Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 17 April 2012

Zulaikha The Spy siap!



ALHAMDULILLAH, selepas hampir 9 bulan, siap juga manuskrip terbaru aku ini. Semasa ingin membuat cerita ini, ada pertingkahan idea berlaku. Dalam masa yang sama ada 3 cerita sedang dibuat. Namun dua cerita lagi aku terpaksa stopkan memandangkan idea aku tu sudah ada yang buat. So, tergendala begitu sahaja. Mungkin akan disambung suatu hari nanti, tapi aku tak tahu bila.

Cerita kali ini aku cuba lencongkan SEDIKIT dari tema cerita CUCUR BAWANG DAN KOPI O dan CINTA AWEK DAN PAKWE. Tidak juga sama dengan AKU BUKAN MALAIKAT dan DIA BUKAN NABI. Dan seakan KUPERCAYA ADA CINTA kerana penuh konflik dan detik-detik romantik. Dan jauh sekali seakan TANGISAN BERDARAH, CERMIN dan KAU KUSERU.

Novel kali ini, aku banyak jugalah buat research. Tapi, kalau dah diterbitka nanti berlaku percanggahkan terutama yang melibatkan peringkat pangkat dalam PDRM, aku mohon maaf sangat. Sebab, agak keliru dengan sistem pangkat yang ada dalam PDRM. Walau bagaimanapun, terima kasih kepada Koperal K, kerana sudi berkongsi sedikit pengalaman anda sebelum ini semasa proses menyiapkan manuskrip terbaru ini.

Jika sebelum ini aku boleh buat sesebuah manuskrip tu dalam masa 3-4 bulan aje. Tapi sejak munculnya CBKO tempoh masa nak menyiapkan sesebuah manuskrip tu jadi lama. Ini kerana, aku sudah mula target untuk membuat manuskrip melepasi 500 muka surat. Sebab itu CADP melampau tebal. Asalnya novel itu 800 muka surat. Tetapi Editor terpaksa edit sehingg 709 pages. Tak ke banyak jalan cerita yang dipotong tu? Tapi, syukur alhamdulillah, tidak mencacatkan jalan cerita. Beterima kasih yang tidak terhingga kepada Editor NUR SURAYA DESA, kerana sudi menyengkang mata edit menuskrip aku tu. Dua novel aku sebelum ini adalah sentuhan editor ini. Hanya CBKO dan KAU KUSERU aje atas sentuhan Encik Ali dan Cik Hawanis.

Okeh, cabaran semasa menyiapkan manuskrip ini agak getir. Sama seperti semasa menyiapkan novel CADP dulu. Masa nak buat CADP dulu aku dilanda kerisis jiwa yang melibatkan cinta. Ketika nak menyiapkan manuskrip ini pula, aku dilanda krisis nak dapatkan lesen memandu aku. Bila dah seharian belajar memandu, mood nak menulis memang tak ada. Dengan masalah abang lesen lagi buat perangai. Memang jiwa kacaulah. Kecewa sebab failed lagi. Macam-macalah. Masalah jiwa juga kekadang hal yang melibatkan cinta. Semua ada.

Tapi, berkat anugerah Allah, yang memberikan hambaNya yang kerdil ini bakat mengarang dan idea yang bernas, maka siap juga manuskrip ini dengan semangat tabah, jerih dan iklas mahu berkongsi ilmu yang ada. Masih berkonsepkan dunia korporat seperti CADP. Cuma bezanya kali ini hampir separuh jalan ceritanya kisah penyiasatan perisik yang perlu menyamar untuk memerangkap suspek utama mereka.

Kali ini aku cuba ceritakan kisah kongsi gelap, pengedaran dadah dan pembunuhan. Melibatkan kes forensik, soal siasat dan senjata. Namun, masih tetap tidak lari dari cinta. Cinta itu walaupun ramai yang kata universal. Tapi tanpa cinta, sunyilah hidup ini. Bukan kisah cinta antara lelaki dan wanita sahaja aku perkisahkan dalam cerita ini. Tapi turut diperkisahkan cinta seorang ayah kepada anaknya. Cinta sesama keluarga dan sahabat andai.

Apa yang boleh aku jamin untuk novel kali ini;
  • Bebas kahwin paksa
  • Bebas berebut lelaki
  • Bebas dari kisah anak/isteri yang ditinggalkan

Apa perasaan anda bila anda terpaksa mengecewakan manusia yang mencintai anda dan anda mencintai dia demi tugas yang melibatkan agama, bangsa dan negara? Terpaksa membuat orang jatuh cinta dengan anda semata-mata ingin membongkar satu rahsia besar untuk sebuah bukti kesalahan. Sangat sukar untuk ditebak. Ada adegan thirller, kerjar-mengejar dengan kereta. tembak menembak, pergaduhan, pembunuhan licik, kongsi gelap, dan debaran. Lokasi diambil di kawasan Seremban, Negeri sembilan, Bangi dan Kajang Selangor.

Masih tidak lari dari elemen suspen, komedi romantik, so sweet dan happy ending. Tapi apa yang pasti di sebalik happy ending itu tetap ada kejutan di akhirnya. Kalau nak tahu, kenalah tunggu. Buat masa ini (tarikh ini 17/04/2012) manuskrip ini masih dalam proses pengolah buat kali kedua. Penerbit mana yang bakal terbitkan karya aku kali ini? Tunggu, biarlah menjadi kejutan. Kalau ada rezeki insyaAllah akan terbit hujung tahun ini. Doa-doakan cepatlah terbit. Aku berharap endingnya tidak membuat pembaca geram ;)

ZULAIKHA THE SPY adalah tajuk sementara untuk manuskrip kali ini. Andai penerbit ingin mengekalkan tajuk ini, ia akan kekal. Jika tidak, tajuk baru akan dimaklumkan kemudian.

Novel seterusnya cuba membuat sebuah kisah jejaka kampung dan lokasi hanya disekitar kampung sahaja. Nak trylah buat kelainan. Asyik dunia korporat aje. Asik watak tan sri, dato' dan datin je... nak gak masukan watak wak, atuk, dan lain-lain. Doakan saya punya idea yang segar untuk novel baru ya? TQ kepada mereka yang terlalu banyak menyokong kerjaya penulisan saya... I Love you all....

Mantap