Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 25 November 2011

Tentang Produk Kurus Badanku

Kalau boleh nak kurus dalam 5 minit. Boleh ke??? Tanpa senaman???





Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya...
Semoga kalian sihat-sihat hendaknya. Wah!!! ioll hari ni nak berkongsi tentang pengalaman ioll sendiri dalam kegegehan nak menguruskan badan. Ioll ni taklah chubby sangat. Cuma sekadar nak kurangkan badan agar kembali kepada shape masa muda-muda dulu masa ioll masuk Miss Universe 2006. Wah!!! Terpecah lovang ioll! Kontroversi sangat hehehe...

So, disebabkan ioll ni jenis malas tahap cipanzzi nak bersenam bagai. So, ioll menelanlah segala produk kurus bersumberkan herba asli katanyer yang ada dijual di pasaran kita ni. Lagi-lagi kat Watson tu, melambak-lambak produk nak kurus. Tu belum masuk yang jual online... memang rambang mata.

Jujurnya dibawah ini adalah produk-produk yang pernah aku telan;

Pill herba yang popular sejak tahun 90-an. Keputusan : FAILED!!!
Inilah produk pertama aku telan masa nak belajar kuruskan badan. Sebab apa aku beli pli ni? Sebab pill ni murah untuk stock sebulan. Kali pertama makan dah mengadap mangkuk tandas you all... Setiap pagi jam 7 pasti perut tu macam ada anaconda membentak-bentak nak keluar. Sakitnya macam ada baby dalam perut menendang-nendang tak sabar nak keluar. Dalam toilet, duk mengeliat menahan sakit perut. Isi perut keluar dah macam machine gun. Sabor jelah... dekat 3 bulan gak telan. Memang TAK BERKESAN aku terus STOP telan pil merit ni yang bulat-bulat amcam taik kambing... ~ GAGAL

Teh kurus ~ Keputusan: FAILED!
Ni produk kedua yang aku makan, aku ingat berkesan. Tapi sama aje dengan Merit di atas. Setiap pagi akan sakit perut dan PERLU MEMERUT kat toilet hampir setengah jam. Kalau kerja tu, memang mengadap mangkuk tandas berkerak jek... silap2 kerak kat mangkuk tandas tu hasil isi perut kita. Jijikkan? Tapi itulah hakikatnya. Pun hanya 3 bulan aku telan teh ni. Terus stop sebab aku rasa dah banyak isi perut aku keluar, saiz pinggang dan berat badan tak turun. Tapi maintain. Dahlah rasa teh ni macam minum rumput kering. Dah rasa macam kambing makan runput kering pulak. Diminum sebelum tidur. Supaya esok pagi boleh memerut. ~ GAGAL

Teh kurus yang popular sebab ada ikan di TV ~ Keputusan: FAILED!

Produk teh herba kedua yang aku minum. Aku ingatkan teh ni popular dan dah ada iklan kat TV hasilnya memang berkesan. Tapi sama je macam teh herba yang kat atas tu. Hasilnya tetap berak-berak je. Kalau yg tadi minum sebelum tidur. Yang ini pulak diminum setiap kali selepas makan. So, bila setiap kali aku makan, aku kena minum segelas teh herba ni. So, lagi kerap kita minum teh ni, semakin keraplah mengadap mangkuk tandas. So, selama aku mengamalkan minum teh ni, sehari tu 3-4 kali aku mengadap mangkuk jamban (dah kasar dah bahasa aku sowi!) sebab nak memerut. Kiranya sepanjang aku minum teh herba ni, mangkuk tandas tu macam BFF akulah. Sampaikan mak aku pelik tengok aku keluar masuk tandas 3-4 kali sehari. Giler!!!! ~ GAGAL!

