Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 12 Mei 2012

Antara KEKASIH, INSAN DISAYANGI & BFF



TETIBA aje hari ni aku macam gegeh gitu nak mencoret pasal tiga perkataan ini, KEKASIH, INSAN DISAYANGI dan BFF. Saja nak buat perbezaan tiga hubungan ini yang kadang-kadang kita tak terfikir dan telah menyakiti hati antara satu sama lain. Bila umur sudah menjangkau 26 tahun ni (2012), semakin banyak pengalaman yang telah aku alami dalam perhubungan ini. Yang sememangnya hal ni tidak pernah lari dalam kehidupan kita. Kalau kita ni sejenis beruk maybe hal-hal macam ni jarang berlaku. Tapi sebagai manusia, hal-hal macam ni pasti akan berlaku dan kita perlu saling bertolak ansur dan mengalah.

KEKASIH ~ insan yang kita sayang, cinta, rindu, setia dan jaga dari segala segi. Terutamanya hatinya. Kesetiaan adalah tunggak utama dalam hubungn ini jika mahu kekal selamanya. Ada target untuk mengesahkan hubungan ini.

INSAN DISAYANGI ~ Manusia yang kita terlalu sayangi seperti keluarga, mak, ayah, adik beradik kandung, lelaki atau perempuan. Tidak terhad jantina. Sesiapa sahaja boleh menjadi insan tersayang walaupun insan itu tidak tahu yang kita menyayanginya. Tidak melibatkan cinta dan kesetiaan. Yang ada hanyalah sayang sebagai seorang insan yang selalu kita ingin dia bersama kita. Insan yang kita cintai dalam diam (untuk bukan keluarga kandung) atau cinta tidak berbalas juga boleh dianggap sebagai insan yang kita sayangi. Nak cinta tak dapat, so, hanya mampu menyanyaginya sepenuh hati ajelah.

BFF ~ Singkatan untuk Best Friends Forever atau dalam BMnya, Sahabat Selamanya. Tidak melibatkan cinta dan kesetiaan. Yang ada hanya sayang kepada teman. Tidak perlu terlalu serius. Sahabat yang sentiasa ada dengan kita kala susah dan senang. Sentiasa ada untuk kita walaupun kadangkala, hatinya sering dihancurkan.

Itu maksud untuk tiga perhubungan ini dari kata mata aku sendiri. Kalau berbeda pendapat dan tanggapan dari kalian, aku mohon maaf. Hidup ni bukan semudah A, B, C atau 1, 2 ,3.... banyak perkara yang perlu kita fikirkan dalam tindak tanduk kita. Kerana, andai kita terlepas pandang, necaya kita akan mengores hati salah seorang dari mereka tanpa kita sedari. Bila kita sudah kehilangan salah seorang darinya, baru kita sedar yang kita telah mengores hatinya.

So, untuk lebih kefahaman uols, aku perbezaan tiga hubungan ini dalam bentuk table:

