Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 30 Mac 2012

Ulasan Filem: 7 Petala Cinta



OKEY, walaupun ramai yang bagi feedback tentang filem ni kureng memuaskan. Jalan cerita lembab dan agak suam-suam kuku sambutannya. Bila dah ada orang upload, aku tetap gegeh download nak tengok. Apa yang aku rasa sebelum tengok filem ni, aku menganggap filem ni pastinya ala-ala filem Indonesaia 'Ayat-Ayat Cinta'. So, aku pun dengan perasaan teruja terus menonton...

7 minit pertama aku tengok, tetiba dah masuk plot sedih. Adeh... Bila Hamka (lakonan Fizo Omar) mati di Yaman masa nak sambung study akibat terkena bom. Diketika itu sistem pertahanan Yaman tak kukuh untuk membentras peperangan. Lebih kurang macam tulah.... So, ada babak sedih si tunang Hamka ni duk menangis-nangis kat Jeti menangis menanti perkhabran Hamka. tapi sepi sampaikan setahun. Awalnya memang menarik sebab kita tengok cara pertunangan mereka ala-ala kat sekolah pondok dan penuh dengan ISLAMIKnya.. tapi bila tengok babak tunang si Hamka tu duk menangis meratap kat jeti, aku tertanya.. Aik! Takkan sampai macam tu sekali meratapnya... kata dilahirkan dalam keluarga yang penuh dengan didiknya agama? Boleh ke dalam Islam meratap menangis cam tu? Tak apa aku terus thinking positif dan teruskan tontonan aku.
Walaupun watak Hamka memanggil tunangannya Cinta dan tunangannya memanggilnya Rindu, aku tetap tak rasa suasana romantis tu. Cane tu??? Terpaksa feeling-feeling jap dengan watak utama, baru boleh rasa romantis.. ops!

14 minit kemudian, baru masuk lorong cerita hero yang sebenar... mampos2 aku ingat Fizo Omar tu watak utama. Rupa-rupanya, watak dia7 minit pertama tu jelah... dah mati kena boom. Kesian sgt... Maka bermula kisah pasal hero utama dia kalau tak silap namanya Atta kut... Atta ni dulunya penjenayah. lari dari polis tetiba termasuk masjid kat kawasan sekolah pondok tu. terus menuntut kat sekolah tu.. Tapi ada babak Abi (ustaz utama kat sekolah pondok ni) menipu pihak polis demi selamatkan Atta yang sembunyi kat masjid tu. Tipu sunat tak apa kut... Dan mungkin, dia tak perasan Atta masuk masjid tu, bila polis dah pergi, baru Atta keluar dari tempat persembunyianya, dia terus tahu itu penjenayah yang sedang dijejaki... *Aku confuse dikit kat plot tu.... Terus tonton...*
Masa kat babak Atta *tetiba* menyesal bila ustaz tu memberi kata-kata kesedaran kepadanya, macam babak tu nak cepat. Atta terus nangis-nangis menyesal. Kalau pengarah buat Atta ala-ala egois dan sombong nak bertubat, mungkin cerita ni lebih menarik. Atau mungkin, pelakon yang pegang watak Atta tu tak dapat nak menjiwai watak Atta dengan jayanya. Sangat slow motion...

