Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 26 Oktober 2011

MISTERI !!!! Penampakan Hantu depan 7 Eleven Di Paka, Terengganu


Salam.

Awal pagi tadi, kecoh di Facebook tentang satu video yang dikatakan jelmaan hantu muncul di kedai 24 jam 7 Eleven di Paka, Terengganu. Setelah saya melihat dan amati video ini, ia kelihatan seperti tulen dan tidak di-edit. Walaupun begitu, saya bukanlah pakar analisis video. Jadi saya tidak berani mengeluarkan kenyataan bahawa video ini tulen atau palsu.

Saya menulis artikel ini bukanlah bermaksud untuk mengajak anda mempercayai 100% akan kewujudan hantu. Bagi saya, istilah 'hantu' tiada pun di dalam mana-mana kitab atau yang termaktub di dalam Al-Quran. Tiada. Yang ada hanyalah jin, syaitan, dan iblis. Bagi saya, perihal 'hantu' hanyalah salah satu jelmaan daripada syaitan atau jin.

Jadi di bawah ini saya sertakan video tersebut. Anda saksikan dan nilailah sendiri.





Sumber: ADUKA

Mantap