Kekasih Insan Disayangi BFF
Setia hanya pada dia seorang. Kita akan buat yang terbaik untuk dia tak kisahlah dia balas ke tidak. Tak kisah berapa banyak kawan berjantina lain yang kita ada, tiada sesiapa yang akan berkata apa-apa.
Perlu Saling memahami hati dan perasaan antara satu sama lain. Kita akan cuba memhami dia tapi tak kisah dia fahami kita atau tidak. Tapi di dalam hati tetap mengharap dia memahami kita. Tak kisah difahmi atau tidak. Kalau tak difahami pun, masih tetap boleh berkawan.
Tidak digalakkan marah-marah terlalu kerap. Kalau termarah akan cepat-cepat dipujuk atau memujuk diri sendiri. Suapaya hubungan ini terus utuh. Walaupun kena marah, tetap boleh terima dia. Akan pujuk diri sendiri supaya kita tak akan kehilangan dia. Tak kisah kena marah ke apa. Esok masih boleh bertegur-tegur lagi.
Kena selalu ada masa untuk dia walaupun sesibuk mana pun. Kalau sibuk pun, seminggu sekali atau 2 minggu sekali akan berjumpa. Mungkin ada yang jumpa setiap hari kalau tidak busy. Sedaya upaya akan curi masa dia untuk keluar bersama. Kadangkala sanggup ketepikan BFF sendiri semata-mata nak jumpa insan disayangi walaupun semasa bertemu tu, diri dah diperlaku seperi parasit tetap tebalkan muka. Tak kisah kalau tak jumpa berbulan-bulan pun. Tak menegur bertahun pun tak apa. Walaupun beberapa bulan lalu semasa berjumpa diri diabaikan kerana dia mementingkan orang lain, dia tetap boleh terima. BFF kan akan terima kawannya seadanya dan cuba memahami BFFnya.
Kena ada duit. Kalau ada duit semakin disayangi. Kalau tak ada duit risiko nak kena tinggal tu memang tinggi terutama yang lelaki. Tapi ingat! Duit bukanlah segala-galanya. Akan cuba membantu dia sebaiknya dan sanggup pinjam di mana-mana demi membantunya kerana nak dianggap kita sentiasa ada di sisinya dikala susah dan senang. Tidak kisah kalau tak bayar pun asalkan dia ada di depan mata kita sentiasa Kau miskin ke, tak ada duit ke. Tetap akan berkawan. Cuma bila time nak pinjam duit tu mungkin berat sikit. Tapi andai dia BFF sejati, akan cuba membantu seadanya asalkan hubungi itu dihargai
Memerlukan pengorbanan dari segi jiwa dan perasaan yang kadang-kadang sering terguris. Terguris pun tak apalah. Akan pujuk diri sendiri asalkan tak kehilangan dia. Kalau merajuk pun tak lama. Kena pujuk sikit terus baik semula. Tak akan memberikan perasaan kepadanya melainkan hanya perasaan kasih kepada rakan. Tapi BFF juga punya perasaan untuk dijaga. Kalau time keluar dengan BFF, janganlah ajak KEKASIH atau INSAN DISAYANGI. Kena pandai bezakan masa.
“Mesti” sentiasa berhubung, jadi kita akan selalu dengar ayat, “dah makan?”, “dah tido?”, “i love u”, “sayanggggg”. Kita akan cuba sentiasa berhubung dengan dia dengan ayat-ayat "tengah buat apa?", "jom lepak", "dah makan?", "dah sampai rumah?". Walaupun tiada balasan kita tetap menghantar pertanyaan itu melalui SMS. Asalkan dia tahu kita selalu fikirkan tentangnya. Wal hal dia langsung tak fikir pasal kita dan sedang sibuk bersama teman-temannya yang lain. Kalau BFF ni, soalan-soalan macam tu takkan keluar. Malahan, setiap hari pasti akan keluar ayat yang berbeza-beza kalau berSMS atau berchatting.
Menjadi kekasih perlu ada perasaan antara satu sama lain. Tak kisah kalau bertepuk sebelah tangan pun. Asalkan dapat tengok dia hari-hari dan dapat perhatian dari dia walaupun kadang-kadang sudah jelas-jelas dia pergunakan kita, kita tetap buat-buat tak nampak kerana dah sayang punya pasal. Tak kisah walaupun makan hati dia bersama kekasihnya asalkan dia melayan kita seadaanya. Menjadi kawan tidak memerlukan perasaaan cinta antara satu sama lain. Tapi bila diri dah tawar hati bila sering dipergunakan dan sering diperkotakkan katikan kerana KEKSAIH dan INSAN TERSAYANGnya. Tak mustahil hubungan BFF ni akan terputus tanpa disedari.
Menjadi kekasih harus tabah dengan kerenah kekasih kita. Saling pujuk dan sabar antara satu sama lain. Hanya kita sahaja yang terus tabah dan bersabar dengannya. Sedangkan dia sedikitpun tidak kisah dan tidak rasa bersalah walaupun dia sedar dia telah mengores hati kita. Tak kisah sangat pasal hati ni. Tapi, kesabaran seorang BFF tetap ada batasnya. Kalau kerap kali diperlaku perkara yang sama, sesiapa pun jadi bosan.
Menjadi kekasih mesti boring pujuk-memujuk. Pasti salah seorang akan mengalah demi cinta supaya hubungan tidak berantakkan. Nak dia pujuk tu, berat. Kalau pujukpun terpaksa dan ada udang di sebalik batu. Kita yang kan pujuk diri sendiri supaya tidak kehilangan dia. Lantaklah nak merajuk ke apa. Esok-esok baiklah. Tapi sebagai BFF kenalah dapat baca hati BFF kita jugak, kan? Jangan nanti dah kehilangan BFF baru nak menyesal.


Berikut adalah 10 perzeaan yang aku boleh buat. So, bolehlah uols baca buat tabah-tambah ilmu yang cuba aku kongsikan. Yalah, kita ni hanya manusia biasa. Tak lari dari melakukan kesilapan dan alpha dengan apa yang kita buat tanpa kita sedari telah mengores sekping hati. Selamat membaca dan renung-renungkan...

Mohon maaf andai ada yang terasa dan terguris dari posting ni. Aku hanya sekadar ingin berkongsi apa yang pernah aku lalui sebelum ini untuk tatapan bersama... >.<


Mantap