Tapi aku tengok 30 minit je aku dah tahu, mesti cerita ni mengisahkan Atta  ni kena rebut dengan dua gadis.. satu adik si Hamka. Dan seorang lagi ex-tunangan Hamka, Saida. So, demi nak membuktikan tebakkan aku ni, maka aku pun meneruskan tontonan aku. Adik si Hamka ni punyalah gegeh uols hanta makanan kat asrama si Atta ni. Siap diselitkan surat cinta lagik. Tapi Attar yang admire ni sangka Saida yang bagi. Kat situ aku dah dapat agak jalan cerita filem ni walaupun baru 30minit. Untuk membuktikannya aku banyak forward... wah!!! Kejikan aku??? Tak dinafikan banyak kata-kata pengajaran, dalil, hadith dan riwayat diselitkan di setiap dialog yang dibacarakan. Walaupun klise... aku pun tengoklah demi tak hampakan harapan pengarah... wah!!! Walhal free2 je aku download wakakaka....
Tak dinafikan memang banyak pengajaran dalam cerita ni. Tapi, jalan ceritanya yang str8 tanpa ada emosi dan babak yang extreme.... Tapi tulah... aku merasakan cerita ni macam ciplak sikit filem 'Ayat-Ayat Cinta'. terutama masa Attar nak dijodohkan dengan Saida, bapak dia suruh Saida buka niqabnya. SEBIJIK MACAM AYAT-AYAT cinta masa Fahri nak dijodohkan dengan Aishah. So, aku pun forwardlah kasi laju sikit,.Hilma adik Hamka yang memang dah edmire gila-gila dengan Attar ni pulak duk feeling-feeling sedih gitu dah macam dalam sekolah pondok tu tak lelaki lain. Cane tuh??? kelas keh...*Syok sendiri katernyer...*

Plot bertambah menarik bila Attar tertinggal kain serban yang diberi Abinya dalam van Fahmi yang selalu hantar pergi dalam balik pekan dari sekolah pondok ke pekan. Kain serban tu telah diambil oleh seorang pelacur dan dia nak mintak balik dengan pelacur tu. Pelacur ni nama dia Nida kalau tak silap. Nida ni mangsa kegagalan rumah tangga. Suami dia jual dia kat 'bapak ayam' untuk selesaikan hutang. Selepas cerita sedih-sedih tu dia bagi gaklah kain serban Attar ni. So, disebabkan kekesalan Attar telah membawa Nida ni ke sekolah pondok untuk berubah... tetiba Atta ni boleh pulak termimpi-mimpikan Nida ni... apakah???

Rupanya Nida ni sebenarnya watak macam... utusan Tuhan untuk menguji tahap keimanan dan nafsu Atta yang bergelora gitu. Mungkin dah dekat setahun duk kat rumah pondok tu. Sekali kena sentuhan perempuan terus terkulai dalam dakapan lara gitu... terus nak berasmaradana.. asmaradana... *sambil menari tarian asmaradana.. siap terbang-terbang lagik ::iklan::* tetiba Abinya yang menangkap sendiri mereka berdua sedang bercumbuan di atas katil di dalam bilik Nida... yelah.. budak Atta ni pun baru setahun berubah dan duk kat sekolah pondok tu. Iman tak berapa nak kuat kut. Sampaikan termimpi-mimpi Nida lagi... dia tergoda dengan Nida ni masa dalam perjalanan nak ke surau nak solat subuh kut. Tetiba ternampak bilik Nida berasap-asap. Ingat nak tolong tetiba terjebak dalam dakapan Nida ni.. kelas ko Nida... Hancur hati Saida si tunangan Atta ni... bila tego tungangannya sendiri bersekedudukan dengan wanita lain... plot cerita ni sebijik cam drama ANTARA GARISAN dan TAHAJJUD CINTA. Pengarah main tempek2 idea dari pelbagai drama kut... Cuma tak direjam ajelah mereka berdua. Wahh... kalau direjam pasti sebijik macam drama TAHAJJUD CINTA. Nampaknya hukuman di sekolah pondok ni tak sekuat mana. Sebab tak direjam. Maka Atta pun dihalau secara tidak terhomat dari sekolah pondok tu.

Cuma kata-kata Saida dalam satu plot ni berbunyi seperti ini; "Orang busuk macam awak, pakai wangi macam mana pun tetap bau macam bangkai." ~ macam tak kena pulak dengan jalan cerita. Senang aje menghukum orang. Macam dia tak pernah buat salah. Tapi tak apalah... mungkin dia sudah mulia di mata tuhan sehingga selayaknya mengatakan sedemikian. Aku meneruskan tontonan. Walaupun babak tu sedih.. aku tak sedih langsung.. tak sampai ke jiwa....aku tengok pun sebab nak tahu apa yang berlaku sampai habis... aku forward banyak masa tengok filem ni. Aku tak nafikan. Jujur aku mengaku.. wahhh... betapa tak kebestsannya kan??

