Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 18 November 2011

Dari 'L' nak tukar jadi 'P'

LELALKI tukar kepada PEREPUAN?? Bukanlah... sila baca di bawah.
Assalamulaikum...
wah dah lama rasanya aku tak menconteng di dalam blog aku ni yang dah genap DUA tahun blog kesayangan aku bulan lepas hehehe.. baru teringat... tapi blog ni pun sepi dan sunyi je. Tak ada siapa yang nak jenguk pun. Tak banyak info menarik dan tiada apa-apa yang menarik. Sekadar luahan hati aku yang tak ke mana pun...

Mesti bila baca tajuk entry kali ni macam gempak dan kontroversi gitu kan??? Yelah... dah lah sekarang ni ala-ala tengah heboh pasal perhimpunan SEKSUALITI MERDEKA yang dengar-dengarnya akan berlaku tapi dah ditentang hebat oleh kerajaaan Malaysia. Haruslah you all di tentang. Kita ni duk kat Malaysia, bukan kat Brazil atau Belanda yang boleh mengesahkan hubungan 'gitu-gitu' kan? So kena ikut peraturan. Peraturan negara kena ikut. Peraturan Tuhan kena ikut. Langgar dan tak tu, terserah pada diri anda sendiri.

Kalau u oll tengok logo di atas pun dah tahu kan? Apa topik yang bakal dibincangkan oleh aku? Ha... sudah pasti tentang pengalaman aku yang dah dekat dua bulan masih belajar memandu lagi. Pasti korang ingat entry ni tetang perubahan jantina kan? Dari LELAKI (L) kepada PEREMPUAN (P)... Huiii... tak sesuai tau u ols... ioll masih ada iman di dada keh.... L dan P di sini bermaksud LESEN L dan LESEN P.

Uoll... tak baik tau gelakkan ioll tahap golek-golek cipanzi... mentang-mentang ioll baru nak ambik lesen di usia yang dah hampir kertu ni. Nak gelak-gelak lak... tak baik tau. Yang penting, ioll tetap gegeh dan ada cita-cita nak ambik lesen uoll. Walaupun ada driver sendiri. Wah!!!

Ceritanya gini. Ni semua berlaku masa latihan memandulah. Al kesahnya aku ni mana pernah bawak kereta menual kan? So, tak tahulah apa itu clutch kan? So, tak tahulah macam mana nak guna pedal clutch tu. So, setiap kali nak masuk gear satu mesti enjin mati-mati aje... setiap kali berhenti kat simpang, mesti kereta mati. Kerjanya asyik nak free gear tekan berak je nak start balik enjin... wah!!! Keji tau!!! Mesti cikgu yang ajar aku tu fedap dengan aku. Tapi aku dah jujur dengan dia bagi tau dia yang sebelum ni aku memang tak pernah bawak kereta manual dan memandu kat selekoh-selekoh tajam dan buat u-turn atau apa-apalah yang memerlukan pusingan stereng yang melebih 180 darjah. Jalan lurus macam highway tu senang lah.

So tadi aku belajar lagi bawak kereta kat kawasan perumahan ni yang jalannya memang berlopak-lopak seribu. Dah macam permukaan bulan yang indah gitu. Sedeh kan?! Kelam kabut aku... Aku dapat merasakan memang aku akan failed masa ujian naik bukit nanti. Yelah, setiap kali nak masuk gear satu kereta akan tersenggut-senggut dan mati. Malunya... Hanya tuhan aje yang tahu. Asyik kena horn aje...dengan pemandu di belakang.

Dilarang  horn pada pemandu kereta yang ada sticker L ~ tak reti-reti lagi???

Sepatutnya lori-lori dan abang-abang dan kakak-kakak yang memandu kereta kat belakang aku tadi tiada HAK nak horn tau? Sah2lah kat kereta tu tertampal sticker L.... buta ke apa depa ni? Kalau dah kereta mati-mati kat tengah jalan ke apa... mereka patut faham. Saman 15 juta kang... baru tau... keji sangat. Bila orang dah hon siapa tak cuak kan? Mestilah kita jadi mengelabah. Sengal tullah diaorang ni... dahlah pedal minyak dengan pedal clutch tu tak sama berat. Kekadang tekan clutch tak habis dah mengaum enjin tu.. gear pun tak leh nak masuk walaupun macam nak tercabut aku tarik batang gear tu. Abang lesen kat sebelah tu stanby hand break jek tangan dia sebab pedal break kat seat dia tu tak berfungsi.... bila mati aje terus tarik hand break...wah!!!!

Malu keh dengan abang lesen tu. Tp seb bek aku dah bayar. So, buat apa nak malu?

Bila difikirkan balik aku dah bayar dia. Aku nak memandu macam mana pun dia tak leh marah. Lainlah kalau aku memandu free... tu kalau kau nak tengking aku sampai aku nenges pun aku tak kisah. Entah... bila asyik mati-mati aje... aku pulak jadi fobia... malu... takut... dahlah esok nak belajar kat dalam akademi pulak... Adeh.. takut kantoi aje tak lepas2 cane ni? Aku harap esok tak berlaku apa-apa. Manalah tau aku terlanggar abang JPJ pulak... mati aku terus dapat lesen J. J for what? Masuk JAIL lah... adeh... harap2 esok semuanya okey... cuak gak....

Aku tak mo masuk penjara sebab langgar abang JPJ yg tengah ngeteh kat tepi balai ujian tu. Tak Mo!!!  Eh, apa hal tangan kat jail ni macam sasa je? Tangan aku halus dan lembut keh... vavavavava...

Harap-harapnya esok semuanya okey. Malangnya nasib aku tadi. Lepas habis buat lesen tu. Tetiba aku terpijak taik kucing... hampeh tul... nasik baik SELEPAS belajar. Kalau SEBELUM belajar. Tak ke ambipiur abang lesen tu kalah dengan haruman semerbak hasil perut kucing tu... lega~ hawau..

Oklah uols.. doakan ioll berjaya dapatkan lesen P keh? kemudian lesen penuh. Harap-harap aku taklah buat kesalahan yang dikenakan kesalaha demerit... kalau tak... maunya kena gantung lesen P aku... tidak!!!

MODE:: Berdebar esok nak belajar kat akedemi....

Memandulah dengan berhemah. Tp jangan sampai slow sangat. Kena horn macam aku tadi.. malu tau!!!

Pakai seat balth. Jangan nak bongkak buat banyak kerja dalam satu masa. Pakai earphone atau handfree ok?

Jangan nak jadi macam ni. Dah tau kereta tu kecik. Rengan senang melayang kat kawasan angin lintang. Jangan nak verangan macam bawak kereta sport berkuasa tinggi pulak! Kat jalan lurus pun leh terbongkang kereta ni cam ni. Adeh...

Sedang kan kereta sport pun leh langgar tiang cam ni. Cane tu? Siapa nak jawab? Kasihan batang kuning tu dilanggar olehnya. Batang kining tu rasanya batang kepada lampu isyarat tu. Punyalah besar jalan tu, pembahagi jalan khas untuk lapu isyarat jugak kau nak lalu? Songsang tullah! :P
Hati-hati memandu semua yang dah ada lesen tu. Lesen bukan tiket untuk melanggar kesalahan jalan raya. HARAP MAKLUM.



Mantap