Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 25 Mei 2012

Ulasan Filem: NONGKRONG



    SINOPSIS NONGKRONG

    Mengisahkan tiga orang pemuda, Aman (Angah Raja Lawak), Bada (Shaheizy Sam) dan Cumi (Epy Raja Lawak) yang cuba mencari kekayaan dengan menggunakan jalan tidak sepatutnya iaitu meminta nombor ekor. Cumi yang terdesak ingin meminang kekasihnya, Lin (Nuremy Ramli) manakal Bada dan Aman yang mahu mengubah nasib keluarga tekad menemui bomoh bagi melaksanakan hasrat mereka.

    Segala-galanya bermula apabila seorang bomoh handal menjalankan upacara memanggil Puteri Laut (Mon Ryanti) untuk membantu mereka. Puteri bersetuju dengan syarat, salah seorang dari mereka perlu berkahwin dengannya. Melihatkan kejelitaan Puteri, Bada tanpa bertangguh terus bersetuju. Usai sahaja upacara perkhawinan, Puteri bertukar rupa menjadi hantu yang menakutkan menyebabkan kesemua mereka terus lari lintang pukang. Bomoh pula telah dibunuh oleh hantu Puteri.

    Hidup mereka berubah apabila hantu Puteri terus mengejar dan menghantu kehidupan mereka termasuklah menggangu Zura, isteri Aman yang sedang hamil dan Haryani, anak perempuan Bada yang masih kecil.

    Pelbagai peristiwa yang ngeri campur lucu berlaku sehinggalah mereka mendapatkan bantuan daripada Azan iaitu abang kepada Aman. Azan yang bijak pandai, terus nampak dengan jelas apa yang diinginkan oleh hantu Puteri tersebut dan membuat keputusan untuk membantu mereka.

    Dapatkan Azan menyelamatkan mereka ? Adakah akhirnya mereka akan sedar kesalahan sendiri dan berubah ? Semuanya akan terjawab dalam filem seram komedi terhebat ini, Nongkrong.


AGAK tension masa aku nak mendownload filem ni. Download yang pertama telah berlaku masalah file tak dapat nak combine. So, kena  download kali kedua. Apa yang boleh aku katakan, filem ni dirakam dari Astro First kalau tak silap. Zaman sekarang tak laku dah kedai yang jual DVD dan VCD, mana yang ada internet tu download ajelah. So, di sebabkan masalah ini aku mengalami kelewatan sedikit dalam menonton filem ini yang dikatakan seperti sinopsis di atas yang dicopi paste dari laman web Pereka Cerita sebagai filem seram komedi TERHEBAT! hebatkah??? Sila baca review aku pulak. Hehehe...

Dimulakan dengan tajuk Nongkrong itu sendiri. Apa yang aku tahulah, Nongkrong ni adalah perkataan bahasa Jawa. Sebab dari kecil perkataan Nongkrong ni memang dah sebati dalam hidup aku. Yalah, aku ni kan orang Jawa. Nongkrong dan Nyangkung adalah dua perbuatan yang serupa cuma situasinya sahaja yang berbeza.

Bagi pendapat aku, filem Nyangkung lebih kena dengan tema tajuk berbanding dengan filem ini. Nyangkung ni perbuatan yang lebih dikenali sebagai Cangkung. Cuma diJawakan jadilan Nyangkung. Nyangkung ni boleh dibuat di mana-mana aje. Atas tanah, toilet, titi dan sebagainya.  Nongkrong pula adalah satu perbuatan yang dibuat hanya untuk di tempat-tempat tinggi seperti titi, palang dan busut. Itulah maksud Nongkrong yang sebenarnya dari apa yang aku tahu.

Tapi sepanjang aku tonton filem ni aku tak nampak mana perbuatan nongkrongnya tu. So, aku beranggapan filem ini tak kena dengan tajuk. Apa perbezaan antara filem Nyangkung dan Filem Nongkrong? Pendapat peribadi aku tak ada bezanya. Motif dan pengajaran yang ingin disampaikan sama sahaja. Keburukan ilmu hitam untuk menarik nombor ekor.

Loghat atau selanga Shaheizy yang konon-kononnya dah selenga orang Jawa, TAK MENJADI langsung. Aku dengar pun macam susah aje Shaheizy tu nak menekan-nekan setiap dengung sebutannya. Memanh tak kena. If, dia bercakap serata persis kawan-kawannya yang lain mungkin jalan cerita filem ini lebih menarik.

Adegan komedinya pun sama seperti adegan filem komedi filem Devid Teo yang lain seperti Hantu Botol Kicap, Satu Malam Kbur Berap dan lain-lain. Sama aje. Bomoh-bomoh, lawan-lawan hantu. Klise tu biasalah. Filem ini hanya menggunakan tarikan Shaheizy sebagi pelaris... rasanya. Jalan cerita biasa-biasa sahaja.

Pengajaran dan tauladan, sama seperti filem Nyangkong sebelum ini. Tiada komedi yang dapat aku gelak-gelak. Jalan cerita mendatar kerana dari permulaan sampai habis kisah 3 jejaka ini dikejar hantu sahaja. Apa-apa pun kalau rasa nak hilangkan sedikit tekanan bolehlah tonton filem ni sekadar untuk suka-suka aje.

Dari lima bintang, aku kasi 2.123432238 bintang.

Mood ketika menonton filem ini: Terdetik di hati 'bilalah nak habis cerita ni.

Mantap