Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 7 Mei 2012

Ulasan Filem: JANGAN PANDANG-PANDANG


JANGAN PANDANG-PANDANG. Kisah sekumpulan pelajar kena buat assignment tentang atifek yang ada di sebuah gua di sebuah pulau. Itu tajuk album dialah.... konsepnya aku sebenarnya tak berapa paham apa relatednya, tajuk filem ni dengan jalan cerita. Dari tajuk kita tak tahu yang ini sebenarnya filem komedi seram (konon2nya) jika tidak diberitahu. Gabungan pelakon Zizan dan Sara Ali macam tak berapa kena di situ dari segi perwatakannya.

Zizan - Pelakon lawak dan Sara - pelakon serius. Macam tak kena. Sara cuba menjadi seorang pelakon komedi tapi memang tak menyerlah kekomediannya. Zizan pula aku lihat dalam filem ni SEMUA LAWAKNYA tidak menjadi. Sepanjang penontonan aku, aku tak gelak. Cuma tergelak paksa masa dialog Nas-T sebut; "Aku telah dinodai..." - itu aje. Lain... LANGSUNG TAK ADA.

Apa yang pasti lawak ZIZAN memang tak menjadi. Setiap lawak yang cuba dia buat di dalam filem ni tak kena. Tak tahu kesilapannya di mana. Samada kesilapan dialog yang dicipta oleh penulis skrip atau Zizan sudah ketandusan Idea untuk mencipta lawak.  Zizan cuba mempertaruhkan gaya dan dialognya untuk buat penonton tergelak tapi tak berapa berkesan.

Nas-T pun tak berapa nak lawak. Inikan pula pelakon baru tu. Langsung tak kena. Mengedik aje lebih. Lokasi pergambaran lebih di atas kapal dan dalam hutan. Kalau korang nak tahu jalan cerita filem ni, inilah sinopsis ringkasnya;

Empat pelajar kolej iaitu Ajis (Zizan Razak), Ben (Nas-t), Yaya (Sara Ali) dan Diana (Anith Aqilah) ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan kelima, Marsha (Miera Liyana), seorang gadis gothik yang penuh misteri.

Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri yang dikenali sebagai Ang Bob (Azhar Sulaiman). Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Abang Bob tiba-tiba menghilangkan diri, manakala bot pula tiada minyak. Ketika mencari bantuan, mereka sesat di hutan dan tidak menemui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot. Akhirnya mereka terpaksa bermalam dan berdepan dengan pelbagai gangguan. 

Sangat pelik sebenarnya  filem ni bagi aku. Macam manalah cerita macam ni boleh masuk panggung. Sepatutnya, bubuh je dalam slot SERAM kat TV3 setiap khamis jam 10 malam tu. Itu pun tak surelah rating boleh naik ke tidak. Lawak yang cuba ditonjolkan nampak kebuat-buatannya. Masa aku tengok filem ni aku siap boleh terfikir, 'ZIZAN ni betul ke tak bawak watak dia? Ke.. silap bawak watak? Siap nak terjerit2 macam dak terencat akal. Umur dah tua tapi mengeada-ngada macam budak2 belasan tahun'.

Mungkin Zizan perlu lebih kreatifkan lawaknya selepas ini dan cuba buat kajian sebelum memainkan sesuatu watak supaya penonton tak keliru lawak yang cuba dia buat tu lawak kat filem Uncle Hussin atau.. Jangan Pandang-Pandang. Seperti isu filem Jidin Sengal sebelum ni, mungkin disebabkan terlalu kerap Zizan keluar panggung dengan tema filem yang sama menyebabkan evolusi lawaknya tidak berapa nak berkembang dan mungkin ada tercopy dan paste lawaknya di filem lain ke dalam filem ini.

Jalan cerita agak mengelirukan. Hantu yang muncul pun agak tak seram. Mungkin elemen lawak yang cuba diutamakan. Jadi elemen seram tu tak berapa ada. Idea cerita ni pun banyak ditempel-tempel dari filem seram sebelum ini persis filem Satu Malam Kubur Berasap. Tarikan pada filem ini mungkin hanya pada Pelakonnya iaitu Zizan. Tapi jalan ceritanya memang kureng menyerlah. 20 minit pertama kisah di kampus dan kisah percintaan. Bosan!

Ada babak tetiba ZIZAN stress dan mereka bergaduh. Babak tu macam pelik. Macam TETIBA jek... Macam nak cepat habiskan filem ni. Di hujungnya baru diselitkan babak pergaduhan antara sahabat, kekonon nak masukan pengajaran sikap setiakawanlah. Supaya filem ni ada mesej yang cuba disampaikan. Sejam pertama memang MENGARUT! Orang nak tengok filem ni sebab pelakonnya. Lepas tengok, semua akan rasa menyesal kecuali yang kata filem ni bestlah... Aku rasa pengarah filem perlu bagi peluang pada bakat baru pula. Jangan asyik tempel wajah yang sama aje. Mungkin Zizan belum setanding dengan Shaheizy Sam yang lawaknya nampak selamba. Tapi jika Sam berlakon serius tetap meletop.

Dari lima bintang aku hanya mampu beri 0.12345432123458 bintang aje... aku pun download je filem ni. Nak tengok kat panggung tak ada member. Tapi kira okeylah, tak tengok kat panggung. Tak nyesal hehehe... bukan tak menyokong filem kita. Cuma... faham2 ajelah yer??? Sedih!

Mood ketika menonton filem ni: BOSAN!

Mantap