Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 24 April 2012

Sound Track : CINTA AWEK & PAKWE



Ini bukan sebuah album yang anda boleh cari di kedai CD atau Kedai Online. Ini adalah album kompilasi yang memuatkan lima buah lagu yang bertema cinta bersesuaian dengan novel CINTA AWEK & PAKWE karya HASRUDI JAWAWI. Jalan cerita disetiap lirik lagu yang terkandung di dalam album ini ada kaitan dan kena mengena dengan novel tersebut.

Menampilkan lima (5) buah lagu baru dan lama yang dipilih sendiri oleh penulis untuk dikongsikan kepada peminat novel ini. Tujuan penulis mewujudkan album ini adalah untuk berkongsi apa yang menjadi kegemarannya dan tidak bertujuan untuk meraih keuntungan dari lagu-lagu yang ada di dalam album ini. Penulis juga tidak menjamin kualiti lagu yang ada di laman ini kerana tujuan penulis hanyalah sekadar untuk berkongsi seraya mempromosikan lagu penyanyi itu sendiri. Harap maklum.


01. Bila Harus Memilih - Dato' Siti Nurhaliza                 
02. Bila Aku Jatuh Cinta - Awi Rafael
03. Cinta Harus Memiliki - Anuar Zain
04. Cinta Dan Benci - Geisha
05. Patah Seribu - Shila Amzah

Mantap