Tak cukup yg telan. Yang sapu2 pulak aku guna ~ Keputusan: FAILED!
Aku tetap tak putus asa okeh? Gegeh untuk kuruskan badan. Kalau tadi pil dan teh herba. Kali ini aku mencuba pula krim kurus pulak. Gegehlah setiap pagi mengurut perut dengan 3 jenis krim yang berbeza di dalam bilik air sebelum dan selepas mandi. Dekat kotak krim ni dalam masa 7 hari akan kurang 1/2- 1 inci. Tapi, sampai krim ni habis aku pakai, menahan kepanasan kulit macam kena bakar dengan api, tapi satu MM pun tak kurang. Cane? Sedeh keh? habis je krim ni aku terus tak beli lagi. ~ GAGAL!

Lepas krim ni, aku stop kejap dari makan apa-apa produk kurus. Krim mujarab ke... mustajab ke semua dah guna.. memang tak jalan. Lemak aku dah tepu kut... Sedeh!! Bila aku tak makan apa-apa produk kurus, turun pulak? Adeh.. cane tu? Sekali tu aku demam hampir seminggu. Terus hilang 4 KG ko... kurlas tak? Tp bila dah sembuh naik 6 KG balik... siap ada extra 2KG tu.. cane? Sedih... Setahun gak aku tak makan apa-apa produk kurus. Tetiba sejak jun lepas aku mula makan lagi pil kurus. Ni pilnya,

Sambung makan pil kurus sumber herba ~ Keputusan FAILED!
Masih tak serik-serik aku ni rupanya. Masih nak gak telan pil-pil kurus ni. Nilah satu-satunya pil yang aku telan macam aku telan plastik yang boleh larut dalam air. Tak berak-berak. Tak sakit perut. Dia kata pill ni kurangkan selera makan. Aku makan pill ni makan tu bertambah2 adalah. Dua bulan aku telan, sikit pun aku tak rasa kurus. Betambah 2Kg lagi adalah. Raya lepas muka aku sangat bulat keh. Sampai sekarang... Sedeh!!! Pil ni tak berkesan langsung. Nipu jek!!! ~ GAGAL!

Ingatkan dah serik, rupanya... tak serik-serik lagi. Mungkin aku ni terlalu obses kut nak kuruskan badan. Nak jalan mudah. Jenis nak telan tak nak bersenam. Macam nilah. Dan produk yangbaru habis aku telan adalah...

Dalam masa 7 hari hilang 5KG. Pooodah! Dah 2 bulan aku telan, Satu inci pun tak kurang saiz pinggang aku ni. Keputusan: FAILED!





Ni la pil gel yang baru je aku habis telan. Dia punya testimonial kat youtube, memang gereklah... siap ada pembandingan sebelum dan selepas. Kata tak perlu diet... tapi tetap ada tulis kat belakang tu, pantang larang makanan yang tak boleh di makan dan makan makanan seimbang. Baik aku diet je kan? Pil ni tak berak-berak, cuma dia macam menganggu emosi, hormon dalam badan dan ... entahlah tak tau nak cakap macam mana. Sejak makan pil ni aku kerap keh pening kepala dan migrain. So, sekarang dah stop. Hari-hari ukur pinggang tak ada pengurangan langsung. Macam tu gak... ~ GAGAL!




Semua produk pun tak dpt kuruskan aku. Lemak aku dah tepu ke?


Jadi, konklusi dan hasil kajian yang aku dapat buat selepas menelan segala produk yang macam tak berkesan ni, sebenarnya.... pill dan teh herba semua tu adalah alat untuk mengawal minda anda. Kenapa aku cakap macam tu? Sebenarnya pill tu memanglah disumbat herba. Tapi sekadar nak buang segala isi perut dgn lancar. Elak sembelit. Kalau ada yang tak berkesan tu aku mengandaikan dalamnya hanya sekdar tepung biasa je. Yang gel tu pulak dalamnya entah apalah yang diletaknya.

Bila aku tegok kat belakang setiap produk ni, ada tertulis,

"Disertakan senaman ringan, makanan seimbang dan banyakkan minum air."

