Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 12 Februari 2012

Ulasan Drama: IJAM NON YANKEE


SESIAPA ada tengok drama ni malam tadi, (Sabtu 11 Feb 2012, jam 10 mlm di TV3)?? Kelakar kan? Pada aku babak pertama masa  Ijam masih kecil duk sibuk nak lari dari rumah buat aku gelak sakan. Beria nak lari dari rumah, tetiba... tak jadi dengan alasan yang pelik-pelik...mula2 tertinggal bas, lepas tu tetinggal IC dah besar panjang pulak kad ATM patah. Sengaja dia protes nak lari dari rumah sebab... mak dia asyik membebel aje. Macam mana tak membebel, dah study tak pandai-pandai. Bengap jugak. :)

Drama ni macam tak banyaklah pengajaran dan tauladannya. Sekadar untuk hiburan semata-mata. Untuk tenangkan jiwa yang lara. Aksi komedi romantik di dalam drama ini sangat menjadi. Boleh membuat penonton yang menonton drama ini akan berkata... so sweet. Tapi cuma kekadang kita keliru perasaan sebenar Ijam kepada wanita bertudung tu dengn awek dia yang dia paggil Ayang. Maaf yer, aku ingat nama watak utama aje, Ijam. Nama watak peremuan dua orang tu aku tak ingat pulak.

Kalau masa kecilnya maknya duk bising pasal pelajarannya yang entah apa-apa tu. Bila dah besar lain pula jadinya. Maknya sibuk memilihkan menantu anaknya. Yang emaknya berkenan dengan wanita betudung lakoan Neelofa. Bapaknyer pulak suka pada watak wanita tak bertudung lakonan Faieza Elai. So, bergaduhlah sesama sendiri mereka anak beranak semata-mata nak....pilihakan menantu untuk si Ijam ni.

Tapi sepanjang penontonan aku dalam drama ni. Dari start babak Ijam sudah dewasa sehinggalah habis, aku ternampak kejanggalan dalam cerita ni. Sangat janggal watak Ijam yang dipegang oleh Awal Ashari. Sepanjang babak dia, dia asyik mengenakan baju kemeja dan menyemart ajek... terserlahlah imej selebritinya. Kalau ya pun, pakailah baju yang bersesuaian dengan imej lelaki kampung atau kampung boy. Realiti sebenar kampung boy, tak adalah asyik nak berkemaja kotak-kotak dan berseluar slek side tajam aje. Adeh... kat situ nampak ada sedikit kecacatan. Kalau dia kenakan baju t shirt lusuh, track suite biasa dan berselipar jepun mesti lagi terserlah wataknya macam imej Hafiz masa bawak lagu Awan Nano kat AJL 26 lepas. Itulah baru imej Kampung Boy, kan???

Apa-apa pun drama komedi romantik ini, menarik dan menghiburkan. Walaupun watak Ijam tu sengal-sengal ubi, Awal Ashari tidak dapat nak bawa watak itu dengan baik. Yalah, watak Ijam itu seorang lelaki tak berapa nak pandai. Tapi dari gaya percakapan, imej dan intonasi suara nampak seolah dia lelaki berkejaya dan terpelajar. Maybe aura pengacaraan dia tu sukar untuk dibuang habis tika berlakon. Apa-apa pun aku tetap nampak ada yang 'tak kena' dalam lakonan Awal Ashari dalam drama ni. Mungkin watak Ijam tu memang tak sesuai dengan dia.... Apa-apa pun dari lima bintang, aku kasih 4.9 bintang sebab berjaya buat aku gelak-gelak atas usaha pelakon tambahannya.

Pada sesiapa tak dapat tengok dan tak sempat tengok drama ni sebab bola liga Enggeris, bolehlah download di sini.


Mantap