Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 22 Mei 2012

Dari mana dapat idea menulis (novel)?



DARI MANA AWAK DAPAT IDEA MENULIS?

MACAM MANA RUDI ADA IDEA NAK MENULIS?

KAT sebelah ni adalah di antara soalan yang sering pembaca, peminat karya-karyaku dan penulis muda yang baru nak berjinak-jinak menulis selalu tanyakan. Aku tidak pernah mengabaikan pertanyaan mereka dan menjawab dari pandangan dan sisi pendapat aku sendiri. Aku tak menganggap soalan ini sebagai satu soalan yang klise kerana aku memahami, terkadang ada segelitir dari kita yang gemar membaca novel teringin ada novel sendiri dan teringin menghasilkan sebuah cerita yang boleh kita kongsikan kepada semua. Jika tidak semua pun, dapat berkongsi dengan peminat atai Geng Gila Novel pun cukuplah.

Sebelum aku meluahkan dengan panjang lebar mengenai persoalan di atas, aku ingin memaklumkan di sini bahawa, semua yang terkandung di dalam posting kali ini adalah pandangan dari kaca minda dan pendapat aku sendiri. Andai ada yang bertentangan dengan pendapat anda saya mohon maaf kerana setiap manusia itu punya akal dan fikirkan yang berbeza-beza mengikut sudut pandangan yang berbeza. Sebab itu, hasil penulisan seseorang itu berbeza-beza walaupun konsep ceritanya hampir sama. Tapi penceritaan dan konfliknya pasti berbeza. Sebab pandangan manusia penuh dengan variasi yang tersendiri.

Sebagai seorang penulis yang sudah ada karya dicetak dan dijual di pasaran, kita tidak akan lari dari ditanyakan dua soalan di atas. Kebiasaannya soalan akan di tanya oleh keluarga, saudara mara, sahabat andai dan pembaca kita sendiri. Sekuarang-kurangnya, seorang pasti ada yang bertanya. Sebagai penulis, terkadang kita tak tahu bagaimana mahu menjawab soalan itu. Sebenarnya kita tahu jawapannya, tapi tak tahu ayat yang bagaimana untuk direka supaya boleh beri kefahaman kepada yang bertanya itu.

Bagi pendapat aku, idea itu spontan. Idea itu satu anugerah daripada Allah. Idea itu satu senaman minda supaya minda kita lebih kreatif untuk memikirkan sesuatu hal. Otak kita ni kekadang kalau asyik fikir benda yang sama aje akan buat otak bosan. Jadi, idea ni macam satu latihan mindan untuk otak bekerja dalam satu bidang yang berbeza dan dia(otak) mampu untuk melakukannya. Apa yang penting jangan terlalu memaksa otak untuk mencetus idea. Boleh gila jadinya.

Bagi diri aku sendiri, idea itu datang bila-bila masa sahaja. Masa bagun tidur. Masa tengok TV/Filem/Drama dan lain-lain. Ketika buang air. Mandi. Masa online. Masa layan Youtube dan banyak lagi pencetus idea. Ketika solat dan mengaji pun idea boleh tercetus dalam imbasan sekejap-sekejap.



Aku sebagai penulis meletakkan idea itu ada dua bahagian. Penulis lain aku tak tahulah pulak kan? Sebelum menulis atau menghasilkan sesebuah karya tu, apa yang aku selalu buat adalah memikirkan tema cerita dan ending cerita yang bakal aku reka tu ~ idea bahagian pertama. Maksudnya ending cerita tu sebagai target dalam novel aku tulah. Ending cerita macam kita punya cita-cita.

Contoh: Jika anda berkeinginan sesuatu seperti kereta idaman. Anda akan berusaha sehabis baik. Kerja kuat-kuat. Kumpul duit. Berjimat cermat. Pandai mengawal perbelanjaan, berdoa dan tawakall. Bila duit dah cukup terus keluar kereta idaman kita. Akhirnya kita berjaya memiliki apa yang kita nak tu selepas berusaha bersunggguh-sungguh. Tapi dalam proses usaha tu pasti banyak cabaran dan hal-hal konflik yang berlaku kan? Sama konsepnya dalam mengolah penceritaan sebuah novel tu.

Okey, anda faham tak apa yang ada dalam perenggan contoh di atas? Kalau tak faham tak apa, sambung baca hehehe... ending cerita ni biasanya sebagai idea awal aje dan boleh berubah-ubah. Kalau kita target nak buat sebuah cerita cinta yang mana endingnya hero dan heroin akan bersama. So, jalan cerita perlu dipastikan hero dan heroin ada tanda-tanda akan bersama akhirnya. So, dalam proses nak bersama tu, pastinya tidak mudah, kan??? So, kita perlu mencipta konflik sebelum mereka bersatu.



Sama konsepnya macam contoh di atas, dalam proses kita nak memiliki kereta idaman kita tu. Pastinya banyak dugaan, kan? Duit tak cukuplah. Over budjetlah. Kena potong gajilah. Loan tak lepas-lepaslah dan banyak lagilah halangannya. Ha... masa nak menghadapi segala halangan tulah idea diperlukan untuk kita berbuat sesuatu agar kereta idaman kita tu bisa dimiliki. Untuk mencipta konflik yang berlaku sepanjang masa untuk memenuhi terget kita ni adalah idea bahagian kedua.

Samalah konsepnya macam menulis ni. Masa kita nak menyatukan watak hero dan heroin nilah kita perlukan idea supaya jalan cerita berkembang dan menarik. Bagi aku, watak tambahan adalah satu watak penting dalam jalan cerita novel aku kerana  merekalah yang membuatkan jalan cerita lebih konflik. Kita kena ingat, hidup ni tak semudah A, B, C atau ... 1, 2 , 3... dan hanya milik hero dan heroin aje. Berkenalan, bercinta, kahwin, beranak, habis. Seolah-olah dunia tiada halangan dan tiasa makhluk lain.

