Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 28 Februari 2012

Antara KAWAN dan KEKASIH


DALAM hidup kita, mana yang lebih penting? Kawan atau kekasih? Apa yang pasti antara dua hubungan ini pasti kita perlu berfikir panjang untuk membuat pilihan, kan? Di sini aku nak kongsi dua permasalahan yang sering berlaku antara dua hubungan ini. KAWAN atau KEKASIH???

Permasalahan Pertama



1. Jika ada mengenali kawan anda di saat anda sudah bercouple dengan kekasih anda. Agaknya, siapa yang perlu anda pentingkan dahulu? Kawan atau kekasih?

2. Jika anda mengenali kawan anda terlebih dahulu dan sudah istihar Best Friend Forever (BFF) dan baru anda kenal dengan kekasih anda sekarang. Agaknya siapa yang perlu dipentingkan dulu? Kawan atau Kekasih?

Pening kan dua situasi ni? Kedua-dua situasi ni aku sudah alami sendiri. Memang susah nak buat keputusan. Tapi sebagai manusia yang hidup dengan manusia lain dan punya perasaan memang tidak lari dari membuat pilihan. Dalam dunia ni hidup bukan seperti di syurga. Apa yang diinginkan semua kita akan dapat. Tapi, jika dalam situasi begini sepatutnya sebagai manusia yang punya akal dan fikiran akan dapat menyeimbangkan keputusan yang dibuat dan tindak tanduk yang bakal dilakukan supaya tidak ada yang terluka. Sama sahaja konsepnya dengan hidup ini. Kita perlu membuat pilihan antara dunia dan akhirat. Jika pandai menggunakan akal pasti kita boleh berjaya di dunia dan akhirat.

Solusi Permasalahan Pertama



1. Jika kita kenal kekasih kita dahulu baru kita kenal BFF kita. Di sini, anda perlulah lebihkan sedikit kepada kekasih anda kerana kekasih anda adalah manusia yang telah mengenali diri anda terlebih dahulu. Pastinya dia lebih mengetahui tentang diri anda berbanding BFF baru anda itu. Namun, anda tidak boleh mengabaikan BFF baru anda tu juga kerana... tak semua kita boleh kongsikan dengan kekasih kita. Kita juga perlukan seorang teman baik untuk bercerita dan meluahkan perasaan... jadi, andai BFF kita tu ada masalah diharapkan anda bisa luangkan sedikit masa untuk BFF anda. Kerana dia pun manusia biasa yang inginkan seseorang untuk berbicara. Itu pun kalau anda tiada apa-apa masalah dengan kekasih anda, barulah jumpa BFF anda tu.

Sebagai BFF pula, perlulah memahami keadaan BFF anda itu yang sudah berpacaran. Kena faham orang bercinta ni selalu sangat nak luang masa bersama walaupun baru sejam lalu berjumpa. Kalau boleh setiap saat masa terluang nak habiskan bersama. Jika anda berjauh hati, cuba pupuk perasaan itu agar tidak terus menular. Anggap sahaja yang positif tentang BFF kita tu walaupun hati kecewa kerana dipinggirkan kerana kekasihnya. Kita kena faham, yang kita menjadi BFF dia ketika dia sudah punya kekasih. Jadi... kita tiada hak untuk berjauh hati.

2. Jika adan mengenali BFF anda terlebih dahulu baru anda mengenali kekasih anda, ini situasi yang berbeza sepeti point satu di atas. Tapi lumrah manusia. Kalau dah bercouple, kawan baik pun dilupakan. Bila ada masalah, kekasih curang, kekasih tak jawab call, kekasih berubah baru terhegeh-hegeh nak jumpa BFF kita mengadu domba bagai kan? Siapa tak hangin? Masa bercinta, kita ajak keluar pun susah. Nak sms kita, nak BBM kita memang taklah... bila dah kecewa dan ada dalam masalah baru nak cari kita. Sikap macam ni harus dibuang. Kita sepatutnya pandai bahagikan masa. Kalau sedang bersama BFF kita, kalau boleh kurangkanlah SMS dan BBM dgn kekasih. Sebagai kekasih sepatutnya dia perlu memahami yang kekasih dia punya kawan untuk lepak-lepak. Pasti tak akan ada kejadian makan hati jika saling memahami. 

Sebagai BFF pun, perlu memahami situasi BFFnya juga. Saat BFF kita sudah punya kekasih, itu bermakna BFF kita sedang melangkah ke satu fasa yang lebih baik iaitu alam rumah tangga. Jadi, tak perlu nak makan hati atau berjauah hati sangat. Selalu bersikap positif kerana itulah muncul istilah, berkawan biar beribu... bercinta biar satu... jika kawan kita tu sibuk dgn kekasih dia, cuba cari kawan lain untuk bercerita walaupun tak sama. Itu lebih baik dari terus berjauh hati.. kekasih yang dapat memahami antara satu sama lain pasti hubungan yang ada akan terus kekal.

