tu, sorry ya? Ini sekadar tips yang aku gunakan sendiri dalam bercinta kerana aku juga mengalami cinta jarak jauh. Bagi aku, jarak itu tidak akan menghalang cinta sesebuah pasangan itu andai hubungan itu berlandaskan cinta dan sayang yang suci. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha agar Tuhan menyenangkan hubungan jarak jauh ini agar suatu hari nanti ada jalan penyelesaian untuk bersatu.

Oklah, sekian sahaja untuk post kali ni... selamat mencuba. Apa-apapun aku tak bertanggungjawab andai tips ini tidak berjaya dan hanya memudaratkan sesetengah orang. Tak paksa nak ikut, tapi sekadar berkongsi. Kalau ada idea lagi nanti, akan ada part 2 kut. Hehehe....

tata....



Perhatian

Posted by RUDI ZONE on 10:03 PG. Filed under . RUDI ZONE tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial atau blog ini di bawah Akta 114A Keterangan 2012. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

By RUDI ZONE on 10:03 PG. Filed under




Topics :

Change Background

Laman blog ini sesuai dilayari dengan paparan terbaik Mozila Firefox versi terkini dengan resolusi skrin 1280 X 1024.

Lain-Lain


DIARI

ARTIKAL

E-NOVEL

RESIPI

NOVEL PILIHAN

SHARING

HIBURAN

INFO

Popular Posts

Statistic:
Segala kandungan di dalam blog ini dilindungi oleh:
DMCA.com DMCA.com