Home » » Koleksi EMAS Siti Nurhaliza 1997 - 2011

Koleksi EMAS Siti Nurhaliza 1997 - 2011

Written By Hasrudi Jawawi on Rabu, 14 Disember 2011 | 7:25 PTG


SITI NURHALIZA bukan satu nama kecil yer di dalam industri muzik Malaysia. Sejak dia menjejakan kaki ke dunia seni suara Malaysia iaitu selepas kemenangan beliau dalam rancangan realiti nyanyian di RTM pada tahun 1995 terbitan RTM, telah membuka pintu rezekinya dalam bidang ini. Satu revolusi baharu muncul selepas negara kehilangan Bintang Penyanyi negera beberapa tahun sebelum itu iaitu, Sudirman Haji Arshad. Kemunculan Siti Nurhaliza bagai pengganti bintang itu dan kejayaan penyanyi wanita ini terus melonjak naik selepas disunting oleh komposer Adnan Abu Hassan selepas kejuaraan beliau dalam Bintang RTM 1995.

Album penuh pertama beilau yang berjudul Siti Nurhaliza - Siti Nurhaliza mula dipasarkan pada April 1996. Lagu hits di dalam album itu adalah Jerat Percintaan. Lagu yang 'berhantu' sering diputarkan di corong-corong radio ketika itu. Walau bagaimana pun nama beliau mula menyerlah pada tahun 1997 selepas lagu Jerat Percintaan menjuarai kategori Balada dan sekali gus merangkol gelaran juara dalam Anugerah Juara lagu 1996 terbitan TV3. Album pertama beliau juga telah mengundang anugerah artis baru terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun itu.

Beliau muncul dengan album kedua yang berjudul Siti Nurhaliza juga. Album kedua ini masih album untuk mempromosikan nama beliau. Sebab itu masih mengunakan judul yang sama. Diterbitkan pada tahun 1997 dan masih dibawah lebel Suria Records Sdn Bhd dan bekerja sama dengan Sony Music untuk pasaran luar iaitu Indonesia. Lagu Aku Cinta Padamu, Wajah Kekasih, Bisikan Asmara dan Antara Waktu Dan Usia adalah di antara lagu yang hits di dalam album ini. Bermula dari album inilah beliau merangkul anugerah Artis Wanita Popular dan Bintang Paling Popular 1997 sehinggalah tahun 2008 berturut-turut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Pada tahun 1998, buat pertama kalinya beliau muncul dengan sebuah album berentak Irama Malaysia, Album ini diberi judul sempena lagu popular di dalam album ini iaitu Cindai. Memuatkan 10 buah lagu. Dua buah lagu baru iaitu Cindai dan Joget berhibur manakala selebihnya adalah lagu nyanyian semula. Sungguhpun begitu, Cindai telah dinobatkan sebagai lagu terbaik dalam ketegori Irama Malaysia dan Juara Lagu di Anuagerah Juara Lagu 1998 hasil ciptaan Pak Ngah dan Khairul Anuar Harun.

Tahun 1999 buat pertama kalinya beliau muncul dengan dua album dalam setahun iaitu Adiwarna pada awal tahun 1999 dan Pancawarna pada pertengahan tahun yang sama. Antara lagu-lagu hits di dalam kedua album ini adalah Purnama Merindu, Diari Hatimu, Satu Cinta Dua Jiwa (telah di alih ke bahasa Inggeris untuk pertandingan juara suara di Australia) dan Sendiri. Di dalam album Pancawarna pula, sekali lagi Azmeer menyumbangkan lagu terbaiknya (selepas Purnama Merindu) yang berjudul Niah Di Hati, namun, di dalam album ini, lagu yang paling menyengat sehingga mendapat gelaran lagu paling hangat tahun 1999 dari 100 lagu yang ada di Malaysia olahan Radio ERA adalah Kau Kekasihku. Dari lagu inilah komposer Ajai mula dikenali. Selain dua lagu itu, lagu lain yang menjadi kegemaran adalah Engkau Bagaikan Permata dan Seribu Kemanisan.

Hujung tahun 1999, beliau muncul dengan album kompilasi iaitu THE BEST OF SITI NURHALIZA. Menghimpunkan lagu-lagu terbaik beliau sebelum ini (tidak termasuk lagu Etnik) dari album kedua sehinggalah album Pancawarna. Di dalam album kompilasi ini telah menampilkan dua buah lagu baru iaitu Dalam Taman Syahdu dan Gelora Rindu.

