Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 5 November 2011

Resepi: Rendang Raya Haji Suka-Suka Aku Je...


Syukur.. ni tahun ke-4 kut masak rendang untuk hari raya Puasa n Raya haji. So, bila dah confident ni barulah sedia nak kongsi resepi... Tapi aku tak mampu nak bagi sukatan yang sebenarlah sebab... aku ni kalau masak, Contohnya garam.. selagi tak 'rasa' kat lidah aku selagi tu aku akan tambah sampai aku berpuas hati... So, ikut suka hati aje hehehe... so, sebab tulah aku letak nama resepi rendang ni Suka-Suka Aku Je... hehehe.... so kita tengok bahan-bahannya. memang banyak bahannya. Tapi kalau dah siap memang sedap hehehe...


Bahan UTAMA:

  • 2KG Daging lembu. - Kalau nak cepat masak guna daging bahagian dada atau daging batang pinang. Daging2 bagaian ini cepat lembut. Rebus sehingga separuh lembut.

Bahan Dikisar Basah:

  • 10 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • dua inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 10/15 tangkai cili kering


Dikisar Kering:

  • 5/7 sudu besar ketumbar (disangan seketika sebelum dikisar)
  • 1 sudu besar jintan manis (Disangan seketika sebeli dikisar)

Bahan Kedua

  • setengah cawan minyak masak
  • Dua batang (2 inci setiap satu) kulit kayu manis
  • lima ketul bunga lawang
  • lima butir bunga cengkih
  • lima biji buah pelaga
  • 500ml santan pekat (perahan pertama)
  • 200ml air
  • Kerisik (buat sendiri jek. kelapa parut disangan sampai kehitaman dengan api paling kecil. Tidak perlu dikisar/tumbuk sehingga berminyak)
  • Semangkuk kecil air asam jawa
  • 1/2 ketul gula melaka (ditumbuk halus supaya mudah cair)
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • 3 helai daun limu purut (Dimayang halus)



CARA MEMBUATNYA:

  1. Panaskan minyak masak dan goreng seketika kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Sekadar nak naikkan bau dia. Hati-hati dengan buah pelaga, kalau minyak terlalu panas dia akan meletup sehingga terpelanting
  2. Selepas bau rempah2 tadi dah naik, masukan bahan yang dikisar basah tadi dan tumislah sehingga naik minyak. Atau pastikan cili kering kisar tu dah masaklah. Sebab kalau tak masak, boleh kena cirit birit woo.. pada mereka yang tak tahan pedas hehehe...
  3. Bila rasa2 dah naik minyak tu, masukan daging yang sudah direbus setengah lembut bersama BAHAN YANG DIKISAR KERING, Santan dan air. Ha... masa ni kesabaran anda amatlah diperlukan. Anda perlu reneh daging bersama bahan2 tadi sehingga hampir kering dan santan naik minyak. Biasanya memakan masa 45 minit - 90 minit mengikut jenis daging dan kesukaan anda. Ada tu suka rendang daging dia hancur. Ada tu suka yang masih berketul2. Kalau nak yang hancur kenalah reneh daging tu sampai hancur. Kalau dah kering pun tak kancur2 atau tak lembut2 daging tu, kenalah tambah air lagi. Aku tak suka rendang yang daging dia hancur.. So cukuplah 45 minit tu sebab daging sudah setengah masak direbus awal2. Anda boleh tinggal seketika daging reneh dengan api SEDERHANA.
  4. Bila kita tengok kuantiti air dan santan tadi sudah hamir kering. Masa ni kita kena rasakan rendang kita. Apa masud rasakan tu? Ha... masa ni lah letak gula Melaka yang ditumbuk halus, Garam dan serbuk perasa secukup rasa, air asam jawa dan kerisik. Kita rasakan.. Kalau dah rasa sedap tu teruskan reneh sehingga rendang betul-betul kering. Masa ni, bila dah nak kering tu, anda perlu sentiasa kacau supaya rendang tidak berkerak di bahagian bawah. Masih dengan api sederhana kecil. Kalau sudah berkerak pasti akan rasa hangit. So, kenalah gaul dan gaul sehingga kering. Agak2 ajelah.. biasanya kalau dah kering tu minyak dari santan dan minyak yang kita buat menumis tadi akan naik... kalau rasa minyak tu macam banyak sgt, boleh dibuang. Tapi kalau saya, saya tak buang sebab.. kalau kita buang minyak tu, esok nak panaskan rendang tu, rendang tu akan berkerak sebab kering sgt...
  5. Bila dah yakin kering tu, baru tabur daun limau purut yang diracik halus dan gaul seketika. Kemudian... dah pun siap. Nak tahu tak kenapa kerisik tu aku tak tumbuk sampai kuar minyak. Sebab aku nak rendang aku ni nampak serat2 kelapa parut. Nampak cantik je rendang tu. kalau nak tumbuk kerisik tu pun boleh, just separuh je. Separuh lagi tak perlu hehehe...


Selamat mencuba!!! dan SELAMAT HARI RAYA HAJI!!!


Mantap