Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 5 Mac 2012

Ulasanku: LAWAK KE DER?


SELEPAS beberpa hari, aku baru berkesempatan menoton rakaman Lawak Ke Der? Yang telah dipentaskan di Istana Budaya pada tarikh yang tertera ni. Bila tengok show ni teringat masa pergi Konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza Oktober 2009 yang lalu. Tapi masa tu duk seat ataslah... nak beli tiket seat bawah MAHAL keh!!

Apa yang boleh aku katakan tentang pementasan ini,  MEMANG TERBAIK. Memang aku gelak ajelah sejak dari awal Nabil muncul mengacarakan pementasan ini dengan rambut gaya Afro dan Seluar polkedot tu... Seski keh dia pakai suar ketat itu... dia terpaksa cover-cover dia punya *tet* kerana dia sendiri tidak selesa dengan seluar ketat itew.... Apa yang aku dapat tengok lawak Nabil pada pementasan kali ni lebih dewasa jika di bandingkan dengan lawak-lawak dia dalam filem dan sitkom yang hado... yang jelas kebuat-buatannya. Wah!!! Nampak dia dah berlatih bersungguh-sungguh untuk pementasan ni... well harga tiket mencecah ratusan ringgit, haruslah buat yang terbaik. Kang tak pasal-pasal ada yang hempuk pakai kerusi pulak..

Awal persembahan dimulai dengan persembahan BOBOY. Kisah Boboyot kuar dating dengan Gugurl untuk tengok pementasan ni. Memang TERBAIKLAH lawak Aflin Shauki... Namun lawak Harun Salim Bachik agak tenggelam. Nampak dia teragak-agak dan macam tunggu punchline dia...Dari pementasan itu baru aku tahu nak masuk IB (Istana Budaya) kena pakai baju berkoler... wah!!! nasib baik masa tengok konsert Siti dulu pakai baju berkoler... kalau tak.. sia-sia hidup aku duk kat luar...

Persembahan diteruskan dengan persebahan JOZAN. Kisah BULI dak sekolah. Lawak pun sebab Johan Dengan Zizan banyak tahan ketawa dengan lawak mereka sendiri. Johan ambik trade mark selenga 'Eric Leong' dia... Zizan selenga biasalah. Kisah dak sekolah ni lawak dia pun dari dialong mereka je.

Selepas Jozan, Harith Iskandar pula take over dengan persembahan solo dia. Walaupun persembahan solo dengan campur gaul bahasa Melayu dan English, tetap menghiburkan. English yang digunakan pun sangat bertatabahasakan Melayu. So, orang yang lemah English macam aku ni pun boleh faham. Antara yang buat persembahan, aku mendapati lawak Harith Iskandar walaupun penuh dengan SATIRA (Sindrian Sinis Secara terlindung), tetap ada pengajaran dan kesedaran yang buat kita terfikir. Paling kelakar bila dia bahas tentang racangan CSI. Memang kelakar habis bila dia membayangkan bagaimana jika Malaysia ada CSI MALAYSIA. Memang pedas sindiran Harith untuk angkota polis Malaysia yang memang realitinya seperti apa yang dia persembahkan. Best...

Jozan kembali take over stage dengan sambungan kisah mereka tadi. Kali ni lawak mereka hambar sedikit. Aku ketawa pun sebab Jozan ketawa dengan lawak mereka sendiri. Dan penutup persembahan diakhiri dengan persembahan Datin Maimun dengan Datin Sardinia.... Memang PALING TERBAIK mereka berdua. Datin Maimun a.k.a Datin Seekers... Aku sampai menitiskan air mata masa persembahan mereka. Kalau tak caya, korang kenalah tonton sendiri hehehe.... Persebahan yang memakan masa 2 jam 25 minit ++ ini memang menghiburkan. Cuma dalam iklan dan poster ada OSBON... tapi dalam siaran ini OSBON tak ada. Tak tau ke mana...

Dari 5 bintang aku Kasi 5 bintang... best!!!


Mantap