Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 14 April 2012

Ulasan Filem: BATTLESHIP


GEGEH aku nak ulas pasal filem ni yang aku tengok dengan dua BFF aku yang sangat cute katanyer... siapa lagi kalau bukan Dak Meedah dengan Dak Armilati Kamijan hahaha.... tengah hari tadi aku hangout dengan depa bedua di BP Mall you all... lepas makan KFC weols terus plan tengok wayang. Antara banyak-banyak filem yang ada, hanya filem di atas itu aje yang masanya hampir dengan time masa tu. Yang lain semua tayangan lewat. Weols ni tak leh lewat2 sangat balik. Kena sampai rumah sebelum matahari terbenam. Hahahaha....

Sebab utama kenapa aku nak sangat tengok filem ni sebab.... Rihanna berlakon uols... Umbrella sangat! Dan hero dalam cerita ni pun boleh tahan mantap. Cerita ni ala-ala macam Transformers... memang banyak penggunakan CGInya. yang penting CGInya nampak real. Untuk Cicak Men 3... KRU, please buat CGI yang nampak real okey? Tak nak nampak cartoon sangat. Salji turun dah macam salji dalam Video klip lagu pulak... nampak tak real...

Filem ni kisah seorang lelaki yang bernama Alex Hopper. Dia ni hidup macam tak ada wawasan dalam hidup awalnya. Duk menganggur hidup dengan abang dia, Batu Hopper. Baguslah tu.. abang Batu adik Alex... kena hempap dengan batu jelah adik dia ni. So, abang dia ni benganglah dengan dia sebab malas cari kerja sehinggalah abangnya Batu Hopper ni yang dah jadi komanden dalam tentera laut Amerika, memaksa adiknya itu menyertai pasukannya.

Ingatkan dah masuk tentera laut dia dah berubah. Rupanya, perangai sama aje. Dalam masa yang sama
Alex Hopper ni bercinta dengan anak kapten pasukan mereka. So, disebabkan atitut Alex Hopper ni macam hampeh...kepala batu dan suka cari pasal dengan seniornya, Nagata dia tidak digemari oleh ayah awek dia.

Disebabkan sikapnya yang tak boleh jadi ketua,
Alex Hopper bakal dibuang dari akademi tentera selepas habis sesi latihan hari pertama mereka. Tapi, sebelum sempat sesi latihan pertama tu, tetiba kapal yang dinaiki mereka telah di takhluki alien... cane tu? Ini gara-gara salah seorang yang bekerja di NASA telah menjumpai sebuah planet seakan bumi tidak jauh dari sistem cakerawala kita. So, dengan bangganya pakar astronomi ni hantar isyarat ke planet yang di beri nama Planet G... tak tau G tu singkatan untuk apa... takkan planet Gay kut??? Matiler.... mereka hantar isyarat sebab nak tahu sama ada planet G tu ada penghuni ke tak...

Dari isyarat bangang tulah, makhluk dari planet G tu hantar konco-konconya untuk menakhluk bumi untuk penempatan baru mereka. Tetiba aje ada 4 objek memasuki ruang atmosphera bumi. Rupanya alien-alien ni datang nak takhluki bumi selepas mereka dapat mengesan parabola (pancaran setelit) yang terbaik untuk mereka menyebarkan takhlukan mereka.

Kesian abang
Alex Hopper, si Batu Hopper ni belum apa-apa dah mati kena bom dengan alien tu demi menyelamatkan adik dia. So, tak pasal-pasal tentera-tentera laut muda ni yang awalnya nak jalani latihan luar terpaksalah melawan alien-alien ni. Kalau tak silap alien2 ni turun di Hawai. tapi salah satu kapalnya telah terhempas akibat terlanggar satelit manusia.

CGI dia memang nampak real. Cuma ada yang tak logik. Yang jelas tak logik bila kapal-kapal alien yang besar tu menghentam kuat air laut, gelombangnya tak mengerakkan bot penyelamat yang dinaiki
Alex Hopper yang tak jauh dari kapal alien tu. Kat situ jelas dia punya ketidaklogikannya.


So, terujalah nak tengok watak Rihanna dalam filem ni yang memegang watak sebagai Cora. Ala-ala anak buah Alex Hopper gitu. Dalam akademi aku perasan hanya dia aje perempuan. Cane tu? Dia ni pakar dalam menentukan latitut dan arah meriam. Dalam setiap babak yang melibatkan penentuan paksi meriam dialah yang akan mengelola... Kesian jugak aku tengok watak Cora ni. Macam tak berapa nak menyerlah dan tak penting gitu. Kalau tengok pun, Rihanna punya kualiti lakonan macam masih perlu di asah. Well... kita dah biasa tengok dia menyanyi dan berlakon video klip. Tetiba berlakon filem serius dan penuh aksi... tu yang nampak janggal sikit. Kekadang aku tengok watak Cora ni macam menyemak pulak dalam filem ni. hahahaha.... kejinya aku.

Filem ni memakan masa hampir dua jam. Penuh aksi... cuma bila dah nak sampai hujungnya, jalan cerita macam nak cepat habis. Habis perang dengan alien tu.. Tetiba terus majlis penganugerahan. Tapi kira okeylah habis... sebab aku ada gak 4-7 kali menguap walaupun tengah babak action. Sebab filem ni ala2 macam Transformers 4... konsepnyer sama. Penakhlukan bumi dengan menggunakan kaedah satelit gitu... So, kalau korang rasa nak santaikan fikirkan bolehlah layan filem ni. Nak hilangkan tekanan jiwa pun boleh. 

Pengajaran yang boleh diambil dari filem ni adalah jangan suka menilai kekurangan orang dan jangan berputus asa sebelum berjuang. Macam tulah lebih kurang. Lebih banyak aksi sebenarnya... hehehe...

Bintang: 4.9/5
Mood semasa menonton: Menguap jugaklah beberapa kali hehehe...

Mantap