Tapi  sebenarnya bukan Atta ni nak bersekedudukan dengan Nida ni. Atta dah menolak. Siap tampar muka Nida lagi. Tapi disebabkan rasa bersalah kerna telah mengasari wanita, dia mahu minta maaf, Nida pulak peluk dia. Masa tulah Abi dia dengan beberapa orang yang lain serbu bilik tu. Cuma dia tak cerita hal yang sebenar sebab manusia-manusia di sekolah pondok tu tak percaya dan tak nak mendengarkan pejelasan dia. Terus aje jatuhkan hukuman. So, kat situ macam ada pincang sikit. Akhirnya Nida yang rasa bersalah tu telah menceritakann segalanya kepada Abi.

Selepas keluar dari sekolah pondok tu, Atta diburu oleh ketua penjenayah yang sebelum ni bekerja dengan dia. Masa Atta melarikan diri dulu, ada dadah pada dia yang bernilai 2 juta ringgit. Tapi dadah tu dah dibuang sebab Atta ni dah 'cuci tangan' katanya. tapi kalau kaki masih kotor sama ajekan? baik cakap.. aku dah 'mandi'. Kan ke bersih satu badan... mandi segala hadas lagi... wahhh.. aku pulak yang over ni apa hal??? Bila ketua dia dulu jumpa dia lagi, maka berlakulah pergaduhan. Sampai dia tak sedarkan diri. Sedar-sedar dia dah kembali ke sekolah pondok tu.

Bila Hatta ni dah nak kahwin dengan Saida, dan Saida pun dah maafkan Atta ni, tetiba Atta bagi surat cinta yang diterimanya bersama makanan dulu kepada Saida. Saida terkejut kerana dia tak pernah bagi apa-apa surat pada Atta sebelum ni. Dari plot tu maka terbongkarlah rahasia di sebalik surat dan makanan yang selalu sampai di hadapan pintu asrama Atta dan rakan-rakannya.

Ada sedihnya jugak cerita ni bila sampai pada hari pernikahan Atta dan Saida, tetiba lampu black out... sekejap je dalam 10 saat macam tu. Tetiba bila dah ada karen balik, Hamka yang disangka mati di Yaman dan mayatnya tidak ditemui *Aku baru tahu jenzahnya tak ditemui... keji tak?* muncul balik. Masa tu semua terkejut. *Kalau aku dah lari dah sebab hantu datang majlis pernikahan.. mesti ada yang nak santau aku wakakakak*. Plot ni  MIRIP MACAM DRAMA NUR KASIH!!!!! Copy paste lagik jalan cerita. Macam-macam drama dah enter frame. Lepas ni drama apa pulak enter frame??? Sembilu Kasih plak ke??? Wahhh....
Pastu dengan mudah Atta ni nak passing si Saida ni kat Hamka yang tetiba muncul entah dari mana.  Tapi Hamka tak terima... maka Atta dan Saida bersatu.. pastu.. HABIS!!! Frust!!! Punyalah banyak cerita dari mula sampai habis. Motif akhirnya cuma pasal perempuan. Apa-apa pun walaupun banyak copy paste dari drama yang terdahulu. Tetap ada motif dan pengajaran yang boleh dipelajari. Kalau nak tahu kenalah tengok sendiri... apa-apa pun AYAT-AYAT CINTA lebih syok dan sedih hehehe..persoalan yang bermain dikepala aku sekarang ni, apa jadi pada Hilma? Nida? Dan.. ketua penjenayah tu?

Dari 5 bintang aku kasi 1.5 bintang sahaja. Sekian...

Mood semasa menontong filem ni: Tak sabar-bak nak habis sampaikan aku forward banyak kali. Hehehe...


Mantap