SILA ELAKKAN PERANGAI BILA SUSAH BARU NAK CARI KAWAN. MASA BAHAGIA LUPA KAWAN. KERANA PERANGAI MACAM NI BISA SAHAJA MENGHANCURKAN HUBUNGAN SAHABAT YANG ADA DAN MUNGKIN SEBALIKNYA.


Permasalahan Kedua



1. Pernah tak anda mengalami Kekasih kita diushar oleh kawan baik kita sendiri?
Kita mempercayai BFF kita tu sehingga sanggup memperkenalkan kekasih kita kepada dia dan sanggup bagi BBM Pin dan no telefon. Tapi dalam diam, BFF kita duk ushar kekasih kita dalam diam. Ngurat melalui BBM, SMS, Facebook atau Calling. Apa perasaan anda kalau dapat tahu kawan kita macam ni? Siapa ingin dipersalahkan???

2. Pernah tak anda mengalami kekasih anda dalam diam mengusar kawan baik anda?
Kita percayakan kekasih kita tu sampaikan sanggup bagi no telefon dan BBM pin kawan kita tu demi kebiakanlah kekonon. Mana tahu anything happen pada kita, kekasih kita boleh call kawan kita tu. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dalam diam kekasih kita tertarik dgn BFF kita lalu mengusarnya. Jika anda tahu, apa anda akan lakukan? Siapa yang perlu dipersalahkan?

Solusi Permasalahan Kedua.

1. Sebagai BFF, sepatutnya  kita tidak boleh mencaras (merampas) kekasih BFF kita. Ya, mungkin kekasih BFF anda tu handsome/chantik tahap bidadari/a dari syurga, tapi itu bukan alasan untuk anda mendekati kekasih BFF anda. Jika anda sayangkan BFF anda. Diharap sangat, jangan cuba-cuba nak dekati kekasih kawan kita. Buang perasaan ingin mencaras itu kerana ingatlah, hari ni kita caras hak orang... akan datang lagi teruk anda kena caras. Percayalah hukum karma. Tapi, manusia ni, biasanya kalau dapat respond baik dari manusia yang elok paras rupanya, lupa terus kawan baik. Kalau dah angau, sanggup hilang kawan. Tapi, jika anda bersifat sedemikian, jangan menyesal andai kau kena tinggal nanti, kau dah tak ada kawan untuk bertaut dan bercerita. Masa tu, menyesal pun dah tak guna...

Sebagai Kekasih, sepatutnya nada mengekalkan sifat setia. Kalau anda betul-betul sayangka kekasih anda, pastinya anda tidak akan goyah hati walaupun BFF kekasih anda handsome/cantik tahap bidadari/a dari syurga. Kalau anda kekal setia, insyaAllah, kebahagiaan pasti akan menjadi milik anda. Tapi, lumrah hidup manusia, pantang nampak yang elok mulalah nak mengatal dan mudah untuk melepaskan kekasih sedia ada untuk orang baru. Kalau anda betul-betul sayangkan kekasih anda, pastinya anda tidak akan melayan nguratan kawan baik kekasih anda itu. Kecuali anda memang jenis manusia yang mudah jatuh cinta dengan rupa paras. Tapi jika anda melayan nguratan kawan baik kekasih anda tu, itu bermakna anda sedang menghancurkan sebuah ikatan luhur yang bernama ikatan persahabatan. Kerana, kesan dari penerimaan anda itu, pastinya akan memutuskan hubungan silaturahim antara kekasih anda dan kawan baiknya. Ada ke manusia nak mengadap manusia yang dah hancurkan hatinya? Mustahil! So, fikir-fikirkanlah kesannya sebelum membuat sesuatu keputusan.


2. Sebagai BFF jika anda sayangkan hubungan setia kawan antara anda dan BFF anda, diharapnya anda tidak melayan nguratan kekasih kawan baik anda yang ingin mengatal dengan anda. Jika anda dapati cara SMS, BBM dan INBOX kekasih BFF anda di FB nampak berbeza segeralah anda mendiamkan diri. Jangan balas. Hanya menjawab soalan-soalan yang rasmi sahaja. Kalau dia tanya soalan peribadi harap diabaikan. Jangan nak layan! Dan jangan nak jadi BFF yang baik hati bagitahu pada BFF anda yang kekasih dia duk mengurat anda. Sedangkan anda boleh block FB dia... boleh delete BBM pin dia dan boleh delete and block no dia di telefon guna software handy blacklist. Niat baik anda memaklumkan tetang sifat keji kekasih BFF anda hanya akan mengeruhkan keadaan. Yalah, kalau dah bercinta, garenti BFF anda lebih percayakan kekasih dia dari anda. So, baik diamkan diri dan diam terus dari menghubungi kekasih BFF anda. Cuba elak kalau nak lepak bersama. Demi kebaikan. Jika anda melayan ngoratan kekasih kawan baik anda kebarangkalian anda akan kehilangan seorang BFF adalah tinggi. Jadi berfikir dahulu sebelum betindak. Fikirkan, mana lebih penting, hubungan setia kawan yang sudah terjalin lama atau hubungan yang baru ingin tercipta atas kekecewaan BFF kita sendiri.

