Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 30 Januari 2012

Drama: LANGKAH BENDUL



OKEY, kali ni aku nak ulas drama Melayu ni pulak. Semalam dah download, tapi baru malam ni berkesempatan tengok. Yalah, tajuknya pun cam tak berapa nak menarik. Tu yang tengok sambil lewa aje... hahaha...

Tapi tulah, jangan menilai sesebuah buku itu hanya dari kulitnya. Ceh wah dah kuarkan falsafah English yang di Melayukan pulak. Huhu... Walaupun dalam cerita ini hanya menampailkan empat orang watak aje dari mula sampai habis... adalah sikit watak tambahan yang hanya beberapa babak aje... best jugak.. tergalak jugaklah aku menonton drama ini.

Sejujurnya ini kali pertama aku menonton drama lakonan Hafiz AF (Pemenang Juara Lagu 26- Awan Nano) berlakon dalam drama. Biasa je kualiti lakonan dia. Cuma... yalah budak baru masih ada yang perlu dipelajari. Apa pun memang lakonan mereka sangat menjadi...

Awal plot mengisahkan percintaan di antara Wafi (Hafiz) dan Balqis (Tak kenal pelakon tu) yang syok bercinta sehinggalah mereka plan nak kahwin. Tapi, perkahwinan mereka terhalang bila ayah dan emak Balqis ni bagai amaran selagi  kakak Balqis tak kahwin lagi iaitu Khatijah (Amy Mastura) mereka tak boleh kahwin. Itulah konsep sebenar cerita ini iaitu langkah bendul.

So, si Wafi macam tak boleh nak bersabar nak kahwin, dia telah merancang untuk mengupah kawannya, Nash (Fizz Fairuz) untuk memikat Khatijah dan berkahwin dengannya. Itu selepas Balqis mengeluarkan statement dia akan berkahwin dengan lelaki yang berjaya mencarikan jodoh untuk kakaknya. Tu yang Wafi beria tuh.... cinta punya pasal.

Nash pun terdesak duit sebab perniagaan ejen pelancongannya hampir bankrup dan memerlukan duit. So, dia terimalah tawaran Wafi untuk memikat Khatijah kerana duit.

Awal-awal sesi mengurat Khatijah yang bakal dinaikan pangkat tidak berapa lama lagi memang sukar. Macam-macam cara Nash buat, tapi masih tidak berjaya. Lastly, dia dapat trick novel iaitu, rancang kes tangkap khalwatnya dengan Khatijah. Dia memberi pesanan palsu kepada Khatijah yang bekerja sebagai wartawan hiburan perlu bertemu dengan informer di sebuah rumah usang. Itu semua rancangan Nash. Nash muncul selepas itu muncul pula pihak Jabatan Agama menangkap khalwat mereka di tempat sunyi berdua-duaan. So, mereka kahwin kerana kes itu.

Disebabkan perkahwinan ini, Khatijah telepas tawaran naik pangkat itu kerana sudah berkahwin. Tawaran itu hanya untuk pekerja bujang katanyer.... lepas bernikah, banyaklah tragedi gaduh-gaduh, masam muka. Ayah Khatijah telah menghadian pakej bulan madu kepada mereka berdua. Nak tak nak Nash kena pergi. Pembaziran katanya. Khatijah mula-mula tak nak. Demi lakonan di hadapan keluarganya dia terpaksa pergi berbulan madu bersama Nash ke sebuah resort.

Dalam perjalanan nak ke tepi pantai tu, banyaklah tragedi berlaku. Nak kencinglah... laparlah.. tayar kereta bocorlah. Khatijah pengsan selepas melihat darah yang meleleh dari hidung suaminya akibat tumbukannya sendiri. Dari taking care suaminya yang dibenci itulah dia jatuh cinta. Selepas hampir 7KM berjalan akibat tak ada tayar spare, akhirnya sampai juga mereka ke destinasi yang di tuju.

Di resort itulah Khatijah dan Nash mula ada feeling-feeling. Ha.. masa babak ni aku cam terkejut sikit. Macam pantas sangat. Cam tu aje boleh jatuh cinta. Mungkin masa tak cukup masa kut. Masa nilah, Baqis mula berubah hati. Jatuh cinta dengan pensyarahnya sendiri sehingga menolak  cinta Wafi. Wafi kecewa lalu bertemu dengan Nash untuk membatalkan rancangan mereka sebelum ini. Dia sanggup ke resort itu untuk bertemu dengan Nash lalu menyuruh Nash menceraikan  Khatijah. Masa tulah Khadiah yang kebetulan nak bagi mi segera kepada suaminya terdengar perbualan antara Wafi dan Nash yang Nash mengahwininya kerana duit. Kecewa dia.

Masa adegan nak memujuk ni pun ada yang lucu. Kelakar. Selepas di explain oleh ayahnya, Khadijah terpujuk. Ayahnya menceritakan apa sebenarnya berlaku pada Nash yang sebenarnya terdesak duit. Tak pasal-pasal dia terpujuk hati lalu berusha untuk membantu syarikat Nash yang dah nak bankrap. Bila dah berjumpa balik... rupanya Nash memang nak tutup dah company dia... dan...kalau nak tau kenalah tengok sendiri ek??? Hahahaha....kalau tak ada astro macam aku ni yang tak mampu nak pasang astro... leh download kat sini.

Mantap