Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 21 Mac 2012

Aku Tak Boleh Ditegur!!!


DALAM melewati usia remaja dan kini semakin menuju ke usia dewasa, banyak pengalaman yang sudah ditimba. Bila banyak cakap-cakap macam tu dan macam ni, asalnya aku hanya ingin mendiamkan diri. Tapi, kekadang, mendiam diri seolah membenarkan segala tanggapan manusia yang punya hati yang busuk begini. Mungkin ini adalah balasan perbuatan aku sebelum ni kut yang aku tak perasan. Tapi aku terima semua itu dengan hati terbuka. If ada yang buat sesiapa terasa mohon maaf dipinta. Semenjak kejadian itu, aku dah nekad malas mahu ambil tahu tentang hal-hal 'cakap-cakap belakang' ni. So, jika korang ada kemusykilan pasal penerbit ke... penulis ke... silalah tanya pada tuan punya badan ya? Aku dah malas nak layan soalan-soalan macam tu. nanti ada juga yang bawa mulut sana dan sini. Niat baik untuk berkongsi informasi yang berguna. Tapi, sikap baik hati tu disalah ertikan pula. Mula jaja cerita sana dan sini.

Aku tak nafikan kekadang keceloparan mulut aku ni tak disengajakan boleh buat orang salah sangka. Sebelum ni, orang tanya aku jawab.Jawab jujur pula tu. Tapi kejujuran tu seolah diperkotak-katikan. So, semenjak kejadian itu memang aku dah malas nak percaya sesiapa kecuali orang-orang tertentu sahaja. Itu pun, tengok keadaan. Dan aku juga sudah buat sempadan, yang aku akan lebihkan hidup aku sebagai orang biasa berbanding hidup sebagai penulis. Aku menganggap bidang penulisan ni sebagai bidang kerjaya aku sahaja. Seperti orang kerja. Pergi pagi balik petang. Selepas waktu kerja enjoy dengan life sendiri. Tak adalah 24/7 dengan 'kelompok penulis' aje, sampaikan semua status kat FB aku nak kena ada ilmu untuk pembaca. 

Bagi aku, FB adalah untuk pembaca tahu perkembangan terbaru bidang penulisan (aku untuk pengemar kerjaya penulisan aku ajelah)... bukan tempat untuk timba ilmu. Aku tak pernah menganggap status-status kat FB aku tu adalah ilmu. FB aku tu hal untuk aku luahkan perasaan dan kongsi apa aku rasa. Kalau tak suka abaikan. Aku sikit pun tak kecil hati kalau ada yang tak stalker atau tak klik like. Sebab dalam FB aku tu bukan hanya semua dalam kelompok pembaca dan penulis sahaja. Ada juga kawan-kawan aku yang lain. Musuh aku. Kekadang ada juga status yang dibuat untuk mereka. Mahu melihat pandangan mereka (kawan2 aku). Tapi tetap jugak ada tak suka. Kalau tak suka, tegur baik-baik. Bukannya tegur dengan cara sinis yang melibatkan MARUAH dan AIB. Bila aku marah-marah kata aku tak boleh ditegur? Bangang tak???

Okeylah, aku bagi contoh:

Kalau korang tengah nak parking kereta. Tetiba tak perasan kereta tu termakan dua petak parking. Masa nak keluar dari kereta tu tetiba ada orang tegur:
TEGURAN [1]: "Woi mangkuk! Kau ingat parking ni bapak kau punya ke? Agak-agaklah nak parking sampai dua petak. Kau ni dapat lesen terbang ke? Dasar manusia dilakhnat Tuhan. Bangga sangatlah tu bawak kereta mewah sampai nak kena parking dua petak? Agak-agaklah weh!!!"

Korang agak kalau tetiba korang kena maki macam ni, korang hangin tak? Depan orang ramai pulak tu (kat wall facebook). Mestilah kita bengang kan? Sure kita akan balas balik makian tu. Bila dah balis balik, mulalah kata kita jenis manusia tak boleh tegurlah.... Cepat melentinglah kalau ditegur. So salah siapa kalau kita maki balik? Hello 'adik-adik' tu, ingat manusia ni semua ada kesabaran yang tinggi ke? Sedangkan ko pun tak sabar tetiba terus maki hamun. Siap nak menghukum tu kat makian dia kata manusia di lakhnat Tuhan. Kau tau ke senarai nama-nama manusia yang dilakhanat Tuhan. Confirm masuk syurga ke ko?

