Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 3 Disember 2011

Politik, Gimnastik, Lastik & Plastik

Apakah???

POLITIK

Wah!!!! mesti uols macam terkezuuuuuuuuuut!!! lalu sakit jantung bila entry kali ni front page nyer adalah cober akhbar salah satu parti politik gitu... Kenapa tajuk post aku kali ni macam syal ek??? Hahahaha... sebenarnya saje beboring tak tau nak update apa kat blog aku yang serba sunyi lagi sepi ini. Wa.... tetap tuh.... ni satu lagi akhbar kontroversi lagi sensasi.


Serius weh... kat umah aku melambak dua akhbar ni cane? Tapi bukan aku punya keh!!!

Sebenarnya aku tak suka politik2 ni walaupun kekadang politik ni penting demi menjamin masa depan negara yang aman lagi tenteram. Tapi, bila banyak berlaku penindasan, pertikaman lidah dan perselisihan faham diantara parti politik yang hadoooo membuatkan aku cam tak suka... lagi2 kalau ada pemimpin yang berat sebelah, kuat makan duit rasuah, tak membahagikan harta anak Yatim dengan betul dan... AUTA je lebih. Cakap berkobar2 tapi sikit pun tak senangkan rakyat memang aku tak suka.

Kekadang aku terfikir jugak depa ni sibuk berpolitik, naik makamah sana sini. Mana depa dapat duit? Jadi menteri dapat alaun juta2 ke? Duit tu dari siapa? Adakah duit rakyat??? Jeng Jeng jeng... kekadang kita rasa macam happy, sektor2 tertentu dapat kenaikan gaji dan elaun dan kesenangan yang bukan2... hakikatnya semua tu duit kita sendiri melalui caruman2 'terselindung' dan cukai2 'tersembunyi' yang DIWAJIBKAN bayar atas pendapatan kita. Kita kerja penat2... berhempas pulas.. panas terik, tetiba... kena bayar cukai pendapatan.... apakah??? Agak2nya duit cukai pendapatan tu untuk apa? Bayar gaji ahli2 politik yang duk menyembur2 air liur ke sana dan ke sini berkempen ke? tak faham betul aku dengan konsep cukai  pendapatan ni... dan aku MALAS NAK FAHAM!!! Yang penting duit yang aku dapat atas hasil usaha aku... aku nak gunakan sepenuhnya bukannya nak sedekah amal jariah pada LH*N.... 

Tetiba jek cerita pasal cukai pendapatan cane tuh??? Duliklah Blog aku... aku nyer suka...la... tahun depan kena mengundi... parti mana aku nak undi ek????? Isu politik ni kalau nak bahas memang TAK AKAN HABIS !!!

GIMNASTIK!

Ko mampu buat cam ni? :P

Sejarah

Sukan ini dimajukan daripada amalan kesihatan dan kecantikan yang digunakan oleh Yunani, termasuklah kemahiran menunggang dan turun dari kuda serta skil prestasi sarkas. Di masa lampau, latihan yang dilakukan di dalam konteks satu gimnasium, satu tempat bagi pendidikan intelektual dan fizikal.
Sukan ini juga dianggap sukan yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko kecederaan yang teruk.

Gimnastik artistik

Rencana utama: Gimnastik artistik
Gimnastik artistik adalah biasanya terbahagi kepada gimnastik lelaki dan wanita. Setiap kumpulan melakukan acara berlainan; lelaki bersaing dalam melombol, palang sejajar, kekuda berpelana, gelang roman, palang tunggal, dan senaman lantai, manakala wanita bersaing dengan melombol, palang bertingkat, batang titian, dan senaman lantai. Walaupun rutin-rutin dipersembahkan pada acara mungkin pendek, secara fizikal adalah meletihkan dan menolak kekuatan gimnas, kebolehlenturan, ketahanan dan kesedaran kepada had.

Mampu wat cam ni??? JGN TEGOK KAT TEMPAT YANG TAK SEPATUTNYA YA???
 Bacalah korang yer sejarah gimnastik tu lalala... tapi aku suka sukan ni.. SUKA TENGOK jek :P


LASTIK



LASTIK
Kalau nak tahu ni lah lastik.. aku wat lastik monyet je kat umah aku hahahahha....


PLASTIK

Bahan plastik. Boleh dikisar semula.

Istilah plastik merangkumi produk polimer sintetik atau semi-sintetik. Ia terbentuk daripada kondensasi organik atau penambahan polimer dan boleh juga terdiri daripada bahan lain untuk meningkatkan ketahanan atau ekonomi. Ada beberapa polimer alami yang termasuk plastik. Plastik dapat dibentuk menjadi filem atau gentian sintetik. Nama ini berasal daripada fakta bahawa banyak daripada mereka dapat dilentur, memiliki sifat keplastikan. Plastik direka dengan kepelbagaian yang sangat banyak dalam ciri-ciri yang dapat menahan panas, keras, kebergantungan dan lain-lain. Digabungkan dengan kemampuan adaptasinya, komposisi yang umum dan beratnya yang ringan memastikan plastik digunakan hampir di seluruh bidang industri.
Plastik dapat juga menuju ke setiap barang yang memiliki ciri-ciri yang deformasi atau gagal kerana ketegangan(lihat keplastikan (fizik) dan mulur).

Plastik dapat dikategorikan dengan banyak cara tapi paling umum dengan melihat tulang-belakang polimernya (vinilklorida}, polietilena, akrilik, silikon, uretana, dll.). Pengkelasan lainnya juga umum.
Plastik adalah polimer; rantai-panjang atom mengikat satu sama lain. Rantai ini membentuk banyak unit molekul berulang, atau "monomer". Plastik yang umum terdiri dari polimer karbon saja atau dengan oksigen, nitrogen, klorin atau belerang di tulang belakang. (beberapa minat komersial juga berdasar silikon). Tulang-belakang adalah bahagian daripada rantai di jalur utama yang menghubungkan unit monomer menjadi satu. Untuk mengetahui ciri-ciri plastik kumpulan molekul berlainan bergantung daripada tulang belakang (biasanya "digantung" sebagai baghaian dari monomer sebelum menyambungkan monomer bersama untuk membentuk rantai polimer). Penghasilan oleh kumpulan rantaian ini telah membuat plastik menjadi bahagian tak dapat dipisahkan dalam kehidupan abad ke-21 dengan memperbaiki ciri daripada polimer tersebut.
Pengembangan plastik berasal daripada penggunaan bahan semula jadi (seperti: karat, "shellac") hingga ke bahan yang diubahsuai secara kimia (seperti: karat semula jadi, "nitrocellulose") dan akhirnya ke molekul buatan-manusia (seperti: epoksi, polivinil klorida - PVC, polietilena).

Wanita Plastik.

Lelaki Plastik

Terima kasih kerana sudi baca hahaha... mesti korang bosankan???? Sekali sekala aku bagi ilmu pengetahuan tak salah kan??? :P


Mantap