Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 18 Oktober 2011

Pilu hatiku bila manusia hilang sikap ambil berat terhadap makhluk sejenisnya...




Apa yang boleh aku katakan tentang video yang aku paparkan di post ini hanyalah kesedihan. Pagi ini, video ini yang aku tonton di Facebook sebab ramai kawan2 FB aku kongsi video ni. Aku ingatkan kejadian ini dah lama berlaku. Tapi bila video yang sama masuk Buletin Utama 17 Oktober 2011, barulah aku tahu berita yang sebenar dan kondisi anak kecil itu. Anak kecik itu KOMA!!! Semoga umurnya masih dipanjangkan. Menurut sumber buletin utama, kejadian ini telah berlaku pada hari Khamis lepas bersamaan 13 Oktober 2011. Berulang kali aku tengok rakaman yang dirakam melalui CCTV atau kamera litar tertutup ini. Lebih dua target yang mengabaikan anak kecil ini yang sudah terdampar di atas jalan raya.

Yang aku tak boleh terima, van tu. Tak nampak ke budak tu tengah melintas. Kalau dah terlanggar, kenapa dia langgar sekali lagi dengan menggunakan tayar belakang pulak? Lepas tu ada satu lagi lori langgar jugak kaki budak ni. Kesian sangat. Apalah agaknya perasaan pemandu lori dan van tu kalau yang dia langgar tu adalah darah daging dia. Aku rasa bukan aje meraung, boleh bunuh diri. Tengok reaksi emak budak tu pun dah tau emosi dia tahap gaban siap salahkan diri sendiri dan memukul dirinya sendiri kerana alpa mengawasi anaknya sendiri...

Aku buakanlah nak kata bangsa yang ada di dalam video ini keji. Tidak, masukdunya manusia2 yang terlibat di dalam video ni sahaja. Tidakah mereka kasihan melihat anak kecil itu bergelimpangan di atas tar jalan? Apa? Dia ingat budak tu saje2 nak tidur atas jalan? Ada otak tak nak guna. Makcik kutip sampah (kalau salah maaf ye?) tu yang dah berumur jugak yang boleh berfikir. Tarik anak kecil tu ke tepi. Kalau kita nak kata makcik tu bebal sebab tak call ambulan tu oklah juga sebab dia boleh dikira warga emas. Ini yang muda mudi ni.. Boleh pulak berhentikan skuter tengok. Lepas tu jalan. Ada jugak tu lelaki yang berdiri tegok aje tak nak tolong call ambulan... Kejam sangat...

Apakah mereka yang mengabaikan budak kecil itu nampak budak tu macam hanjing? Kalau hanjing pun apa salahnya tolong jugak kan? Bangsa kau orang mana tahu najis besar dan najis kecil. Kalau yang di langgar tu hanjing kenalah juga bersihkan atau ketepikan hanjing tu untuk mengelak berlakunya kemalangan di kawasan itu. Ini, boleh pulak di gilis-gilis.. kesian sangat dengan budak kecil tu. Kecil2 lagi sudah menanggung kesakitan. Aku tak dapat nak tahan sedih bila van tu langgar budak tu DUA KALI!!! Dah macam apa dah budak tu di gilis tayar... kejam sungguh!

Aku harap kejadian ini boleh memberi pengajaran dan ikhtibar pada semua bahawa, sikap ambil berat itu masih penting dalam masyarakat. Tolong menolong antara satu sama lainkan amalan mulia. Tolonglah orang dalam kesusahan. Hari ini, hari mereka... esok lusa mana tahu hari kita pula... jadi... ingat-ingatlah. Buatlah baik pada semua orang terutama manusia yang menjahati kita...


Mantap