Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 19 Februari 2012

ABUDEN??!!


ABUDEN?? Sejak ke belakangan ni memang aku terbaca dan terdengar-dengar perkataan ni di sebut. Aku ingatkan ianya ayat Bangladesh, Tahiland atau Myanmar... well... Malaysia kan banyak pendatang dari negara-negara tersebut, jadi aku fikirkan bahasa mereka.

Sehinggalah aku terpandang video yang aku kongsikan dalam posting kali ni, yang aku perasan dari wall Facebook milik Yusof Firdaus, barulah aku gegeh mencari maksud di sebalik perkataan ABUDEN??!! tu. Cari punya cari barulah aku tahu maksudnya. Dari yang bagi maksudnya di Google kebanyakkannya abuden tu adalah singkatan untuk 'AH, BUT THEN?'. Baru aku tahu... apa yang sering terjadi dalam hidup kita yang melibatkan abuden??? Layan video ni;







Kalau korang dah tengok bideo di atas, mungkin aa yang baru terfikir yang korang selalu menanyakan soalan bangang macam depa tu kan? Menanyakan soalan yang kita dah tahu jawapannya. Jangan nak menipu kata tak ada... mesti pernah berlaku dalam hidup kalian.

Contoh masa kat sekolah. Kita tak buat homwork yang cikgu kasi. Pasti pernah cikgu tu tanya kita: "Tak siap ke homework yang saya kasi?" selepas menyemak buku nota kita. Kan?

Kalau kat tempat kerja, kita duk termenung sendiri sebab fikirkan masalah cinta. Mesti ada member tanya: "Hai... termenung ke?". Kan??

Ada banyak lagi sebenarnya tragedi soalan bodoh cam ni. Tapi kekadang pertanyaan macam tulah yang menyerikan hidup kita. Ada juga soalan yang ditanya sekadar ingin menyindir sambil meletak kedua tangan di dada mata naik atas.

Tak jemu aku tengok video ni... satu realiti yang selalu kita lakukan...

Mantap