Idea juga boleh tercetus dari sebuah object, perlakuan, tragedi, dan kenangan.  Boleh dikatakan semua yang ada di sekeliling kita semua boleh dijadikan objek untuk menghasilakn idea. Cuma terserah kita sendiri bagaimana nak gunakan objeck yang kita rasa menarik untuk diselitkan dalam cerita kita. aku ambil contoh novel Cucur Bawang & Kopi O aku. Kalau anda perasan hanya dari cucur bawang dapat menyatukan watak utama dalam cerita ni. Dan menyatukan hubungan seorang anak yang terabai dulunya dengan emaknya. So, cucur bawang tu adalah idea asal aku yang aku olah untuk menyatukan watak utama dan inti cerita aku.

Jika di tanya kenapa ambil cucur bawang? Jawapannya, ianya dipilih secara spontan. Sesuatu yang tidak terjangka. Sesuatu yang tidak dapat ditebak. Ianya datang sendiri. Kadangkala datang melalui mimpi. Mungkin ini salah satu anugerah ALLAH, yang telah menentukan segalanya. Tanpa kehendakNYA, sudah pasti idea spontan itu tidak akan tercetus. Betul tak? Jadi, dari idea yang diterbitkan olehNYA lah aku guna untuk menjadikan sebuah cerita. So, motif kahwin kontrak, aksi romantik, konfilik keluarga dan konflik bersahabat itu adalah asam garamnya supaya jalan ceritanya lebih enak rasanya. Yang penting target cerita kita (ending cerita) dapat dilunaskan. Kalau lari sikit tu, biasalah, kan? Sama jugak macam contoh aku tu. Target nak beli kereta. Tapi dapat beli lori aje. Janji fungsinya seakan sama. Kalau tiba-tiba terbeli basikal tu. Itu bermakna, anda atau saya sendiri menulis ikut mood dan endingnya dibuat bila rasa menuskrip tu dah melepasi piawaian (muka surat) yang pihak penerbit tentukan. Tapi biasanya cerita yang dibuat mengikut mood tu, pembaca dapat perasan yang hujung-hujung novel kita tu macam nak cepat-cepat habis. Ingat,pembaca pun punya perasaan dan perasan apa yang kita hasilkan.



Apa-apa pun, semuanya tetap berbalik pada yang Maha ESA. Tanpa kehendakNYA, tanpa anugerah terbesarNYA, iaitu otak dan minda untuk berfikir. Pasti idea tidak akan tercetus. Sebagai salah seorang penulis novel di Malaysia ini, aku bersyukur ke hadrat ILLAHI kerana di anugerahkan bakat, semangat dan kecekalan untuk mereka cerita dan menghasilkan sebuah cerita untuk dikongsikan dengan Geng Gila Novel sekalian. Ingat ya, ALLAH hanya bagi kita idea, kemahiran dan anugerah tersendiri. Kalau kita punya idea sekali pun, tapi tiada kemahiran menulis dan mengarang cerita, pasti tidak akan menjadi.

ALLAH tak akan bagi semua pada kita. Kalau ALLAH bagi kita idea yang melimpah ruah, tapi kita tak ada usaha, minat  dan kesungguhnya. Memang tak akan menjadi. Jadi, selain usaha dan minat tu, kita juga perlu sentiasa berdoa kepadaNYA supaya diberikan kesenangkan semasa kita nak kembangkan jalan cerita kita tu. Dan punya mesej positif dalam karya kita yang boleh dikongsikan dengan pembaca.

IDEA, semua orang ada idea. Sejujurnya ada juga di kalangan sahabat andai saya, memberi idea kisah percintaan mereka, kisah hidup mereka, kisah keluarga mereka untuk dipernovelkan. So, di situ kita dapat lihat, semua orang ada idea. Cuma bakat, keinginan dan kecekalan yang boleh mengembangkan cerita itu untuk dijadikan sebuah novel. Berkualiti atau tidak sesebuah cerita itu, terletak pada gaya dan kekeriatifan penulis itu untuk mengolah jalan ceritanya sendiri.

So, di sini, bakat, kecekalan dan keinginan untuk menjadi seorang penulis itu juga penting. Jika tiada bakat pun sukar untuk menghasilkan novel. tapi kalau ada keinginan yang tinggi, insyaAllah semuanya akan menjadi. Cuma hasilnya tu kita tak tahulah kan? Tapi kena ingat, bakat menulis itu ada pada dalam diri anda. Terpulang anda sahaja untuk mengilapnya dengan cara yang bagaimana. Apa yang pasti, menulis tak sama macam menyanyi okey? Hehehe...

Panjang pulak aku menaip, wal hal jawapannya dah aku taip awal-awal tadi. Idea boleh tercetus bila-bila masa sahaja, dari sebuah object, perlakuan, tragedi, dan kenangan. Idea juga boleh tercetus dari perlakuan, mimpi, dan apa-apa yang berlaku disekeliling kita.  Boleh dikatakan semua yang ada di sekeliling kita semua boleh dijadikan objek untuk menghasilakn idea. Cuma terserah kita sendiri bagaimana nak gunakan objeck yang kita rasa menarik itu untuk diselitkan dalam cerita kita. Apa yang pasti semua itu tetap datangnya daripada ALLAH. Tanpa kehendakNYA, sudah pasti idea itu tidak akan tercetus. SYUKUR ALHAMDULILLAH.... Jadi, selamat menulis!



Mantap