Headlines
Published On:Sabtu, 24 Mac 2012
Posted by RUDI ZONE

Masalah Kelemumur dan Cara Atasinya

Jumlah Pelawat Posting ini:






OMG!!!! You all pernah tak mengalami masalah ini atau melihat rakan, ahli keluarga, jiran tetangga mengalami masalah ini. Pasti ada di antara you all yang tak mengalami masalah ini akan berasa geli dan menjijikan walaupun kelemumur ni asalnya di kepala dan bukan di kawasan-kawasan yang menanjiskan...*Kelemumur tahu geli... ada tu sanggup 'meratah tempat' yang sememangnya najis tak geli pulak?[iklan jap] hahaha... ops*

Sejujurnya aku pun memang mengalami masalah ni sejak aku dibangku sekolah menengah lagi. Kalau tak silap aku form 3 mula dah kulit kepala berkeladak. Pakailah syampoo apa pun, lepas syampoo aje hilang gegatal tu, tapi kelemumur tu tak hilang. Pernah sekali tu, aku siap sikat dan tadah kelemumur aku kat atas kertas hitam. Punyalah banyak. Adalah dalam satu sudu kecil macam tu. Gatalnya pulak hanya Tuhan aje tahu.

Aku hanya mengatasi masalah kelemumur ni dengan syampu anti-kelemumur yang aku rasa macam tak ada kesan. Dah syampu pun, tetap ada lagi. Disebabkan kelemumur nilah kekadang self confident kita akan turun mendadak. Lagi-lagi nak pakai baju yang gelap, seperti hitam. Kalau time musim gugur, memang boleh nampaklah seketul-seketul kat bahu tu. Kita pun nak cover line kekonon garu bahu, wal hal nak buang kelemumur yang mengalami musim luruh.

Lagi-lagi kalau member tegur; "Banyaknya kelemumur kau..." ~ siap tolong bersihkan lagi kelemumur kat baju kita. Lagilah paiseh... rasa macam nak benam muka kat lantai berjubin batu mar-mar sampai terbenam walaupun benda tu berlaku bukan silap kita. Semuanya berlaku sebab kita mengalami masalah kulit kepala kerana sistem imunsasi tubuh kita terlalu lemah di kawasan seperti kulit kepala. Kekadang, kat bulu kening pun boleh timbul kelemumur. Sebab kelemumur ni adalah sejenis kulit. Wah!!! Aku terasa macam diri aku dah bekulat... sedih kan????

Kekadang aku rasa macam nak botakkan kepala,lepas tu kikis kelemumur tu. Tapi, nanti buruk pulak muka aku bila botak. Kekadang, gatalnya tu sampai terluka kulit kepala sebab mengaru dengan kuku panjang. Ada tu sanggup mengaru dengan menggunakan sikat. Gara-gara nak rasa syoknya mengaru kepala yang kegatalan *Bukan kemiangan ya?*.

Kelemumur ni sebenarnya tidak berlaku pada semua orang. Sesetengah orang aje. Ia berlaku bila seseorang itu mengalami pertukaran kulit kepala baru dua kali lebih pantas dari yang sepatutnya. Jangka masa normal untuk kulit kepala bertukar kulit baru adalah 28 hari. Tapi untuk sesetengah orang, dia hanya memerlukan 11 hari sahaja untuk kulit kepalanya bertukar baru.So, belum sempat kulit yang lama mengelupas habis, kulit yang baru tu pulak mengelupas lagi. Tu yang terjadinya kelemumur.

Punca lain pula adalah kerana pertumbuhan kulat jenis Pitirosporum Ovale yang biasa terdapat pada kulit dan kulit kepala. Penghasilan sebum (minyak semula jadi) yang terlalu berlebihan juga punca utama kulat ni semakin aktif untuk tumbuh. Nasib baik kulat tu kecil. Kalau dia macam cendawan atau lumut? Aku tak tak dapat nak bayangkan kalau kepala bercendawa butang, dah macam alien dah aku rasa. Silap2 ada yang ternak buat sup cendawa, *matiler*. Sebab lain adalah disebabkan perubahan horman selepas mancapai usia akil baligh dan kulit kepala yang terlalu berminyak.

Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:-
  • Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
  • Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
  • Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
  • Pengeluaran minyak yang berlebihan
  • Perubahan hormon
  • Tekanan perasaan
  • Daya imuniti yang rendah

Antara contoh -contoh syampu anti kelemumur dan fungsinya utamanya ialah:-
  • Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur
  • Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel
  • Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur
  • Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat
  • Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat
Tapi, aku dah guna dah semua jenis syampoo anti kelemumur yang ada benda2 kat atas tu. Lepas cuci je rasa cam dah tak gatal. Hari kedua gatal dah. Pastu, kerak kat kepala yang macam OAT tu, tak hilang pun walaupun lepas cucian. So, kalau ada janji syampoo yang boleh hilangkan kelemumur selepas cucian pertama, janganlah nak caye. Nipu je semua tu. Aku dah mengalaminya sendiri.

