Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 27 Februari 2012

Ulasan Drama: PATAH SERIBU


ORANG dah berkurun tengok drama ni, aku baru nak tengok. Sebab masa drama ni hangat ditayangkan aku tengah sibuk melayan drama Korea Flower Boy Ramen Shop. Hahahaha... Okeylah, aku akan ulas tentang drama ini lakonan dari pelakon dan penyanyi yang sedang HANGAT BERCINTA ketika ini. Siap bersayang-sayang kat Twitter... Cuma tak berapa nak gemar statement Shila dalam Galaxy minggu lepas. Dialog katwat dia yang aku benci dengar dia ni cam budjet bagus:

"Kalau meluat dengan isi twitter saya. Ada button unfollow di situ. klik aje kalau tak suka"

Hello!!! Ko ingat kalau kau bukan selebriti, ko ada followers  ribu-ribu ke? Peminat tu follow ko sebab nak tahu perkembangan dunia seni kau yang tak ke mana tu. Boleh pulak ko cakap macam tu? Selebrity ni kau kenalah tahu konsepnya. Buat twitter, Facebook dan segala akaun sosial tu untuk promosi bakat ko tu... Kalau nak show off ayat-ayat cinta you all yang budjet ke jinjang pelamin tu... BUATLAH AKAUN KEDUA KHAS UNTUK KAWAN-KAWAN DAN PERCINTAAN KORANG! Sengal!

Tetiba aku ulas tentang Shila ni apa hal? Cuma meluahkan rasa tidak puas hati bila dia menganggap peminat dia tu entah apa-apa. Depa follow ko sebab nak tahu perkembangan dunia seni ko... bukan dunia percintaan ko... jgn nanti putus cinta gaduh kat twitter gak dahlah...

Okey, kembali kepada ulasan drama ni. Konsep drama ni bagi aku dua gabungkan konsep percintaan KLISE dan filem 'Abang 92' lakonan Azhar Sulaiman dulu. Konsep cinta dua darjat dan hero mati sebab penyakit.. orang kaya bercinta dengan orang miskin. Lepas tu keluarga yang kaya tak berkenan... rasanya konsep cerita macam ni dah bermula sejak tahun 80-an kut... zaman filem AZURA... kalau pandai dioleh pasti cerita ni lagi menarik... tapi, bagi aku cerita ni macam... tak berapa menarik sebab sepanjang tengok cerita ni aku siap boleh breakfast... bancuh milo ais... dan tengok 5 RENCAH 5 RASA. Hahahaha keji tak???

Aku mengandaikan drama ni adalah sekadar drama yang dibuat nak promosi single terbaru Shila yang bertajuk Patah Seribu yang budjet popular dan femes sampaikan nak kena ada drama dia. Selain itu drama ini pun ibarat macam nak mensahihkan hubungan percintaan Shila dan Shanaz tu... ITU SAHAJA...

Banyak dialog 'Langsi' dalam setiap dialog geng gengster... Apa? Kalau gengster memang akan sebut langsi tu ke? Tom lakonan Reza (Pengacara Pilih Kasih) nampak janggal... tulah gayanya kalau 'akak2' belakon nak jadi gengster... over feeling gitu...

Pengajaran yang boleh diperolehi dalam cerita ni adalah... jangan melawan cakap mak dan bapa. Itu sahaja. Itu pun sikit sangat. Yang sedihnya dalam cerita ni.. Hero dia mati... heroin sikit pun tak ajar mengucap... mati terbeliak mata menatap wajah KEKASIH YANG BELUM SAH KAHWIN SIAP PEGANG TANGAN dari menatap wajah emaknya... ke lautlah nanti...

Dari mula aku tonton aku tak dapat nak kaitkan jalan cerita ni dengan 'PATAH SERIBU'. Aku tak faham kat mana patah seribu tu selain hasil pukulan gengster yang  menyebabkan tulang belulang geng gengster patah riuk kena belasah. Ramai yang feeling-feeling tengok drama ni sebab hero dia handsome... itu aje. Hahahaha... bagi aku cerita ni biasa je sebab element yang diserapkan dah pernah orang buat TANPA ADA KELAINAN...

Dari lima bintang aku kasi 2 bintang ajelah sebab gaya drama ni berbeza dengan drama yang ada di channel tv percuma.... sebab aku suka drama hasil pengarah berbangsa Cina itu... :)



Mantap