So, apa salahnya kalau tegur baik-baik macam ni.
TEGURAN [2]: "Maafkan saya andai teguran ini agak keterlaluan. Kereta Encik ni parking sengetlah. Kereta saya nak parking kat sebelah tak muat. Boleh tak Encik betulkan parking kereta Encik?"

Ha.... teguran macam nilah baru betul. Kalau dia bagi respond baik, makanya kes settle... dia akan betulkan parking kereta dia. Tapi kalau tetiba orang yang parkir kereta senget tu memaki balik. Jangan dilayan. Belah je... cari aje parking lain. Kalau korang balas balik. Maka kes tak akan selesai. Bila dah gaduh mulalah bawa mulut ke sana dan ke sini. Semua tu aku dah alami dan aku akui pernah melakukan perkara yang sama sebelum ni. Aku ditegur dengan agak sinis. Tapi aku tak membalas balik, aku mohon maaf pada yang tegur aku. Silapnya, aku pulak bercerita pasal orang yang tegur aku tu pada orang lain. Orang tu pulak duk sampaikan pada orang lain. Orang lain dan orang lain. So, dari situ aku dah belajar satu pelajaran yang kita tak boleh nak percaya dengan sesiapa di dalam hidup ini. Terutama manusia yang tiba-tiba baik dengan kita.

So, situasi yang aku alami adalah, situasi TEGURAN [1] tu. Pastu bila aku naik angin kata aku tak boleh nak ditegur. Hanjs tak?? Siap kata aku 'ny*h' tak lakulah. Bangga jadi manusia di lakhnat Tuhan lah. Nak cari perhatian sebab dah tak laku itew? Tak laku apa??? Ko ingat aku menjaja diri macam ko kah??? Biasalah adik-adik baru nak naik. Baru dipuja sikit dah belagak diva macam pernah pakai crown Miss Universe jek. Mungkin yang menjaja diri tu ko lah kut sebab boleh tahu aku ni tak laku bagai... ko kan laris *katernyer.... (laris ke???) hahahaa...

Cukuplah, buat masa ni aku nak percaya dgn adik-adik sekarang ni. Kalau kau baik sangat, buatlah status FB tu penuh dgn ilmu ok? Ko kan penulis jugak. Tapi aku tengok banyak gak status sampah kat FB ko... hahaha... Aku pun asalnya tak tahu pasal teguran yang berbentuk satu hinaan tu. Nasib baik ada yang copy paste kat inbox. Tapi aku tak kisahlah dia nak kutuk aku macam tu sekali. Walaupun tak mention nama, tapi ada juga di kalangan yang stalker status dia tu kenal pemilik manusia yang ditegur dengan hinaan tu. Baik sangatkah kau??? Siapa manusia yang dimaksudkan tu, biarlah aku aje yang tahu.

Walaupun dimaklumkan ramai yang mengata aku di belakang-belakang, ingat aku tak tahu ke yang mengata aku tu dikalangan penulis jugak. Duk bawa mulut kat group penulis itu, penulisan ini di FB. Ramai yang invite aku join group penulis ni. Aku tak leave... aku still follow. Tapi aku mintak maaf sebab tak dapat nak active dalam group2 macam tu. Bukan sombong atau apa. Cuma kebanyakkan di antara kat dalam tu lebih banyak khabar angin dari yang benar. Lebih banyak borak kosong dari yang berilmu bak kata seseorang tu yang penulis ni statusnya adalah ilmu kat FB hahaha....status ko tu ilmulah sangat... aku bukan jenis nak membodek sana dan membodek sini. Aku percaya pada Rezeki Allah... dan aku ada cara aku sendiri dalam bidang ni...

Sebenarnya aku bukan tak boleh terima teguran. Boleh, teguran yang baik dan pertanyaan yang elok, pasti aku akan terima. Kalau aku salah aku minta maaf. Aku betul pun aku minta maaf. Akan aku perjelaskan dengan sejelas-jelasnya kalau ada kemusykilan. Cuma kalau nak tegur tu buatlah cara baik. Bukannya sampai melniatkan maruah, penghinaan dan membuka aib... walaupun tak mention nama, tetap juga terasa kan? Pada berkenaan, mohon maaf kalau terasa dengan posting ni.

Okeylah... panjang berjela aku membebel. Bukan ada yang baca pun. Hahaha... tapi tak apalah... blog aku, aku punya sukalah nak tulis apa pun. Tapi dalam bebelan aku ni pun tetap ada sedikit ilmu dan pengajaran yang mungkin korang boleh titipkan...

Sekian!

Mantap