Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 22 Mei 2012

Ulasan Drama: SEDEPA KE SYURGA


WAHHH! Rasa sakit hati selepas menonton drama 'Hilangnya Doa Seorang Ibu' bertukar kepada rasa sedih dan sayu semasa menonton drama sedih ini. Sedepa Ke Syurga, kisah seorang ibu yang membenci anaknya sendiri kerana anaknya cacat. Watak utama yang memegang watak anak cacat ni walaupun muka nampak blurr, tapi aku sebagai penonton dapat merasai kesedihannya. Wah!!! cute sebenarnya pelakon remaja ni lalala...

Anak dia tu tak cacat mana pun. tak adalah mulut senget ke... mata tersembut ke... atau hidung tumbuh kat dahi. Cuma mindanya lembab berfikir, ada tanda lahir di pipi yang warna hitam dan berbulu tu dengan tulang bahu di bahagian belakang dia ada bonggol. Korang hado? Biasa bonggol kat aas jalan raya, tapi dia kat bahu. Ko mampoo? So, emak dia ni memang benci si cacat ni sampaikan di halau tidur kat reban ayam. Sedih!!! Masa dia duk kat dalam reban tu, minda aku dah fikir, anak ayam sangat! Siapa mak hayam kat sini? Sila jual! Hahaha...

Masa kat babak mak dia tu halau anak cacat dia ni, aku dah menangis-nangis dah. Sedih keh... boleh di katakan cerita ni dari 15minit pertama sampai ke ending sedih memanjang. Walaupun pelakon utama dia hamprak kalau belakon, nasib baik pelakon remaja lelaki ni berkesan. Ada ke orang kampung mekap 3 inci? Memang tak kena betullah. Sah2 pelakon ni tak pandai menjiwai watak... sengal! Siap bermulu mata palsu bagai kat kampung... orang miskin tapi mampu beli bulu mata palsu.. Rozita Che Wan sangat!

Jalan ceritanya sangat menark cuma feel aku dihancurkan dengan kehadiran pelakon extra yang berlakon macam kayu jati kelas D... cakap dah macam membaca buku rampaian budak tadika bawah... jatuh standard Faizal Hussin dan Ady Putra yang menjadi extra jugak dalam drama ni. Aku rasa Fiza Elit tu yang turut jadi extra lebih sesuai pegang watak emak ke pada budak cacat ni nak di bandingkan watak yang ada....

Drama ni memupuk kita supaya menyayangi ibu kita walaupun sekejam mana pun ibu kita tu. Sikap anak cacat dan adiknya ini yang tetap pasrah bila emaknya menghina, mengusir dan menyiksanya membautkan aku terharu biru.. feeling2 anak solehah gitu.. Pembalasan Tuhan itu kalau tak muncul di akhirat pasti akan muncul di dunia. Selain itu drama ini mengajar kita dan mengingatkan kita, tak semestinya dosa itu selalu dilakukan oleh si anak kepada ibunya. Tapi, kadangkala si ibu turut ada membuat dosa kepada anaknya yang tidak bersalah. Emaknya dapat balasan bila dia kahwin baru selepas kematian suaminya, susah nak mengandung. Bila mengandung asyik gugur aje. Bila dah tahu apa puncanya, barulah dia sedar dan mohon maaf pada anak-anak suami pertamanya yang telah dia abaikan.

Namun, dia sedikit terlambat bila anak bungsunya bersama suami pertama meninggal dunia dalam kemalangan. Cuma plot masa kemalangan tu terlalu singkat. Kalau dia lebihkan dengan babak meraung si emak memohon maaf pada si anak yang sudah mati pasti lagi sedih. Tapi yang mati bukan si cacat tu, tapi adiknya... apa-apa pun cerita ni memang sedih. So, kenalah uols tegok okey?

Dari 5 bintang aku kasi 4.91234423212439.

Mood semasa menonton filem ini: Nangis teresak-esak.


Mantap