Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 6 Mac 2012

Ulasan Filem: Hot boy nổi loạn


AMARAN KERAS: 
FILEM INI MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR LUCAH (PORNOGRAFI YANG TERLAMPAU) DARI SEGI PENCERITAAN DAN VIDEO. MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR HOMOSEKSUAL. HANYA UNTUK TONTONAN 18 TAHUN DAN KE ATAS DAN MEREKA YANG 'OPNE MINDED' SAHAJA. PENGAWASAN UNTUK REMAJA DI BAWAH USIA 18 TAHUN OLEH IBU/BAPA/PENJAGA ADALAH DIPERLUKAN UNTUK MENONTON FILEM INI. PENULIS HANYA INGIN MENGULAS APA YANG BAIK DI SEBALIK FILEM INI. HARAP MAKLUM.

PERLU KE AMARAN KERAS DI ATAS??? perlu okeh, aku takut ada yang gegeh download video ni dan search kat youtube.. terkejut berok lepas tengok minit-minit pertama filem ni. Sebab... 10 minit awal pun dah ada unsur pornografi. Aku tak nak kongsi link download pada sesiapa. Apa yang pasti aku dapat video ni dari Youtube... yang di suggest oleh seorang teman. Awal tonton memang agak LUCAH sebab belum apa-apa dah ketara kisah GAY nyer... tapi bila masuk 20 minit seterusnya mulat tersirat unsur yang bermotif dalam filem ni makanya aku terus menonton sehingga minit-minit terakhir. Kepada yang cepat terangsang dengan jenis pornografi cam ni, harap kuatkan iman keh... mungkin pada kaum Hawa, akan geli melihat filem ini sebab ada adegan lelaki-dan lelaki tanpa baju sedang berpelukkan dan bercumbuan... sebab tu aku selitkan dalam amaran keras di atas hanya yang open minded je boleh tengok filem ni. Supaya tak mudah terpengaruh... kepada 'adik-adik', 'akak-akak', 'abang-abang' dan 'cik gayah-cik gayah'sekalian. Harap dapa tahan napsu kalian keh??? :P

Filem ni kalau tak silap filem Vietnam kut.. tapi bila dengar gaya bahasa dia macam Thailand... mak confuse jap *Sambil letak tangan kat dahi* ~ nasib baik ada subtitle... tak adalah aku mengagau nak fahamkan cerita ni... awal plot kisah seorang budak lelaki ni yang lari dari rumah kut... ke bandar yang dianggap kalau g bandar ni macam syurga. Tapi nasib dia tak baik. Masa tengah gegeh mencari rumah sewa tu, dia datangi lelaki macho *badan ketak-ketak pakai boxer biru berjongging* bertanyakan tentang dia. Lelaki tu dengan baik hati telah menawarkan dak lelaki ni tuk sewa bilik dengan dia... dengan harga 700K bhat. Tapi tak sangka, dia kena tipu... masa dah sampai rumah dia tengah mandi *naked! tp nampak punggung je... ha... pasti dah ada yang over feeling tu* dia dirompak oleh dua lelaki gay yang kekonon baik hati tadi dan dia ditinggalkan di rumah yang sewanya dah berbulan tak bayar. Maka tinggalah dia sehelai sepinggang kat bandar tu. Terpaksa buat kerja-kerja kuli batak nak hidup sampailah dia di timpa kemalangan. Jatuh dari bumbung you all... patah kaki terus... merempatlah dia dia tepi jalan. Keji kan... tetiba salah seorang gay tadi muncul balik datang membantu lelaki ni... maka mereka duk serumah... tetiba mereka telah bersama *asmaradana songsang. babak sedang asmaradana tidka dipaparkan, harap maklum. Jangan nak simpan harapan keh!*. Gay jugak rupanya dak ni... sedih....*wal hal dalam hati berbunga2 riang hahaha* ~ mereka hidup berdua dah macam suami isteri walaupun dua-dua lelaki *pengsan! tapi kepada yang leh feeling perasaan mereka pasti akan merasakan keakraban mereka ni... so sweet*.... matiler kena carut aku nanti ni hahahaa.... romantik yang sorang tu jaga yang dak lelaki yang patah kaki ni. Tolong mandikan, cuci luka, bercuti bersama... romantika de amour lah *tapi pada yang tak berkenaan sila sediakan plastik hitam untuk tadah muntah hijau kalian ok?* kejis....


