Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 11 Februari 2012

Ulasan Filem: SUMPAHAN KUM KUM



OKEY, kalau semalam aku ulas tetang filem seram SESUATU YANG TERTINGGAL yang sampai sekarang aku fikir dari mana datangnya hantu tu, barusan tadi aku menonton filem yang masih ditayangkan di panggung ketika ini. Filemnya seperti tajuk posting dan poster di ataslah yer...

Apa yang boleh aku katakan dan kategorikan tentang filem seram ini adalah..MENARIK... bukan terbaik keh... sekadar menarik. Boleh layan. Taklah aku terus dalam tanda tanya dan kebosanan macam aku tengok Sesuatu Yang Tertinggal semalam. Macam tak ada motif filem tu. Sekurang-kurangnya filem Sumpahan Kum Kum (SKK) ini ada motif, susunan plot, suspens dan pengajarannya sejajar dan seimbang. Penuh tanda tanya dan agak seram... bukan hantu kum kum aje ada dalam filem ni. Pocong pun enter frame sekali...

Awal plot agak peninglah dengan susunan plot yang agak tunggang langgang. Tapi dari plot yang tunggang langgang tulah terselit misteri sebenar mengenai hantu kum kum. Daripada filem ini kita boleh tahu asal usul Hantu Kum Kum yang terkandung dalam buku 33 Hantu terbitan KRU Publications.

Permulaannya agak confuse kenapa adiknya tiba-tiba mati. Terus aku beranggapan, yang hantu Melayu ni semua ganas-ganas. Siap boleh membunuh dan cakar mencakar. Pastu kerjanya nak masuk dalam tubuh manusia aje... dia dah tak ada tubuh ke sampai nak pinjam tubuh manusia yang vogue ge de vasss ni?

Kematian emak kepada watak utama lakonan Lydiawati agak mengelirukan. Siap bukak bumbung bagai sebab nak keluarkan roh dia... Cuba bayangkan kalau pembela Saka tu.. duduk rumah flat kat tingkat 5 dari 12 tingkat, korang agak.. macam mana nak buka bumbung? Pecah syiling nampak jiran tingkat atas... keji, kan? Demand jugak hantu Melayu ni, nak keluar dari tubuh manusia nak ikut bumbung. Sedangkan rumah tu punyalah banyak pintu dan tingkap. Buat penat je buat semua tu kalau bumbung dijadikan laluan untuk keluar. Hantu Melayu memang keji.

Rupa-rupanya... mak dia tulah puncanya adik watak utama kiranya, anak kedua dialah.. mati gara-gara salah seorang perempun yang dipakaikan susuk langgar pantang. Anaknya jadi mangsa gadis yang langgar pantang pakai susuk tu. Sebab perempuan yang pakai susuk tu perlu minum darah anak dara sunti seramai 9 orang... untuk kembali cantik. Dari 9 orang tu, anak dia (emak watak utama) sendiri jadi mangsa. Disebabkan bengang sebab anaknya jadi mangsa, dia bunuh perempuan tu lalu perempuan tu jadi hantu nak belas dendam. Peningkan ayat aku? Aku pun pening. Kalau korang nak tahu, kenalah tengok sendiri. Download aje di sini.

Dari lima bintang aku kasi empat bintang. Sebab aku faham jalan cerita, seramnya ada, suspennya ada dan menarik dan ada motif dan pengajaran walaupun tak ada guna taknik CGI langsung seperti filem-filem seram sebelum ini. Susuatu Yang Tertinggal tu rasanya ada guna CGI, sikit. Tapi jalan cerita hauk.. so, tak menarik...

Kepada pengemar filem seram, filem ini bolehlah di layan... tak sesuspen filem Khurafatlah. Khurafat tu sound effect suspen je banyak. Jalan cerita lebih kurang sama... Tak menyesalah aku tengik filem ni... layan....bestnya hantu Kum Kum ni, dia pandai tutup suiz lampu dan main-main dengan suiz lampu. Pandai juga matikan plug utama sumber elektrik rumah watak utama. Bila dah kalah pandai pulak hidupkan lampu balik. Hantu Melayu memang canggih.


Mantap