Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 8 Mac 2012

Ulasan Filem: ADNAN SEMPIT 2



AKHIRNYA keluar jugak movie ni versi download wal hal sejak 23 Februari lepas filem ni dah meletop-letop di panggung... aku baru nak tengok. Hahaha.. lebih dua minggu di pawagam dah boleh aku sedut kat MediaFire hosting.. laju dan jimat tak? Formt AVI. Walaupun tak berapa nak clear dan nampak rakaman TV dari Astro First, ada aku kesah? Cuma keseronokan tengok bersama teman-teman di dalam panggung tu tak adalah. Just dapat tengok depan skrin LCD aku ni je dengan sistem sound yang very the simple. Tapi tak kisahlah... janji aku faham cerita...

Tak dinafikan drama komedi ni memang mencuit hati dengan lawak selamba dari pelakon utamanya iaitu, Shazi Sam (maaf kalau salah eja). Cuma gelaran yang digunakan Shazi Sam dan Intan Lydiana dalam cerita ni agak mengeletis dan jijik aku mendengarnya. Mereka mendengarkan diri masing-masing 'Papa' dan 'Mama'. O.M.G!!! What the &^%$$#.... aku yang tengok aksi gedik Intan Lydiana jadi meluat. Sebab dalam Adnan Sempit 1 watak dia agak tegas dan dewasa. Tetiba masuk season 2 jadi minah gedik mengeletis merembes gitu... naik meluat pun ada gak tengok... [Fakta: Shazi Sam dah berisi dalam cerita ni. Rambut pun dah tak selurus season 1. Seluar dia very te ketat... seksi you all!]

By teh way watak Angah RL macam buat 'ada-ada' aje dalam filem ni. Dia tak ada pun tak apa... sebab watak dia tak berapa nak penting pun... tak melawakan jugak. Sepanjang tengok filem ni aku terus tak boleh hadap personaliti Intan Lydiana yang berubah totally 100% dari season 1... gedik giler dia dalam seasons 2 ni. Biasanya orang akan tambah dewasa dan matang. Watak dia lain pulak.. terbalik.. cane??? Kalau ada season 3... aku rasa watak dia akan jadi semakin sengal.. jadi dak sewel pulak... wahhhh!

PENGSAN!!! Bila muncul watak 'akak-akak' menjerit dengan suara kepitnya (rupanya dia ni watak jahat yang berlakon lembut nakkan si Nadia ni). Hampir rebah aku bila tengok watak 'akak-akak ni' dengan rambut lurus menegak terkinja-kinja... okeylah sesuai dengan watak cuma... muka... hemmm... boleh hilang nafsu makan aku hahaha...

Jalan cerita banyak menggunakan bahasa english rojak sebagai dialog komedi... kelakar gaklah dialog english yang diMelayukan sesuka hati oleh watak Adnan dan Boby tu... Babak bila Boboy berlawan 'lipat' dengan seorang gadis (tunjukan skill mengemudi motosikal) bagi aku sekadar nak bestkan cerita dan nak relatedkan  'rempit' dengan cerita ni sebab Adnan dalam cerita ni dah tak terlibat sgt dengan mat-mat moto ni... sibuk nak jadi lelaki korporat dalam masa 30 hari atas syarat bapa Intan Lydiana (dalam cerita ni) untuk berkahwin dengan anaknya.

Ada satu babak tu, bila Adnan nak turun dari tangga shopping mall, motor dia jatuh sehingga mengakibatkan ekzoz motor tu tercabut... tukar shoot tetiba motosikal tu chantek je... karton kan??? Sangat Dragon Ball...

Aku gelak sampai menitiskan air mata masa kat babak Adnan datang rumah Nadia nak makan makanan masakan Nadia belajar dari mak dia... Adnan ludah balik sebab tak sedap langsung. Dah semua yang makan ludah balik. Rupa-rupanya mak Nadia pun tak pandai masak... ibarat ketam mengajar anak jalan lurus... serius.. kelakar sgt kat babak ni... hehehe...

Ada babak tu Adnan tubuh janggut terlalu kejap. Macam pelik sangat.. Pakai minyak bone ke apa Adnan ni??? cepat aje tumbuh bebulu di muka tu. hihihii...Mungkin ramai yang tak perasan kesilapan taknikal seperti ini. Tapi aku perasan. Maybe ramai yang pentingkan jalan cerita kut berbanding kelogikan props dan kostum pelakon.

Bersesuaian dengan tagline cerita ni 'Di mana ada kemahauan, di situ ada highway...' ~ filem ni memupuk sikap berusaha. Berusha tangga kejayaan. Memaparkan kesungguhan Adnan dan Nadia untuk memenuhi syarat ibu bapa Nadia. Kesian jugak dengan watak Wawa... watak dia buat 'ada-ada' je dalam cerita ni jika nak dibandingkan dengan watak Angah RL yang lebih banyak memainkan peranan dalam season kali ni...

Selain tu filem ni mengajar kita agar menghindari fitnah dan memberi kesedaran yang syarat manusia belum tentu memberi kebahagiaan dalam hidup. Dari lima bintang aku kasi 4.5 bintang...

Mood semasa menonton: Happy sambil online facebook... siap boleh pause jap edit pic kat Adobe Photoshop CS3 hahahaha....





Mantap