Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 27 Februari 2012

Ulasan Filem: AZURA 2012



AZURA 2012: Kata orang ni filem kesinambungan AZURA tahun 1980-an. So, aku pun tengoklah... tengok MANTAJ dia aje... aku terus terfikir... FILEM ni sebenarnya tak layak untuk dipanggungkan... dia macam STANDARD drama yang difilemkan... entahlah... macam peliklah Montaj tu... Neelofa duk mengedik dengan skirt pendek dia tu.. peluk2 patung orang hutan... feeling-feeling bidadari... serius ala2 montaj untuk slot AKASIA... rasanya zaman filem ala-ala Sembilu... Maria Mariana dan lain-lain dah belalu kut... zaman sekarang ni zaman filem aksi dan... lebih menceritakan hal kehidupan... hal-hal cinta ni... susahlah nak laris kat panggung... sebab kebanyakkan filem cinta ni sama aje... balik-balik kisah dua darjat... hemmm.. sebab novel dan filem sgt berbeza...

Awal plot Zack mengamuk sebab tak dapat main game pin ball ke apa nama game tu.. aku pun tak sure.. duk maki-maki... tetiba Azura lempang dia... masuk youtube, esoknya terus tergila-gilakan perempaun tu... macam cerita cartoon pun ada gak... aku gelak sorang...

Bila sampai babak Zack kata Azura ambik kelas bahasa perancis sebab nak faham diari arwah mak dia (mak Azura) yang dalam bahasa perancis.. minda aku terus teringatkan novel Sayangku Casper... sebijik sama konsep tu hehehe... tapi kat babak tu ajelah...

Filem ni macam tergesa-gesa gitu.. dalam masa 15 minit tengok filem ni, tetiba Zack ni dah falling in love tahap tak ingat dengan Azura. Banyak pelakon tambahan dari peserta PILIH KASIH sebelum ni. Seriously... macam pelik sangat cerita ni. Lakonan Neelofa macam.. tak ada perasaan. Plot sedih dia nangis pun aku cam tak ada perasaan. Shahz Jazle pulak cam... tak romantik pun...

Lagi satu yang jelas ketara... suara pelakon Eirma Fatima berbeza kat babak-babak pertama. Dah di pertengahan cerita baru Eirma Fatima dapat kembali suara asalnya... Ajaibkan??? Aku merasakan juga, cerita ni macam buat pun untuk menaikan nama pelakon yang ada... bergantung harpan pada nama pelakon yang baru nak naik tu. watak Eirma Fatima mati cam tu je... tak tau apa jadi kat dia.

Azura tahun 1980-an adalah satu filem yang GAH dan mendapat sambutan yang sangat meletop-letop.. tapi Azura 2012 macam tak dapat nak menandingi kehebatan filem lama itu. Sepatutnya Azura 2012 lagi hebat dari Azura 80-an. Memanglah cakap tu senang guna air liur... tapi, kalau dah sampai penggambaran kat New York, sepatutnya hasilnya lebih gah... bukan sebarangan budjet tu kalau dah sampai ke luar negara.

Tetap ada element letak dadah kat air minuman dan rakamn aksi ranjang secara paksaan untuk membuat Zack benci... tapi tak berjaya... mereka melarikan ke New York... semata-mata nak bercinta. Tinggalkan study semata-mata nak kahwin.. adeh... Selain tu, pengajaran lain adalah bahayanya fitnah dalam sesuatu hubungan... Neelofa pulak duk cantik je rambut dia... walaupun org tak berada tapi rambut cam hari2 g seloon... adeh.. siapalah jaga kostum filem ni hehehe...

Cerita yang berdurasi 1 jam 37 minit 34 saat ni aku tengok hanya dalam masa 37minit dah TAMAT sebab banyak sangat forward... hahaha.. so, faham-fahamlah yer??? Kira tak nyesallah tak tengok kat panggung hari tu hehehe... dari 5 bintang aku kasi 1.7 bintang aje..


Mood sepanjang menonton filem ini: Ngantuk....


Mantap