Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 19 November 2011

Mentang-mentang aku baik, kau pijak-pijak kepala aku.

Bagai Menunggu Bulan Jatuh Ke Riba... Mampoo?


Assalamualaikum...
Pepagi lagi dah buat aku hangin!!! Entah... manusia ni memang tak kenal erti serik kan? Seperti yang pernah aku katakan dulu di Facebook. Dunia zaman sekarang ni...

Yang lemah akan selalu ditindas pada yang gagah. Yang bodoh akan selalu menjadi mangsa kepada si pandai. Yang baik hati selalu menjadi mangsa pada si busuk hati.

Mungkin aku ni baik sangat kut. Masih boleh senyum kalau orang buat salah. Masih boleh memaafkan jika ada manusia yang cuba pijak kepala aku. Kalau aku bertegas pun aku tak pandai nak betul-betul tegas. Kalau tegas pun sekejap je, lepas tu baik balik dah. Mungkin itulah keistimewaan aku yang Allah berikan pada aku. Kalau tak ada yang lemah, tak ada yang gagah kan?

Yang lemah selalu ditindas oleh yang gagah. Eh, gambar ni lain macam aje. Ni lemah apa ni??? OPS! Lalalalala....

Sepanjang hidup aku, boleh dikatakan aku ni macam tak pandai sangat nak tegas. Ingat lagi masa darjah enam dulu. First time keh jadi KETUA DARJAH...mampoo? Bukan penolong atau bendahari kelas keh! (jawatan yang selalu 'adik2' sandang kat sekolah) Ada cikgu tu siap kata, 

"Rudi awak KERAS sikit kalau ucap salam dan terima kasih"

Sentap uoll!!! Tapi memandangkan masa tu ioll baru berusia 12 tahun. So, belum kenal erti sentap. Malu-malu kucing tu adalah hehehehe... (bukan malu-malu hanjing occey!!!). Syukur aku dapat menghabiskan selama hampir setahun menjadi ketua darjah. Susah weh jadi ketua darjah ni. Apa-apa hal muka aku gak yang kena. Dan yang paling memalukan bila kelas aku pernah dapat title kelas terkotor untuk beberapa kali. Wah!!! Diumumkan di perhimpunan mingguan. Masa perhimpunanan mingguan sekolah tu, ketua darjah akan berdiri di hadapan sekali di dalam baris mengikut kelas. Bila diumumkan sebagai kelas terkotor. Rasa macam nak benam kepala dalam tanah macam ni,

Korang mampoo??? Benam kepala macam ni? Hahaha...

Nak buat macam mana. Pasrah jelah kan? Dah nama kelas terkotor gitu. Takkan nak bersih kan tang tu jugak??? Wah!!! Apa yang aku merapek ni??? Ok back to the story... Mungkin dah memang atitut orang kita untuk tidak menepati janji dan masa, bak kata Tun Dr. Mahathir suatu kitika dahulu,

MELAYU MUDAH LUPA!

Ada betulnya juga kata Tun itu. Yalah, pantang jumpa orang yang lemah sikit mulalah nak ditindas. Kisah yang aku nak paparkan ketika ini adalah tentang 'Abang Lesen'.

Hey abang lesen di tengah jalan. Cari muatan untuk mencari makan. Puter-puter-puter.. roda berpusing... wah!!! Sempat lagi nak menyanyi bagai di kala hati sedang kebengangan ni.

Entahlah, mungkin salah aku juga agaknya sebab tidak berhati-hati dalam memilih pusat akademi lesen. Ataupun, tertipu dengan khabar-khabar angin yang indah-indah tentang pusat akademi lesen tu tanpa nak sisasat apa khabar busuknya. Bila aku dah belajar kat situ, masa tulah baru muncul segala berita busuknya. Adeh... bagai pepatah, masa yang berlalu tidak bisa di undur semula.

Kalaulah masa itu boleh diundur, dah lama aku undur nak ubah diri sendiri. Tapi semua itu mustahil. Kalaulah jam kita macam ni,  aku tak tau nak tgok yang mana satu. Wah!!

Al kesah nya macam ni, sejak aku register kat akademi latihan memandu tu, ku rasa, hari pertama ajelah abang lesen tu boleh dikatakan tepati masa gaklah (itu pun lambat 15 minit). Okey fine aku boleh terima. Tapi masuk hari kedua, dia boleh lambat 35minit. OK fine, aku bersabar. Sampai kali yang ketiga, korang tahu apa jadi??? Dia lupa terus yang aku ada kelas hari tu sedangkan aku dah tercanguk kat bustop yang very the panas pagi tu hampir satu jam 16 minit. Tak ke gila tu? Tetiba dia SMS.

Sorry Di, abang lupa! Sorry sangat-sangat! 

Aku pun dengan rasa bengang catwalk balik rumah. Malu keh!!! Sedeh kan? Bukan sekali dia wat cam ni tapi dua kali. Kali kedua hari ni. Dari kul 8.20 aku tunggu dia, pukul 9.30 pun dia tak muncul-muncul lagi. Call aku pun tak. Dan yang paling aku bengang, dahlah dia buat salah, sekali pun tak pernah MINTAK MAAF. Susah ke nak say thanks macam ni?

"SORRY DI, ABANG LAMBAT..."

Yang dia tahu ambik aku. Bila aku masuk dalam kereta dia nak g akademi, dia diam aje sampailah aku sampai ke akademi. Bila dah sampai sana dia buat topik lain. Punyalah aku bengang. Walaupun aku ni tak pandai nak tegas sangat. Aku juga ada perasaan beb... Kalau aku baik takkan kau nak pijak kepala aku macam tu sekali. Berulang-ulang kali. Melampaulah kan?

Suka hati kau je nak pijak kepala aku kan? Kepala ni berzakat fitrah tau???

Bila kemaafan aku dia tak pandang dan dia tak nilaikan. Aku macam dah malas. Disebabkan hal macam nilah aku macam dah tak ada semangat nak belajar lesen dengan abang tu lagi. Lepas ni kalau aku teruskan belajar dengan abang tu, mesti tak ada keikhlasan dari hati aku. Apa perasaan korang kalau buat sesuatu perkara tu dengan mood yang bosan. Mesti tak seronok kan? Itulah yang aku rasa sekarang ni.

Bosan kalau buat sesuatu perkara yang kita tak enjoy!


Apa yang boleh aku buat sekarang ni hanya berdoa, berusaha dan berharap agar semuanyanya akan jadi lebih baik selepas ni. Aku dah bayar abang lesen tu, aku pulak yang kena menunggu. Sangat tak patutkan? Yang membayar kena tunggu yang dibayar. Memang dasar kaduk naik junjung. Benci!!!

Kalau nak tau inilah pokok KADUK. Tak taulah aku kaduk yang dimaksudkan dalam peribahasa itu Kaduk ni atau Pak Kaduk. Dulu mati-mati aku ingat kaduk ni sejenis binatang macam kerbau. Rupanya daun. Sebab hanya kaduk ni je boleh naik junjung. Tak caya? Tengok gambar kat bawah.

Pokok Kaduk yang menjalar sampai ke junjung Bumbung. :P

Mantap