Sebagai kekasih, kalau tak boleh bercinta tak perlulah nak bercinta. Ni, pantang nampak yang elok, terus sapu, tak kiralah orang tu kawan baik kekasih kita sendiri. Alasan yang selalu digunakan kalau nak putus sebab dah jumpa yang lebih elok adalah...

"BAB HATI DAN PERASAAN TAK BOLEH DIPAKSA-PAKSA. HATI SAYA DAH PADA DIA. DARI KITA TERUSKAN TAK KE MANA. BAIK AWAK CARI INSAN LAIN YANG LEBIH BAIK DARI SAYA". 

Ayat paling sial selalu digunakan. Yang kena putus bukan kau, tapi dia... memanglah sedap mulut kau bagi alasan tu kan? Senang aje, bila nak... amek, bila tak nak... buang. Keji tahu tak? Eh, apa hal aku yang emosi terlebih ni? hehehe... tapi ingatlah... hari ni anda buat dia kecewa, tak mustahil kekasih baru anda tu akan buat perkara yang sama pada anda. Kekacakkan dan kejelitaan adalah sementara. Yang penting adalah hati dan kesetiaan dalam bercinta. Kalau hati mudah goyah dengan yang indah dan kesetiaan senang berubah. Jangan menyesal andai suatu hari nanti anda akan lebih kecewa dari mansia yang telah anda kecewakan. Biasalah tu... manusia ni tak pernah puas. Dah dapat permata tetap mahu kaca yang tak tinggi nilainya. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Cinta yang mudah diperolehi, mudah jugalah ia pergi... bila sudah tiada baru terasa diri sendiri bodoh tahap babi.



Jadi, kepada mereka yang berada dalam lingkungan permasalahan ini, harap dapat bersabar. Biasalah tu, hidup ada pasang surutnya. Sebagai manusia, kita akan selalu marah dan berlaku kejam. Kita akan benci pada kawan kita sendiri yang sanggup menikan kita dari belakang. Sanggup menikan kita hanya kerana seroang lelaki/wanita yang baru dia kenali. Necaya kawan sebegini memang tak boleh dijadikan kawan. Kalau dia hargai ikatan persahabatan yang ada, dia tidak akan menghancurkan hati kita. Kalau anda ada kawan yang sanggup mencaras kekasih kita, biarkanlah... tak perlu nak jumpa kawan kita tu bergaduh dan belasah-belasan. Perbuatan tu hanya akan menyakiti diri kita. Dahlah hati sakit... tak pasal-pasal badan pun sakit. Biarka ajelah mereka bersama. Itu bermakna lelaki/perempun tu tak cukup baik untuk kita dan dia bukan jodoh terbaik kita.. 

Sebagai kawan, tak perlulah nak merampas kebahagiaan kawan baik kita demi kebahagiaan diri sendiri. Percayalah, kebahagiaan yang dibina atas kehancuran orang lain tidak akan ke mana kerana Tuhan tu maha Adil. Secalit luka kau tinggalkan pada seseorang, luka parah yang kau akan perolehi di masa akan datang. Itulah karma Tuhan.

Sebagai kekasih, cubalah setia dan mengenal erti bersyukur. Tuhan bukan suka-suka mengutuskan seseorang tu untuk anda. Pasti ada hikmah yang tersirat. Kita ada akal untuk menimbang antara kebahagiaan dan nafsu. Kalau anda pilih kebahagiaan pasti anda tidak kisah siapa kekasih anda tu dan menerimanya seadanya. Andai anda pilih nafsu, jangan menyesal andai kecewa menjadi peneman jiwa di hujungnya. Nafsu ni sedapnya awal sahaja. Bila dah puas dan bosan pasti akan ditinggalkan. Jika anda memilih kebahagiaan, pasti anda akan setia pada yang diutuskan.

GUNALAH AKAL YANG DIBERIKAN SEBELUM MEMBUAT APA-APA KEPUTUSAN...
Artikal Asli daripada: HASRUDI JAWAWI
 Artikal Asli daripada HASRUDI JAWAWI - http://rudi-zone.blogspot.com



Mantap