Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 14 Februari 2012

10 Sebab Kenapa Aku DAH tak suka SINETRON


HAI uols... hari ni saje nak meluahkan perasaan tentang SINETRON atau istilah lebih tepatnya DRAMA INDONESIA yang sejak masuk tahun 2000 sehingga sekarang semakin melambak di siaran percuma di Malaysia ini. Tapi tak sebelambak masa tahun 2005 - 2009 dululah. Dalam lingkungan tahun itu, kalau boleh semua channel tv nak ditempeknya dengan drama sinetron ni dah macam pengarah dan drama Melayu tak berkualiti. Dulu aku followlah jugak sinetron ni (sampaikan ada satu siaran berbayar ni siap buat satu channel untuk sinetron. Baiknya hati orang Malaysia bantu industri orang. Dia orang, satu drama kita pun tak tersiar di sana. Sedih!!!). Tapi bila kita dah tahu shoot, cara zoom in dan zoom out lens kamera dia yang banyak sangat aksi suspen dan 'jeng... jeng... jeng...' nya buat aku bosan dan malas nak follow.... So, disebabkan aku dah tak suka sinetron ni, makanya aku menyenaraikan 10 sebab kenapa aku tak suka sinetron lagi. Sebenarnya ada 100 sebab... nanti orang baca menangis pulak.. So aku list kan 10 aje...

01. Didapati. sinetron ni tak macam slot Akasia, Lestary atau Samarenda. Sinetron ni paling sikit pun 200 episod. Kita tengok slot Akasia yang 24 episod je kekadang dah muak nak menunggu. Inikan pulak nak tengok yang sampai 200 episod. Aku pun tak tahulah mcm mana pihak TV boleh gegeh nak tayangkan sinetron dan type balik subtitle untuk drama berantai yang berjela-jela ni. Kalau aku, GARENTI taubat nak kerja kat sana. Dengar kata drama PUTERI YANG DITUKAR ada 700 episod. Mana yang mengandung tu. Anak dah pandai jalan garenti cerita ni tak habis lagi... Mahunya 4 kali raya baru habis. Apa yang pasti Sinetron ni pasti akan di taja oleh serbuk pencuci keluaran negara sinetron tu jugak. Kelas kan?

02. Banyak sangat aksi suspen. Bila watak tu terkejut, mesti nak ada muzik background yang ala-ala music filem P. Ramlee... 'Jeng... Jeng... jeng...'. Pastu lensa kamera pasti nak zoom in muka sekor-sekor watak yang ada.  Dari minit pertama sampailah minit terakhir setiap episod. Music dan babak tu asyik nak suspen dan penuh konflik aje. Kadang2 bila lesna kamera buat zoom in kat muka sekor-sekor watak tu yang uat muka terkejut ternga-nga, macam nak aje aku lajukan. Nasib baiklah tak boleh.

03. Watak miskin tu, atau istilah yang sesuai 'ANAK GAMBEL' wajib ada dalam cerita ni. Mesti kena ada dua darjat. Kalau yang miskin tu, miskin gila. Rumah tu tak ada tv langsung. Dah macam orang belum merdeka. Pastu bila watak miskin ni ditindas dengan si kaya dah macam si miskin lemah cacat tak bertenanga nak melawan. Ikut aje... kalau dah kena maki tu, balaslah balik. Tak puk lempang2 aje...kita yg tengok ni jadi meluat. Tup-tup si anak gambel ni lah anak kandung si kaya. Cam tulah... pusing2 je.. pastu anak si kaya ni adalah anak kandung si miskin... tak leh terima kenyataan terus nak dengki... K.L.I.S.E!

04. Episod pertama mesti ada yang baru keluar penjara.Yang masuk penjara ni mestilah watak baik yang malang, innesen tidak berdosa. Kalau nak tunggu yang jahat masuk penjara kena tunggu episod yang ke-234. Adoi…

05. Hah lagi satu benda yang paling magik, yang dah mati boleh pulak muncul sesuka hati dia aje. Ni mesti menuntut di sekolah Hogward ni. Ada bela Horcrux kot macam Lord Voldermort. Pastu mesti lah guna nama lain pulak. Menyamar la konon... kekadang watak tu diubah dengan memakai wig sagala... drag queen sgt. Kat hujungnya mulalah terbongkar rahsianya yang dia sebenarnya tak mati, telah di selamatkan oleh sebuah keluarga miskin di pinggir bukit. Hampeh!

