Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 2 April 2012

SimplySiti ~ Eau De Parfume


BARU-BARU ni, SimplySiti ada mengeluarkan produk terbaharu. Kalau sebelum ni SimplySiti keluarkan produk kosmetik dan krim merubah mood, kali ini SimplySiti keluarkan pula produk terbaharu dengan lebel yang sama. SimplySiti dah keluar wangiannya sendiri!!!! Mampoo??? Ala-ala artis antarabangsa pulak keluar perfume sendiri.  Aku happy sangat...


Buat masa ini SimplySiti akan keluarkan 6 jenis wangian. Tapi sekarang ni baru keluar 3 jenis wangian. SimplySiti memberi keutamaan untuk wangian wanita dulu. Yelah, peminat perfume ni kebanyakkan yang minat golongan wanita dan 'adik2' aje.... lelaki kurang sikit suka minyak wangi ni kecuali dia didesak oleh kekasih dan bini masing-masing baru nak pakai minyak wangi. Dengarnya model SimplySiti wangian untuk lelaki Khairul Fahmi Cik Mat??? Kelas ko jah....



SimplySiti mengeluarkan PRECIOUS, PURE dan MEMOIRE sebagai produk wangian pertamanya. Dulu masa mula2 Siti maklumkan yang jenama dia akan keluarkan wangian sendiri, aku macam happy sangat2... tak sabar2 nak pakai perfume dari jenama SimlySiti... Aku membayangkan siti akan keluarkan produk wangian ni macam selebriti antarabangsa macam Paris Hilton, Britney Spears, JLo, Mariah Carry, Victoria dan Backhem, Rihanna dan lain-lainlah. Arvil yg kasar2 macam tu pun ada perfume sendiri. Chantik lagi botol dia. Bentuk2 diamond gitu. Kalau kita perhatikan bentuk atau design botol untuk perfume artis antarabangsa semua tak sama. Berbeza2 mengikut jenis haruman sesuatu musim tu. So, aku beranggapan SimplySiti pun macam tulah kan? Tetiba bila dah jual... aku sangat KECEWA!!!! Kenapa aku kecewa? Bukan sebab baunya tetapi rekaan botol dia. Tengok gambar kat bawah.




Walaupun tak banyak yang sama. Tapi motif reben keras yang berjuntai2 tu sebijik macam perfume Ricci Ricci by Nina Ricci. Haiyoo DCT, SimplySiti your lebel... jenama anda... patutnya buatlah yang terbaik. Silky Girl pun design botol mereka sendiri. Bukan copy paste aje.. Reben tu trade mark Nina Ricci, SimlySiti seharusnya ada identitinya sendiri. Siapalah yang design botol perfume SimplySiti ni. Aku rasa macam nak debik-debik aje. Takkan pilih pilihan botol sedia ada dari katalog pengeluar kut? Hallo DCT anda diva keh... sepatutnya botol tu design sendiri dan tak ada tersama langsung dengan perfume antarabangsa yang lain. Serius, aku katakan, first time aku tegok botol perfume SimplySiti ni aku dah mengeluh kecewa. Yalah, aku ni pengemar perfume. Jadi, dah banyaklah buat kajian tentang perfume sebelum aku nak beli sesuatu perfume tu.... Ni mesti pekerja SimplySiti tak buat kajian tentang bentuk2 botol perfume yanga da kat dunia ni. Aku rasa kalau reben keras tu diganti dengan reben sebenar, macam perfume Chloe dan Flora by Gucci mesti lebih nampak gempak, ekslusif, elgen dan mahal walaupun harganya tak semahal mana pun.

So, aku harap pihak pengurusan SimplySiti selepas ini menitik beratkan design botol perfume SimplySiti untuk haruman akan datang. Bagi aku, perfume ni sama macam personaliti. Setiap jenis wangian ada personalitinya yang tersendiri. Ada identitinya sendiri yang boleh buat peminat ingat untuk siri wangian tu.

Aku belum beli perfume ni. Belum berkesempatan... apa-apa pun kepada peminat DCtT, boleh miliki produk ini di Watson berhampiran anda... ;)

Mantap