Kalau nak senam, tak perlu nak telan pil kurus, hanya dengan senaman dah cukup untuk kuruskan badan. Kalau setakat nak suruh makan makanan seimbang, baik aku diet je. Boleh gak kurus. Kalau dia suruh minum air banyak-bayak tu, korang kena faham sendiri lah konsepnya. Kalau dah minum air banyak for sure perut kenyang air je... pastu badan jadi gemuk air pulak. Cane? Buktinya masa aku demam tu. Masa demam tu aku hanya minum air gula je. Tak makan apa-apa pun. Terus kurus tanpa makan apa2 pil.

Aku ni lain sikit. Kalau aku telan pill ni, mind set aku akan fikir,

Sedapnyer... takkan nak tolak rezeki kan??

"Ah! aku dah makan pil kurus, buat apa nak diet?" ~ lalu aku melantaklah makanan yg aku suka sepuas-puasnya. Cane nak kurus???


Tapi kebanyakkan orang bila dia nekad nak kurus, makan pil-pil ni semua dia akan betul-betul nekad tak macam aku. Tu yang mereka berhasil menguruskan badan. Tak macam aku, tak set minda aku nak kurus. Tu yang tak kurus-kurus. Depa yang gigih ni, bila telan pill atau minum teh dia akan ikut tatacara yang ada. Lakukan senaman dan makan makanan seimbang.


kalau nak kurus kena bersenam. Baik tak payah makan pil kurus!

Kalai nak kurus kena makan makanan seimbang, baik tak payah minum teh herba.

Hakikatnya pill yang you all makan tu tak memberi kesan langsung. Anda kurus sebab anda bersenam dan makan makanan seimbang. Bukan sebab pil tu. Pil tu hanya peransang semangat dan minda ada untuk kurus. Sebab bila korang dah telan pil tu korang akan set minda anda ikut tatacara yang dia tulis untuk kurus sepetti yg tercetak pada label atau tatacara pengambilan pil tersebut yang kebiasannya adalah disertai dengan senaman dan makan makanan / diet seimbang. Ada tu sanggup beli mahal-mahal (macam akulah tu) nak kurus tapi tak berkesan pun.

So, moral of the story, kalau nak kurus, bersenamlah. Selain dapat cairkan lemak masa berpeluh tu, dapat sihatkan jantung gak dan cergaskan minda. Makan makanan seimbang elak makan makanan berminyak dan kadar gula dan kolestrol yang tinggi. Dan yang paling penting, makan ikut masa. Sarapan, lunch dan dinner perlu mengikut masa yang sesuai. Supaya perut dapat menukar makanan yang kita makan kepada tenaga pada masa yang teratur. Maka tidaklah berlaku lemak berlebihan. Elak makan larut malam. Makan malam tu kalau boleh sebelum pukul 7 malam. Lepas tu tak payah makan. Kalau lapar, tidur aje... esok pagi bagun dah tak lapar dah.

Kepada yang baru nak kuruskan badan tu, janganlah percaya sangat dengan produk kuruskan badan. Terutama yang jenis pil, teh dan krim ni. Nipu je lebih. Sedangkan orang pergi jumpa kansaltan macam London Weight management tu pun mereka bagi tatacara yang menegaskan mereka pelu makan sayur dan buahan sahaja. Baik diet je kan kalau macam tu kan? Belanja ribu2 tapi tak leh makan yang sedap. baik tak payah. So, sebelum mencuba fikirlah masak-masak dulu ya? Saya dah kena, habis beratus gak lah.. tapi hasilnya... yang hado!!!

Harap info yang aku bagi ni memberi sedikit ilmu pengetahuan pada kalian.


Nak ramping macam ni ke? pelik je tgok... kelas ko jah!

Lepas ni nak buat body macam ni, voley? Agak2 ioll mampu tak uoll?? :P

Mantap