06. Pasangan hero dan heroin mesti nak muka kacukan. Walaupun perempuan tu duduk ceruk mana pun,contoh perkampungan asli, ayah mak memang muka keturunan asli muka tahap jawa pekat dengan kulit hitam berkerak, tapi anak boleh pulak berwajah mak/mat Salleh. Heroin dah la baik, cantik, berbudi bahasa kira perfect la…aku rasa mak dia tu termasuk benih lelaki inggeris kut.. masa sedang tet! bapak dia jadi pak sanggup... mak bapak kulit tahap kertas pasir berkerak... anak keluar, bermata coklat berkulit putih.. orang miskin pun mampu minum soya masa mengandungkan anak?... menipu, kan?

07. Adegan culik-culik. Tipu lah kalau tak ada kan? Adegan trailer tembak menembak dan upah pembunuh. Tup-tup yang di bunuh tak mati pulak. Masuk hospital koma! Ingatkan dah nak habis sebab watak utama dah koma. Tetiba sedar, HILANG INGTAN PULAK! Keji!!! Semakin meleretlah cerita tu bila nak kembalikan balik hilang ingatan tu. Pastu mulalah watak baru muncul lalu jatuh cinta dengan watak yg hilang ingatan. Trajis siapa jadi hero dan heroin sinetron ni. Apa yang pasti, babak ujian DNA wajib ada!!! Asyik berebut nak buat ujian DNA dengan berebut result DNA je... pekerja di makmal DNA memang kaya raya kat sana kut.

08. Watak-watak baru muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Aku rasa lebih 100 orang pelakon dalam sesebuah sinetron ni. Bila watak sedia ada dah tak ada kerja, mulalah muncul watak baru yang akan mengkonflikan cerita. Mulalah mengaku anak kandung kepada ayah watak utama yang telah diberi kepada orang sejak kecil. Tak pun watak baru tu sbg adik kepada watak utama yang baru habis study di luar negara. Mulalah berebut heroin dah macam tak ada perempuan lain kat dunia ni nak direbut. Sesiapa pengemar sinetron kena follow hari2.. kalau tertinggal 5 episod pun, nescaya korang dah tak akan faham sebab dalam 5 episod tu. 5 watak baru akan muncul bergilir-gilir. Kita akan tertanya-tanya.. siapa mangkuk hayun ni? Cayelah...

09. BANYAK SANGAT KATA-KATA DALAM HATI. Istilah lakonan, monolog. Sikit-sikit berngong (mengelamun) pastu akan bercakap dalam hati dengan muka berkerut-kerut. Dah tak ada rahsia setiap watak dalam sinetron ni sebab kata-kata hatinya boleh didengar penonton. Pastu kalau tak ada babak cakap-cakap dalam hati, pasti akan ada BABAK BERCAKAP SENDIRI PENUH PERASAAN macam orang gila. Realitinya ada ke manusia suka cakap sorang-sorang?

10. ADIK BERADIK BEREBUT perempuan yang sama. DUA LELAKI KAYA berebut seorang perempuan miskin. DUA ORANG PEREMPUN, sorang miskin dan seorang kaya, berebut lelaki kaya. Yang kaya mulalah merendahkan yang miskin. Lelaki tu tetap memilih yang miskin. Maka berjuanglah habis-habisan dan sanggup jadi miskin semata-mata nakkan perempaun miskin tu. HALLO!!! Hebatnya cinta sinetron... realitinya... takkan ada macam tu.. CINTA jatuh no 2 sekarang ni kut. Hahahaha... DUIT no. 1...Pastu kalau yang jahat, kerjanya nak membuli watak baik aje... watak baik tu pulak macam tak reti nak melawan... buat muka pasrah itu berserah.. redha itu ikhlas aje. Kena tunjal kepala pun boleh pulak nak nangis2 kekonon jadi wanita tabah.. please...takkan semua orang miskin ni bodoh dan tak mampu melawan??? Tapi dalam sinetron semua itu adalah realitinya. Kena dera mop lantai pun ikut aje... kan boleh larikan diri kerja sendiri lupakan terus orang kaya tu... watak suka merayu-rayu pada Tuhan, tapi tak ada usaha pulak...C.L.I.C.H.E !!

Itulah 10 sebab yang ak dapat bagi.. mungkin ada tak puas hati dengan sebab2 yang aku bagi ni. Tapi inilah yang aku rasa dan buat aku bengang. Baik aku tengok BoboiBoy... ada jugak bestnya....

Mantap