Tahun 2000 beliau membuka tahun alaf baru ini dengan sebuah album Etnik yang berjudul SAHMURA. Album penuh dan semua lagu-lagunya adalah lagu baru ciptaan komposer Malaysia. Sudah pasti komposer yang banyak terlibat adalah Pak Ngah. Selain itu ada juga komposer lain seperti Tok Ki dan beberapa lagi yang lain. Album kali ini agak hambar tidak segah album Cindai yang melonjakkan nama beliau di negara seberang iaitu Indonesia. Cindai yang berentak sedikit dangdut itu telah mencetus revolusi Cindai di Indonesia. Antara lagu hits di dalam album Sahmura adalah seperti, Balqis, Ya Maulai dan Mahligai permata.

Album seterusnya agak lambat terbit mungkin masa untuk mengumpul material agak sukar kerana diketika itu cetak rompak benar-benar berleluasa namun beliau tidak sesekali menghampakan peminat. Pada tahun 2001 beliau muncul dengan album pop terbaharu yang berjudul EMAS. Album pertama yang menampilkan komposer dari Indonesia iaitu Dewiq dan meletopkan album ini dengan lagu BUKAN CINTA BIASA yang menjadi permintaan tinggi oleh pendengar radio tempatan dan Indonesia. Awalnya muncul dengan single AIR MATA IBU yang mecetus kontroversi lagu itu sehingga dikeluarkan dari pencalonan Muzik-Muzik akibat pelakon drama sama tajuk dengan lagu itu. Namun lagu Bukan Cinta Biasa tetap melariskan album itu dengan disokong lagu Ku Milikmu, Debaran Cinta dan Janji Kasih.

Tahun 2003 beliau muncul dengan albuk Etnik ketiga yang berjudul SANGGAR MUSTIKA. Menampilkan lapan buah lagu baru dan dua buah lagu nyanyian semula iaitu Bisikan Hati dan Bunga Melur. Lagu yang menjadi hits di dalam album ini adalah NIRMALA dan BADARSILA. Tidak ketinggalan Kurik Kundi juga.

Tahun 2004 beliau mucul dengan album pop terbaharu yang berjudul Prasasti Seni. Menampilkan lagu hits seperti Dialah Di Hati, Cinta Tak Berganti dan Pendirianku. Diketika album inilah gossip besar mengenai beliau yang lebih ke arah fitnah telah tersebar melibatkan seorang biduanwanita negara.

Tahun 2005 album Transkripsi diterbitkan. Album yang sangat unik kerana lagu-lagu di dalam album ini dirakamkan ketika beliau sedang dilamun cinta. Lagu BIARLAH RAHSIA adalah lagu yang paling hits. Sejurus lagu itu lagu Siti Situ Sana Sini pula menjadi kegemaran. Pertama kali beliau nyanyi lagu ciptaan Damian VE.

Tahun 2007 muncul pula album Hadiah Daripada Hati. Hits dengan lagu Ku Mahu dan Hati Malaya. Tahun 2009 Beliau muncul dengan album Etnik padang pasir yang diberi Judul Lentera Timur, hits dengan lagu Di Taman Teman. Tahun yang sama iaitu pada bulan Ramadhan, beliau mucul pula album bertema kerohanian dan keagamaan yang diberi judul Tahajjud Cinta. Popular dengan lagu Tahajjud cinta (lagu tema drama bersiri Yusof Firdaus) dan Kupercaya Ada Cinta. Album seterusnya kerja sama dengan salah seorang rakan baik beliau dari Indonesia iaitu Kris Dayanti.

Album CTKD menghitkan (bahasa apa ni?) lagu AMARAH, JIKA KAU TAK DATANG dengan Cintai Dia. Album terbaharu beliau selepas album CTKD adalah All Your Love. Album pertama berbahasa Inggeris beliau. Penat aku menaip semua ni, kalau u all peminat beliau mesti u oll lebih tahu kan? Nak tau selanjutnya google keh? Dah....

Lagu-lagu di dalam album ini:
(Klik tajuk lagu untuk muaturun)
15. Amarah
16. Falling In Love

(Link yang disertakan untuk muaturun adalah bertujuan untuk promosi. Kami tidak menjamin kualiti lagu yang dimuaturun. Harap maklum)

PERHATIAN! RUDI ZONE tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri di bawah Akta Keterangan 114A 2012.

PAPA NAK MENANTU
*Baru*
RM 22.90

OPS! ZULAIKHA *Terlaris*
RM 27.90

CINTA AWEK DAN PAKWE
*Terlaris!*
RM 25.90

DIA BUKAN NABI
RM 21.50

CUCUR BAWANG DAN KOPI O
*Terlaris!*
RM 25.90

Share this article :
 
Support : Creating Website | Rudi Zone
Copyright © 2014. RUDI ZONE - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger