Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 23 Mei 2012

Diet tak makan nasi sebab nak kurus???


DIET!!! Serius, sejak habis study buat diploma Kejuruteraan Awam dulu, tiba-tiba perkataan diet tu selalu ada di dalam kepala otak aku. Ini semua kerana sejak duk dengan family ni, berat badan berkilo-koli naik keh? Dulu slim je pakai seluar pun saiz 29. Sekarang.... tak leh nak cakap, malu. Bawah muka nampak bulat dah. Macam-macam herba, jamu dan pil kurus aku telan tapi tetap tak menjadi. Cane ni??? Sedih kan? Tulah sikap orang pemalas nak bersenam macam aku. Bersenam pun duk poco2 aje tak sampai sejam. Baru 30 minit aku rasa dah macam berlari 800 miter... cane tu?


Selain inisiatif telan segala pil herba nak kuruskan badan akibat dorongan janji pelsu penjual ni, bebaru ni aku telah cuba mengamalkan diet nasi. Iaitu makan apa aje selain nasi atau makanan yang mengandungi kibohidrat. So, gegehlah aku selama hampir tiga minggu duk makan sup sayur aje. Naik muak aku. Balik-balik sup ayam, sup sotong, sup udang. Itu ajelah... naik muak.Tapi kalau makan nasi walaupun lauk dia hampir sama aje setiap hari tak jemu pulak. Pelikkan? Itu menandakan yang nasi ni memang makanan am aku sejak azali lagi. Lihat aje dunia mak dah sumbat nasi dalam mulut. So, macam mana nak lari dari tak makan nasi.


Dalam tak makan nasi tu aku telah meminum minuman supplement ni. SUSU SD2... atau dalam ayat panjangnya Slim Diet 2. So, semasa meminum susu ini 2-4 kali sehari, tak leh sentuh nasi, tepung dan makanan-makanan yang berkibohidrat. Memang berkesan uols. Tapi agak terseksalah sebab terpaksa menahan diri dari membalun nasi yang dah macam kembar aku. Habis setin aku stop diet nasi. Meriah uoll aku makan nasi masa stop kejap tu... balas dendam terus. Tapi dalam kuantiti yang sedikitlah.  Turun pun 2-3 kilo aje... tu pun sebab tak makan. Timbang lepas makan, purata turun sekilo je...dahlah setin mahal nak mampuih, resultnya.... hmmm sabor ajelah...

So, baru aje sebentar tadi aku telah tertonton sebuah video tentang NASI UNTUK KURUS??? Barulah terbit kesedaran itu. Sebenarnya susu yang aku minum ni macam susu tepung biasa kut. Bagi effect kenyang tapi nafsu makan tak puas sebab terpaksa sekat makan makanan kegemaran kita. Duk balun ayam, ikan dan sayur aje hari tanpa nasi memang bosan. Sebenarnya sesiapa minum susu tepung sebelum makan pun akan bagi effect kenyang kan? Kalau tak, masakan baby kecik tu kenyang hanya dengan meminum susu tepung? So, lepas ni aku perlu makan nasi tapi dalam kuantiti yang si pakar handsome ni sarankan. So, kepada anda semua yg nak stablekan berat badan anda kalau takut gemok, tontonlah video ni okey? Ini untuk maintainkan berat badan tau yang sedia dah slim. Mana yang nak kurus tu kenalah exercise lebih okey? Selamat berdiet! 




Mantap