Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 18 Mac 2012

Jalan-Jalan Cari Makan 2012: Iqbal & Shiha ~ Boring!


OKEH, sudah tiga minggu aku menonton JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM) musim terbaru untuk tahun 2012 ini. Nampaknya memang tak ada peningkatan untuk dua pengacara baharu ini. Dan aku merasakan dua pengacara ni cam... tak berapa nak pandai mengacara rancangan makan-makan seperti ini. Cara makan diaorang NAMPAK PLASTIK. Kamera tak pun buat slow motion. Tapi gaya makan mereka tetap buat ala-ala Slow Motion. Gigit makanannya sikit, tapi gaya dah macam tak muat mulut nak mengunyah...

Sudah tiga pengacara JJCM sebelum ni. So far pengacara kali ni agak bosan! Maria Tunku Sabri jugak the best... kita tengok dia makan memang buat kita berselera. Kekadang, kita makan nasi lauk telur goreng curah kicap manis pun jadi sedap bila tengok Maria Tunku Sabri mengacarakan JJCM sebelum ni. Tak caye? Cuba tengok video ni time korang lapar atau tengah makan Maggi curah air panas. garenti jadi sedap maggi tu sesedap makanan yang dicuba Maria Tunku Sabri tu.







Selepas Maria Tunku Sabri mengacara JJCM, tetiba di ganti dengan Serina Ridzuan! Walaupun awalnya Serina ni ada yang tak suka. Tapi, gaya makan dia yang begitu berselera sampaikan lipgloss di bibirnya tidak terkutik pun dek makanan-makanan yang dia sumbat dalam mulut, kita yang tengok tetap jadi lapar. Perubahan Serina pun bayak selepas mengacara JJCM. Badan semakin berisi dan dapat baby selepas itu. Tak caye? Cuba tengok Serina masa mengacara JJCM 2010 kat bawah ni...








Kan??? Selepas Serina pencen, Qi pulak menggantikan JJCM 2011 dan sedikit 2012. Masa awal-awal dulu Qi ni pun ada jugak yang mengutuk. Sebab dia makan masih malu-malu dan tak menyelerakan. Tapi... bila dia dapat komen yang agak teruk tu untuk episod ke-3 terus dia berubah karektor dengan gaya makan penuh berselera. Mulut comot dan berpeluh-peluh pun tak kisah. Tak macam pengacara baru ni. Makan takut mulut comot. Depan kamera je cover-cover, entah2 belakang camera tak ingat dunia melantak. Lama-kelamaan Qi diterima. Tak caye??? tgok video Qi masa mengacara JJCM....







So, korang dah tengok video-video di atas bagaimana pengacara JJCM sebelum ini mengacara JJCM penuh semangat dan penuh 'KELAPARAN'. Tapi JJCM yang baru ni aku rasa rating dia tak akan meningkatkan JJCM kot... semakin turun adalah. Sah-sah next season tukar pengacara lain macam Vanidah Imran masa mengacara  NONA... satu musim je dah kena tendang kerana menyebabkan rating NONA turun. So, aku harap JJCM 2012 ni cepat2lah habis.. masuk season baru nanti tukar pengacara. Dua pengacara ni harap muka je handsome dan chantek.. kekadang OVER CONFIDENT mengacara dah macam mengacara rancangan KANAK-KANAK pulak... Shiha tu pulak wajah wanita DEWASA... tapi riang ria hari raya dia dah macam mengacara kelab Disney Malaysia pulak... Sedih... yang Iqbal pun terlalu OVER EXCITED.. sampaikan nak over popular gitu... ada tu dia duk terkinja-kinja...

Kalau korang tak caye tengok pic kat bawah ni. Melalui gambar pun, kita dah dapat tengok yang dua manusia ni bukan jenis makan macam pengacara sebelum ni. Sopan-sopan gitu.. pastu tutup mata tu pun nampak sangat LAKONAN... pastu JJCM 2012 juga kurang babak Makan... Sebutan harga makanan dan nama makanan pun macam sebuatan untuk rancangan pendidikan... Tak banyak ulas pasal rasa makanan tu tapi banyak ulas pasa harga, cara makanan tu dibuat dan sibuk terjah dapur. So, kita pun tak dapat nak tahu lebih detail rasa makanan tu macam mana... Ni rancangan Jalan-Jalan Cari Makan ke... rancangan mengumpul pelbagai jenis makanan??? Cane??? Siapa nak jawab? Ko jawablah sendiri!!!

P/s: Kita bagi peluang untuk episode seterusnya... manalah tahu Iqbal dan Shiha boleh mengubah cara pengacaraan mereka.. hope mereka boleh buat yang lebih baik lagi!



Mantap