Ingat... filem ni bukan tuk seronok-seronok je tengaok jantan jambu jadi money boy dan wanita chantik jadi pelacur. Ada yang menyentuh hati pada babak si lelaki dungu yang dikatakan gila. Disebabkan seorang wanita yang meniaga telur rebus mengatakan yang telur yang direbus tu akan jadi itik, gegehlah lelaki dungu ni mengeram...*mampooo??? Dia mengeram okey??? Bukan mengandung... mak pun tak mampu nok! Eram telur jadi tembelang je... cane??? Siapa nak jawab???* mula aku tengok agak sengal gak lelaki dungu ni. Siap kena kutuk dengan manusia sekelilingnya akan akibat perangai sengalnya tu. Tapi, siapa sangka, kegegehan dia mengeram telur itik tu, akhirnya membuahkan hasil. Telur tu menetas anak itik!!! *Bukan anak ayam atau anak ikan keh!!!* korang mampuu...??? maka dia belalah itik tu macam anak sendiri... menitis air mataku masa tengok babak tu. Kegembiraannya macam baru dapat cahaya mata sulung *sejak bila aku boleh beranak???*. Sangat touching keh....*Korang yang lahir2 ada telur tu sepanjang hidup mengeram telur tu, menetas ke??? Ops terlucah plak!!* mampos aku kena carut lagi ... jangan ada hang banned aku nyer blog dah lah... babak lelaki dungu ni benar2 menyentuh perasaan. Di mana, memberi kita kesedaran, yang kejayaan tidak pernah datang bergolek *Hantu bungksu je yang  akan datang bergolek menuju ke arah korang*. Di sebalik keperitan, pasti akan ada kemanisan di hujungnya. Percayalah... Air mata akau menitis lagi bila itik tu tetiba terjumpa seekor ibu itik bersama anak-anaknya. Anak itik itu  berlarilah nak dapatkan ibu itik tu *nak menumpang kasih kekonon* tapi lelaki dungu ni menghalangnya. Bila lelaki dungu ni tengok anak itik ni duk menjerit-jerit nak ikut ibu itik tadi. Akhirnya dia lepaskan jugak anak itik yang dia eram tu kepada ibu itik tu *konsep sinetronlah... anak angkat gitu*. Sedih sangat... lelaki dungu tu kembali kesunyian seperti sebelum ini. Air mata aku menitis lagi *tak habis-habis ke aku nangis ni??? adeh!* bila anak itik tu kembali lagi kepada dia... sedih sngt.... touching keh!!! *sambil hembus hingus kat tisu*. Babak lelaki dungu ni menjelaskan bahawa hubungan sayang antara manusia dengan binatang *itiklah okey.. bukan buaya... kalau buaya kena baham, sia2 hidup ko tak sempat tobat* dan hubungan antara binatang tetap boleh terjalin. Tengok, binatang pun tahu tuannya. Manusia? Ada yang sanggup buang mak bapak sebab dah kaya raya dan kahwin dengan menteri besar... kejii *siapakah??? Agak2 leh kena saman tak sebabkan statement aku ni? Matilerrr*

Selain tu, filem ni juga macam nak bagitahulah, yang semua manusia pun ada perasaan. Walaupun bercinta sesama jenis, rasa cemburu dan kesetiaan tu perlu ada *Feeling-feeling je kut* untuk mengukuhkan sesuatu hubungan tu. Jika difikirkan, jika kita setia pada seorang, risiko untuk kena jangkitan HIV dan penyakit kelamin adalah rendah *mampos aku nanti ada yang kata aku mendorong hubungan songsang ni*. Itu hanya pendapat aku sebab hala tujuan seseorang adalah hak milik setiap insan *wah!! lama tak dengar tag line tu... jenama kosmetik tu pun dah lebur sekarang ni agaknya*. Situasi dalam filem ni berbeza sebab mereka bukan beragama Islam. Kalau kita Islam, semuanya harus berteraskan iman dan hukum hakam agama kita sendiri okey? Aku hanya merungkai sikap baik yang ada di dalam filem ini sahaja. Sebab, aku hanya manusia biasa. HambaNya... aku tak layak nak mengkategorikan atau menghukum salah dan dosa sesiapa. Kerana aku juga punya neraca dosa aku sendiri...

Ada juga sedikit memupuk sikap pengorbanan bila diri tiada pilihan... salah satu yang kita inginkan tak boleh di miliki. Dalam situasi filem ni, si gayboy ni terpaksa bahagikan tubuhnya dengan kekasih hati *lelaki gak* dengan pelanggan-pelanggannya kerana dia seorang money boy *semua yang jadi money boy dalam cerita ni jambu keh muka memasing. mesti ada yang gegeh cari filem ni lepas ni kan nok?*. Perjalanan cerita memang lembab... aku rasa okey kut kalau tgok versi download... kalau tengok kat panggung sure dia ala2 macam filem Dua Alam dan 'Anu dalam ...'.

Dalam filem ni jugak banyak babak watak lelaki nangis. So, kepada penonton wanita/lelaki yang menganggap lelaki ni lemah bila nangis. Di nasihatkan janganlah tengok. Kang tak pasal-pasal ada yan bakar lappy kerana bengang pulak hehehe...selain itu ia juga mengajar kita yang segala pilihan yang ada di dalam hidup kita ni terletak pada diri kita sendiri. Terletak pada hati kita sendiri. Baik dan buruknya kita dapat fikir *yang waraslah.. mana yang gila tu baik apply masuk rumah sakit jiwa* dengan menggunakan akal. Mana jalan yang kita nak semua terlatak pada kita sendiri nak pilih. Jalan songsang, jalan lurus, jalan diredhai dan macam-macam jalan ada... semua anda yang mengemudi langkahnya. So, jangan nak salahkan sesiapa andai berlaku atau anda dapat balasan dari jalan yang anda pilih... hidup ni tak lama. Singkat... buatlah yang terbaik untuk diri kalian... ingatlah hubungan songsang ni tak akan ke mana. Bahagianya awal aje, hujung hanya merana yang bertandang dijiwa....*Pandai aku nasihat kan?? Kedebuk! Kena batang hidung sendiri. Adeh!!!*

Ada beberapa pengajaran lain juga dalam cerita ni di hujungnya. Nak tahu kenalah tengok hik hik... dari lima bintang aku kasi 3.986543 bintang... *wah!!! cane tu??? pepandailah korang nak bundarkan ikut titik perpuluhan yang korang suka hahaha*

Mood masa tengok cerita ni: Gelisah ala resah.... wah!!!


Mantap