Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 27 Februari 2012

Jejawi Tua - Rosli Mohd Sah



“Tak perlulah sesiapa pun mengaku di hadapan orang ramai. Simpan aib masing-masing selagi Allah Taala tak membukanya. Dan jangan sampai Allah Taala membuka aib kita di khalayak ramai. Daripada menyembah jejawi tua dan memohon bantuan Tok Tom, bukankah lebih baik imarahkan surau dan masjid. Bukankah jauh lebih baik kalau kita memohon pertolongan langsung kepada Allah Taala tanpa sebarang wasilah dan tanpa perlu bertawassul secara bidaah.”

Antara Jejawi Tua dan Tok Tom, Barangkali Ada Pertalian Besar yang Kurang Dicermati...
Antara Tok Tom dan Angah Soyah, Barangkali Ada Dendam yang belum Terurai...

Gementar melihat Jejawi Tua, munculkan sebuah masalah yang sekali imbas bersifat kecil, namun sebenarnya ketakutan itu telah membawa penduduk Kampung Sungai Teja melalui pelbagai masalah. Apabila perkara utama dalam kehidupan, tidak lagi dititikberatkan, bahkan disekutukan dengan mudah atas alasan bagi memudahkan urusan, yang menanti adalah masalah yang lebih rumit. Jejawi Tua menguak sikap manusia yang mudah bertawassul dan zahir dan perasaan kagun tanpa menyedari perbuat tersebut mengheret ke jurang penderitaan yang tidak berkesudahan.

Mantap