Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 9 Mac 2012

AKHIRNYA AKU KAHWIN! - Herna Diana






AKHIRNYA AKU KAHWIN!

Herna Diana

Diana @ Didi adalah anak tunggal dan bekerja di kilang sebagai Senior Assistant Supervisor bahagian Store Department. Dia xberapa lawa tapi sedap mata memandang dan berbadan gempal. Ermmmm memang selalu kena kutuk. Dia sering luahkan perasaan dengan berchatting. Partner chatting Didi adalah Terhangat ^Di^Pasaran.

Secara tak sengaja dia terlanggar Syafiq tapi dia bukan hero eh hahaha. Syafiq telah dibawa kerumah Didi dan dijadikan anak angkat oleh keluarganya. Jadi, Syafiq ni abang angkat kepada Didi. Syafiq memang caring dan sayang pada Didi macam adiknya sendiri. Keluarga Syafiq dan Didi bertambah rapat dan dianggap seperti anak sendiri. Ha yang lagi bestnyer Syafiq ni adalah bos di tempat Didi bekerja. Mereka merahsiakan hubungan rapat mereka untuk elakkan gossip.

Kejadian sedih terjadi pada Didi bila ibubapanya terlibat di dalam kemalangan dan disahkan meninggal dunia. Didi memang sedih gler tapi Syafiq sentiasa memberi sokongan dan semangat. Bestnyer dapat abang angkat camni. Dia bertambah rapat dengan keluarga Syafiq tapi adiknya Syafiqa tak suka Didi masuk dlm keluarga mereka.

Azlan iaitu lelaki di kilang yang disukai oleh Didi. Didi pendamkan perasaannya pada Azlan sebab dia bersikap merendah diri dengan keadaan badan yang gempal. Tapi tup2 si Azlan ni cuba mengorat Didi dan akhirnya mereka couple tetapi secara rahsia. Nasib Didi dalam Cinta memang sedih apabila tembelang Azlan pecah. Didi mendapat tau yang Azlan bertaruh dengan kekawannya untuk mendapatkan cintanya. Ish2 sedih2. Hasliza iaitu pekerja di kilang itu telah sebarkan fitnah tentang hubungan Azlan dan Didi. Hasliza memang berdendam  dengan Didi sejak zaman sekolah. Tapi Syafiq dapat selamatkan keadaan. Best2.

Ha skang watak hero. Nama Syafizi dan berkelulusan luar Negara. Adik kepada Syafiq. Ermmm hensem dan mulut cam longkang. Dia sering naikkan kemarahan Didi dan memang bahasa dia xde tapis2. Straight to the point. Mamat ni memang ego tapi cute hahaha. Didi tertekan bila dapat tau yang Fizi ni akan gantikan Syafiq di kilang. Fizi merancang untuk membuli Didi. Dia meminta Didi untuk menjadi PAnya. Didi terpaksa mengikut segala arahan Fizi walaupun melampau dan sakitkan hati. Hahah dua2 ni memang best.

Syafiqa mula menyukai Didi apabila dia terlibat di dalam kemalangan. Didi telah mendermakan darahnya yang dalam keadaan kritikal. Dugaan lain plak yang datang buat Didi. Mak sedaranya telah datang membawa hajat untuk kahwinkan Didi dengan pilihan mereka. Didi tak brapa ngam dengan mak sedaranya. Keluarga Syafiq menjadi penyelamat pada masa depan Didi. Mereka telah meminang Didi untuk Syafizi hahaha Didi memang terkejut gler. Didi terima pinangan tersebut sebab sayangkan keluarga Syafiq.

Ha lepas kahwin Syafizi memang romantic gler dan caring habis. Dia memang sukakan Didi masa mula2 jumpa di rumahnya. Dia bermulut longkang sebab nak tarik perhatian Didi dan Terhangat ^Di^Pasaran adalah Syafizi. Jadi, segala luahan Didi memang dia tau termasuk bab2 Didi kutuk dirinya yang bermulut nuclear. Didi memang happy di samping Syafizi.


Ehsan: TAUHUSUMBAT

Mantap