Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 31 Mei 2012

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat Kuasa – 1 Jun 2012




Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.
Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
  • Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
  • Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
  • Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
  • …dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.

Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong. Sekadar perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.

Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari.


Wah!!!! Dah ada akta macam nilah pulak!!! Ni yang semakin takut nak nak berFACEBOOK, berBLOG dan berTWITTER ni. Akta ni macam tak adil pulak kan? Bayangkan kalau kawan kita online guna wifi rumah kita dan dia sebar fitnah guna identiti orang lain. Tetiba owner WiFi yang kena. Cane? Percayalah, lepas ni, KFC, StarBUCK dan lain-lain tu akan buat macam McD. Setiap yang nak online kena register kat website dia dulu. 

So, lepas ni kepada uols yang ada streamyx WiFi, sama-samalah kita mintak TM buat macam McD tu. Sesiapa nak guna WiFi kita kena register. So, apa-apa hal berlaku pun kenalah register dulu untuk owner WiFi tahu identiti si pengguna. Tapi cara tu pun sebenarnya tak berkesan. Pengguna boleh guna Email dan ID palsu. So kaedah yang berkesan, korang OFF ajelah WiFi dan guna cable LAN macam aku. Senang kan? Tak pasal-pasal duk syok2 kat rumah polis datang tangkap atas kesalahan yang bukan kita buat. Bahaya sungguh. Biarlah orang nak kata kita kedekut ke apa, asalkan keselematan kita terjamin. Lebih-lebih lagi sekarang ni ada jual modem yang bolek hack kita punya password WiFi, lagi bahaya. Bukan boleh hack kita punya password aje... siap boleh sedut kadar kelajuan WiFi kita yang paling laju. Kita yang guna ni jadi slow... So, guna cable lagi selamat dan berkeyakinan.

Bila aku baca 6 point akta tu yang dalam bullet list  tu, aku jadi takut. Bayangkan, orang yang komen status kita tu sebar fitnah kat status kita. Kita jugak yang akan dipersalahkan. Takkan Facebook selepas ni nak buat approval comment pulak kut? Pemilik akaun jenuhlah nak approve komen satu-satu lepas ni. Adeh... lepas ni aku kenalah lebih berhati-hati nak berblogging dan berFacebook. Kena tapis setiap komen-komen yang masuk... Susah jugakkan kalau macam ni. Memang tak adil akta ni, semakin menyusahkan adalah... so, pasrah ajelah... kepada uols, hati-hati selepas ni nak berblogging, berfacebook dan ber komen2 okey??






SUMBER: AMANZ

Mantap