So, baru-baru ni aku dah jumpa produk yang memang berkesan dan menjimatkan. Bukan yang macam sebelum ni. Aku guna produk LOREAL, Syampu dia 125ml = RM60, dia punya conditioner = RM60 campur dua = RM120. Kegunaan untuk 2 bulan. Tapi aku guna punyalah jimat tahankan sampai 4 bulan hahaha... Mahal okeh! Memang berkesanlah... sebab mahal.

Tapi baru-baru ni aku ada cuba produk baru yang sedikit mudah. Harganya dalam RM16 - RM25 ikut kuantitilah. Yang aku guna 75ml = RM18. Rasanya produk ni hanya ada di farmasi aje. Kat kedai memang sukar nak nampak. Produk itu adalah seperti di bawah;


Memang berkesan okeh... kalau ikutkan penjual ubat kat parmasi tu. Cara pakainya dengan menyapu syampu ni pada kulit kepala dan biarkan 3 minit baru bilas. Giler!!! Ingat kulit kepala aku ni cuma 7 cm persegi aje ke??? Mahunya satu botol pun tak cukup. So, aku buat cara aku sendiri dan ternyata ianya berkesan. Tapi makan masa sedikitlah untuk melihat keberkesanannya.

Cara aku guna produk ini adalah dengan mencapur beberapa titis syampu ni dengan syampo anti kelemumur kita yang sedia ada. Memang berkesan. Dua minggu pertama kena syampoo setiap harilah. Sehari sekali. Kalau boleh masa mandi malam. Kalau nak syampu mandi waktu pagi pun boleh jugak. Ikut keselesaan koranglah. Campur beberapa titik syampu Selsun ni dengan syampu sedia ada korang. Gaul2 baru syampu kepala. Buihkan. Tujuan kita campur syampoo sedia ada tu sebenarnya nak tambah buih aje. Kalau nak harapkan syampu Selsun yang sikit ni nak berbuih, mahunya sebetol tahan 3 hari je. Kalau korang rambut panjang, tambahlah kuaniti syampu sedia ada untuk membuihkannya. Kuantiti Selsun ni tetap sama iaitu 2 - 4 titik. Buahkan pada rambut (Selsun + syampu sedia ada anda) dan lumurkan sehingga terkena kulit kepala. Urut kulit kepala selama 3 minit atau lebih barulah bilas... Bilas bersih-bersih okey? Paling cepatpun seminit membilas. Seeloknya 2 minit. InsyaAllah dalam masa seminggu atau 10 hari kelemumur akan berkurangan.

Bila anda menyakini kelemumur dah tak ada dan tak rasa gatal-gatal lagi kat kepala, kurangkanlah menyampoo rambut untuk jimat. Dua hari sekali. Jangan mengengada seminggu 2-3 kali syampu. 2 hari tak syampu pun dah busuk kepala. So, disarankan syampu dengan cara yg aku bagi tahu tadi dua kali sehari untuk mengelakkan kelemumur kembali lagi. Inilah cara yang aku anggap jimat. Selsun ni 75 ml kalau kita guna serata tak lebih 3 titik setiap kali penggunaan. InsyaAllah boleh tak 2-4 bulan. Cuma kena beli syampu harian kitalah. Kalau boleh syampo sedia ada tu pun anti kelemumur. Kesannya leboh power. Syukur sehingga kini aku guna, tak ada kesan sampingan lagi.

Kalau nak lebih advance, bolehlah telan pil supplement lain khas untuk kulit, kuku dan rambut. Pun ada jual di farmasi. Khas untuk lelaki, boleh ambil pil ini;


Pil ni untuk lelaki katenyer... tak sure wanita boleh makan ke tak. So, sila rujuk doktor okey? Kepada kaum lelaki yang nak cuba pil ni, boleh baca keterangan di atas. Aku pun makan pil ni. Kesannya tak taulah sebab aku tak check. Tapi agak mahallah, harga dia sebotol RM20 - RM25. Kalau ada budjet lebih leh makan. Sebotol tahan dalam 20 hari je sebab sehari kena makan 3 kali. Aku beli pun sebab termakan hasutan penjual kat farmasi tu. Habis makan pil ni aku stop kut hehehe...

So, aku harap informasi dan tips yg aku berikan ni dapat membantu anda yang mengalami masalah kelemumur seperti aku. Selamat mencuba!

Perhatian

Posted by RUDI ZONE on 9:38 PTG. Filed under , . RUDI ZONE tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial atau blog ini di bawah Akta 114A Keterangan 2012. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

By RUDI ZONE on 9:38 PTG. Filed under ,




Topics :

Change Background

Laman blog ini sesuai dilayari dengan paparan terbaik Mozila Firefox versi terkini dengan resolusi skrin 1280 X 1024.

Lain-Lain


DIARI

ARTIKAL

E-NOVEL

RESIPI

NOVEL PILIHAN

SHARING

HIBURAN

INFO

Popular Posts

Statistic:
Segala kandungan di dalam blog ini dilindungi oleh:
DMCA.com DMCA.com